Tuesday 10 January 2023

Drama China : A Familiar Stranger (2022)

Nihao..historical drama cina yang sweet....A Familiar Stranger....

 
Menonton di youtube, 18 episod je, surprisingly good, nice plot and well wrapped up.

Drama mengisahkan Shen Qin, anak perempuan Perdana Menteri diperintah oleh King supaya berkahwin dengan General Xiao Han Seng. Shen Qin tak nak kahwin sebab dia dah jatuh cinta dengan Prince Ning. Untuk mengelak daripada berkahwin, dia guna kuasa magik bertukar muka dengan heroine, Shi Qi, seorang pelukis.
 
Shi Qi tetiba kena berkahwin dengan General
panik mencari cermin
 
 
Shi Qi tersedar dari pengsan di rumah General Xiao Han Seng dengan berpakaian pengantin. Dia panik dan terus kesana-kesini mencari cermin dan dapati muka dia dah bertukar dengan muka Shen Qin. Dia telah menjadi Shen Qin.
 
Hari itu ialah hari perkahwinan Shen Qin dengan General. Bila mereka bertemu di malam pertama, Shi Qi terperanjat tengok General, orang yang dia cari selama ini..

Shi Qi dan General bertemu kali pertama 3 tahun lalu


General Han Seng pernah selamatkan Shi Qi 3 tahun lepas dan Shi Qi juga selamatkan general yang tercedera ketika itu. Sejak peristiwa itu, mereka berdua saling mencari sesama mereka. Shi Qi gembira dapat bertemu Han Seng tetapi takut rahsia terbongkar yang dia sebenarnya bukan Shen Qin, anak Perdana Menteri.
 
Shi Qi bersemuka dgn Shen Qin
 
 
General benarkan Shi Qi pulang ke rumah mak pak dia. Shi Qi keluar dari rumah General untuk pergi bersemuka dengan Shen Qin. Shen Qin pula ugut Shi Qi supaya terus jadi isteri General dengan motif dapatkan barang kepunyaan Crown Prince yang dibunuh oleh adik beliau sendiri.  Dia jadikan kakak Shi Qi sebagai tebusan. 
 
Shen Qin datang ugut Shi Qi dirumah
geram je tengok Shen Qin ni, jahat betul
 

Seronok drama ni, ada karakter Military Advisior kepada General dan anak angkat General, kelakar dua orang ni. General pula seorang yang lemah-lembut, tidak bertindak melulu dan sentiasa berfikiran positif..
 
General dengan military advisor dia yang serius tapi kelakar
 
anak angkat General yang petah & bijak
 

 
Banyak juga adegan romantis diantara hero & heroine yang buat our hearts flutter. Suka tengok cara hero melayan isteri dan anak angkat dia. Hero bermata kuyu ni dalam diam lakukan siasatan untuk dapatkan maklumat mengenai Shi Qi..
 
adegan 'dressing' luka terpaling romantis
 
fireflies (kelip-kelip) mengingatkan Shi Qi
tentang pertemuan pertama kali dengan general
 

 
Bestlah drama ni, recommended for viewing..

14 comments:

  1. tak pernah layan chinese drama ni hahha anyway plot mcm menarik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah..menarik, drama ni pendek je 10-15min setiap episod..

      Delete
  2. menarik ulasan nohas pelakonnya pun comel segak

    ReplyDelete
  3. Wah.. pendek je drama dia dan ada dekat Youtube.. Menarik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah..consider pendek for chinese drama...

      Delete
  4. Blom lagi layan citer cina...leka layan Kdrama je skrg

    ReplyDelete
  5. baca sinopsis pun dh layan.. mcm best

    ReplyDelete
    Replies
    1. recommended, kt youtube je...takleh nak move on....haha...

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!