Sunday 18 December 2022

6 Chinese Drama genre Police Investigation

Nihao...take a break from citer makan-makan, jom review drama China Mainland, citer polis-polis, genre penyiasatan...

Drama ni dah habis ditonton semuanya, best juga drama polis China ni. Plot yang menarik cuma kekadang tak puas hati dengan ending, tergantung macam tu je, seakan ada season 2..tapi selalunya nan hado....huhu..

 1) Day & Night (2017)

Cerita tentang dua beradik kembar seiras, Guan Hong Yu dan Guan Hong Feng. Guan Hong Yu dituduh membunuh satu keluarga. Dia melarikan diri tapi kemudiannya datang bersembunyi di rumah Hong Feng. Guan Hong Feng ialah team leader CID polis, terpaksa direhatkan sebab polis sedang menyiasat tuduhan kes bunuh oleh kembar dia.

Team leader yang baru, ZhouXun panggil Hong Feng untuk bantu siasatan beberapa kes pembunuhan. Dia arahkan polis junior, Shutong untuk awasi Hong Feng. Hong Feng setuju sebab dia nak siasat kes kembar dia. Hong Feng sebenarnya fobia dengan suasana gelap disebabkan kegagalan satu kes serbuan yang menyebabkan kematian seorang polis wanita. Bila waktu malam, dia bertukar dengan Hong Yu. Hong Yu menyamar jadi Hong Feng. Mereka menyiasat kes-kes pembunuhan disamping menyiasat kes tuduhan Hong Yu.

Suspens jugalah drama ni, hampir terkantoi juga depa berdua. Ada yang perasan perbezaan mereka berdua. Tapi yang tak best, ada beberapa isu yang tak terjawab..

Jumlah episod : 32 


2) Reborn (2020) 

Drama mengenai Deputy Police Chief, Qin Chi yang kembali bertugas selepas sedar dari koma disebabkan kena tembak dalam satu kes serbuan dimana semua anak buah dia terbunuh. Dia sorang je yang hidup menyebabkan dia dituduh sebagai pengkhianat.

Walaupun masih dalam siasatan, Qin Chi bekerja seperti biasa, dibantu oleh seorang polis muda bernama Ming Jia. Qin Chi terpaksa melayan kerenah Chen Rui, adik perempuan ketua penjahat yang terbunuh dalam kes serbuan tersebut. Annoying betul watak Chen Rui ni...rasa nak tumbuk-tumbuk je...dush, dush..

Tapi entahlah rasa tak logik juga drama ni, macamana Qin Chi dan anak-anak buah dia boleh bincang strategi polis ditempat awam, didalam restoran walaupun tuan punya restoran tu dah lama kenal dan baik dengan mereka semua. Ming Jia pula cuai dalam tugas sehingga dokumen polis boleh terlepas kepada orang awam..hishhh..yelah nak dijadikan cerita..

Jumlah episod : 28

 

3) Truth (2021)


Drama mengenai dua orang prosecutor daripada Criminal Procuratorate of the Haijiang City People, yang specialise dalam teknik untuk mendapatkan bukti (evidence) dalam kes-kes yang tak dapat diselesaikan (cold cases). Kombinasi tugas-tugas prosecutor dan polis dalam menyiasat sesuatu kes.

Memang gross cara pembunuhan...geram je tengok penjahat utama. Suka tengok cara Kapten Li soal siasat penjahat...segak betul..

Jumlah episod : 32

 

4) Hidden Edge (2022) 

 

Drama tentang Xiao Qiang, seorang askar special force yang hilang ingatan selepas satu misi, kembali jadi orang awam dan bekerja sebagai pemandu teksi. Dia tinggal dengan anak perempuan yang masih bersekolah, isteri dia tinggalkan dia semasa dia koma dua tahun lepas.

