Friday, 30 December 2022

Dnar Hassan @ Jalan Gombak

Assalamualaikum, Salam Jumaat terakhir tahun 2022..

Kisah makan-makan..

Bulan Mei haritu, ada up satu entry Pak Su Chicken Chop, yang jual chicken chop murah, harga RM6.90, gerai tepi jalan je, dekat Masjid Jamek Saad Abi Waqqas di Jalan Gombak..

Sekarang harga dah naik, jadi RM8.90, lamb chop dari RM9.90 ke RM10.90, tapi masih murah lagi kan...

Sederet dengan kedai Pak Su Chicken Chop ni, ada kedai makan Dnar Hassan namanya. Pun ada jual menu yang sama, tapi harga murah 10 sen..

harga murah seploh sen
nun disana, yang kaler merah tu, kedai Pak Su Chicken Chop
 
Dnar Hassan Western Food
 
 
Di satu petang, singgah makan di kedai ni.  Order grilled chicken dan spagetti bolognese. Sampai 2 menu..huhu..sebab tak lunch. Ni lunch merangkap dinner. Order guna QR code you'all..curlass..
 
grilled chicken, marvellous
 
 spagetti bolognese pedas
makan sambil layan kdrama Doctor Lawyer
 
Terkojut den tengok spagetti bolognese ni, menggunung tinggi, spagetti dilitupi dengan sosnya. Tapi rasa kureng sikit, tak fresh sosnya, rasa so yesterday, sejuk je, tak panas. Tak habis makan, tapau bawa balik, buat breakfast esoknya..

Total damage : RM28++
 
Mungkin akan repeat kedai ni, try menu lain pula...

20 comments:

  1. wahh dh lama wak x gi jalan gombak., hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada di KL, boleh berlarian ke sini...hehe..

      Delete
  2. skrg ni bila nak makan di luar kena cari yg murah dan sedap je. tp susah la nak jumpa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekrg ni harga makanan dah mahal..tapi yg ni masih dikira murah jg dari yg lain..

      Delete
  3. Hehe bersaing murahkan 10 sen.
    Elok bawa balik kalau tidak habis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kedai dekat2..cuma murah 10 sen je...ha'ah, bawa balik utk buat breakfast pula...hehe..

      Delete
  4. Ok jugak lah lamb chop kalau harga tu. If sedap orang sanggup bayar

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak cuba lamb chop...mungkin nak try jg..

      Delete
  5. menarik rupa chicken chop ni. nampak portion spaghetti tu mcm utk 2 orang je. berbaloi2 makan portion besar dgn harga tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap chicken chop nya....spagetti tu mmg byk..

      Delete
  6. Berpatutan harga tu. Sampai dua menu tu... :)

    ReplyDelete
  7. Kenalah harga dengan portion'nya'

    ReplyDelete
  8. Agaknya bersaing secara sihat kut. Tapi kalau sedap orang cari je.

    ReplyDelete
  9. jual sama-sama.
    yes, bersaing cara sihat, kan.
    terpulang kpd pelanggan yg menilai kelak.

    harga pun ok pada aida.
    tidak la mahal. harga rakyat marhaen :)

    ReplyDelete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!