Friday, 16 December 2022

Mee Sup Melayu Champa

Assalamualaikum...sambung citer JJCM di Kuala Terrengganu. 

Dinner di hari pertama tu, kami bercadang nak makan di Singgang Budu, rupanya malam depa tutup. Tapi jangan gusar, ada banyak kedai makan di sepanjang Jalan Sultan Zainal Abidin...kita mamam di sini...

di siang hari dah nampak
 
night view
 
Kedai no. 2 kot. Curious nak tahu, macamanalah rasa mee Melayu Champa ni kan. Champa ni orang dari Vietnam/Kemboja, dulu-dulu ada Kingdom of Champa
 
Pertama kali makan. Jom masuk..
 
order di kaunter
 
kami order mee champa daging dengan tambahan bebola daging dan juga jelly kelapa. Minuman - ice lemon tea & limau nipis peng
 
menunggu makanan, ada sos & cili potong
untuk dimakan dgn mee sup

nampak sedap
 
memang sedap, guna mi laksa yg halus
kenyal-kenyal rasanya
 
ini pula jelly kelapa dalam buah kelapa
 
menarik bentuknya
 
nice..not so sweet..

 Total damage : RM40.70
 

 jelly kelapa harga RM10.90, kelapa siam kot...hehe..


 

ok you'all, jangan lupa singgah restoran ni kalau ke Kuala Terengganu, terbaikk..

21 comments:

  1. Memang sedap tu mi sup guna mi laksa halus yang kenyal-kenyal. Sedap sudu masuk mulut...slurrppp..slurrrppp!

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg sedap supnya...tapi mi dia kena kunyah lama, kalau tak, telan je terus...hihi..

      Delete
  2. Oooo.... orang Champa pun ada sini ek?

    ReplyDelete
  3. untuk yang diet bagus ni...tapi sup tu tak boleh banyak la..

    ReplyDelete
  4. nampak sedap pula mee sup dia. kenapa dia punya jelly kelapa nampak cantik sangat terus berselera nak makan..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap..kalau di KT, kena try nih...depa buh dlm buah kelapa, nampak menarik..

      Delete
  5. di kelate ni pun ada mee champa mcm ni... sedap rasanya....

    ReplyDelete
  6. Dekat Melaka ada penempatan Melayu Kemboja. Dah lama mereka di sini. Mereka membuka kedai-kedai pakaian. Ada juga kedai makan kemboja berdekatan situ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai jg org kemboja di sini ya..ha'ah...depa selalu jual pakaian, jual tudung..

      Delete
  7. Mahal jeli kelapa berbanding mi sup ye. tapi kalau sedap, berbaloi lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Termasuk harga buah kelapa rasanya...huhu..

      Delete
  8. Nampak sedap mee sup Champa tu....jeli kelapa!!fav SA...bestnya kalau dapat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg sedap..recommended!..oo..jeli kelapa ni pun sedap, just nice!

      Delete
  9. Tak pernah makan mee sup champa. Sekali pandang macam mee celup, cuma berlainan jenis mee dia.

    ReplyDelete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!