Assalamualaikum..semoga sihat semuanya..
Sibuk sikit semenjak dua menjak ni, nanti kita blog walking ye..ziarah kawan-kawan..
Nak cerita kisah claim Wang Tak Dituntut (WTD)..ingatkan takde, rupanya ada. Ada 4 WTD, Alhamdulillah, tiga dah selesai pada bulan Julai 2022. Submit online di portal e-gumis, Kementerian Kewangan.
Satu lagi WTD yang masih belum selesai. Penat teman memikio, tak tahu nak buat macamana. Duit dari Reader's Digest, jumlahnya RM100, tertunggak sejak tahun 2011. Sapa suka baca Reader's Digest? bestkan Reader's Digest..
Disebabkan portal tu suruh upload Banker's cheque/bank draft/cashier's order yang ASAL, teman pun telefonlah Pejabat Pendaftar Wang Tak Dituntut. Pegawai tu beritahu kena minta surat rasmi dari CIMB Bank, sebagai entiti pembayar, lepas tu kena pergi Pejabat Pendaftar WTD pula, kena tanya pegawai apa tindakan seterusnya.
Bila bank tanya ni duit apa, teman pun hentam je lah cakap
duit menang peraduan. Sebenarnya tak tahu duit apa, seingat teman dulu ada masuk peraduan reader's digest..duit tu lah kot..
Dah dapat surat dari bank, teman pun pergi lah ke pejabat WTD di UTC Pudu.
pejabat yang ada di UTC Pudu
ooo..dah pindah dari Menara Maybank
Pejabat Pendaftar Wang Tak Dituntut
Pegawai tu suruh telefon pejabat Reader's Digest untuk tanya mengenai bank draf. Benda dah 10 tahun berlalu, entah ada ke lagi...ke dah dilupuskan.
Tapi bagus pegawai tu, siap print address Reader's Digest daripada search di Google. Ada tiga alamat - di Shah Alam, Petaling Jaya dan Setapak, KL. Ketiga-tiga teman call, yang kat Setapak tu rumah orang. Dah takde kot Reader's Disgest kat Malaysia. Cari di Suruhanjaya Syarikat, tak muncul Reader's Digest. Cari di google, Reader's Digest ada di Singapore.
Lagi satu, kena pula isi borang Bon Tanggung Rugi sebab melibatkan Lembaga Hasil Dalam Negeri.
Kos mati setem RM10, tak tahu lagi kena bayar gantirugi ke tidak, nak claim cuma RM100 je...huhu..
Konklusi nya, rasa malas nak teruskan claim, tak berbaloi. Biarlah namaku terus tercatat di WTD, seratus tahun, seribu tahun, tak boleh nak dilupus selagi tak selesai claim...
I rest my case..