Drama ni horror sikit, editing berkecamuk, lepas tu tak tahu sebab apa semua orang dalam drama ni asyik nak pukul, nak pekena hero dan anak dia. Dalam episod 1, orang asing (foreigner) langgar teksi hero, kemudian culik dia, then lepas. Kemudian anak dia pula kena culik dgn peninju MMA pompuan dan peninju tu ajak dia berlawan.

Lepas tu pula ada pompuan menyamar jadi bini dia dan nak bunuh hero guna racun, ada pula 2 orang pemuda selalu datang rumah hero minta bayar hutang, tuanpunya kedai internet pun asyik monitor pergerakan dia,  ada sorang lelaki misteri asyik ajak dia berlawan, doktor pompuan yang monitor dia pun berkomplot dengan penjahat...letih minda fikir why? why?...2 episod terakhir baru tau sebabnya...huhu..lepas tu ending dia..tetiba anak perempuan dia panggil 'ma'..mungkin isteri dia balik ke rumah, mungkin ada Season 2..

Jumlah episod : 24


5) Be Reborn (2022)


While investigating an ancient painting that has been stolen, Luo Jian who heads the criminal investigation team crosses paths with genius university student Zhuang Wenjie who is from a family of thieves. The unlikely pair work together to crack the case.

Hero yang sama drama Reborn (2020). Geram je dengan watak Wenjie, tak percaya dengan polis. Perasan genius tapi selalu je kena tipu dengan kawan-kawan bapak dia, geng pencuri. Best drama ni..tapi ending dia suspens, tetiba bapa Wenjie macam hidup lagi..

Jumlah episod : 26

 

6) The Listener (2019)

It follows the life of Ming Chuan, a forensic doctor who is well known for cracking cases through dead bodies. However, he has a secret that no one knows: his past is a complete puzzle, even for him. Enter the stunning yet skilled policewoman Luo Bi Xin who, after seeing a picture of the doctor in one of the crime scenes becomes suspicious of him and sent to investigate him. The cases that put them in each other's paths ultimately bring them closer.

Cerita pakar forensik polis yang jadi suspek kes pembunuhan bersiri dimana mayat dibungkus seperti mumia. Disamping menyiasat kes-kes pembunuhan, team leader CID Bi Xin, diarahkan menyiasat Ming Chuan. Best juga penyiasatan kes-kes pembunuhan dalam drama ni.

Dalam drama ni, ada satu scene orang cakap Melayu. Dalam episod akhir, ada flashback kisah bapa angkat Ming Chuan, Prof Lang cari bapa Ming Chuan pada tahun 1982. Kalau ikutkan cerita Prof Lang semasa di hospital, dia ikut bapa Ming Chuan ke Cambodia. Ada scene Prof Lang tahan bas tempatan, drebar bas tu tanya 'mana kau punya pasport'..terkejut teman..orang Melayu Champa kot... hihi.. 

Jumlah episod : 36


Oklah, enam drama polis-polis China Mainland yang berjaya ditonton. Ada yang awesome, ada yang 'meh', dapatlah sikit-sikit ilmu kepolisan, forensik....tiberr..hehe..

Happy weekend semua..

14 comments:

  1. Terima kasih share. Dapat idea nak tengok cerita apa bila bosan2.

    ReplyDelete
  2. Eh, macam menarik pulak semua cerita ni. Zaman dulu2 sebelum demam K-Drama, selalu jugak layan drama polis cina ni, best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu² drama cina popular...tapi mostly drama hongkong..

      Delete
  3. Ha ah. Saya pun kurang suka tengok cerita ending macam tergantung. Agaknya dia suruh kita buat kesimpulan sendiri kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'ah..depa suruh kita berfikir, ikut kepala sendiri...hihi..

      Delete
  4. Lama x layan citer citer dok asyik tengok citer Korea je...boleh la layan nanti ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita tengok dua²..mana yg best, layann..

      Delete
  5. Semua drama menarik.. Reborn tu ada tengok beberapa episod, nantilah sambung.. hehehe

    ReplyDelete
  6. Dah lama tak menonton drama dari China. Drama China pun kadang2 lebih best dari Korea.

    ReplyDelete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!