Thursday 13 April 2023

Iftar Day 21 : Beli di Bazar Ramadan UTC Sentul

Salam Ramadan...semoga diberi kesihatan yang baik...

Teman menyepi sebab tak berapa sihat. Hari Sabtu demam, batuk dan selsema tapi sempat gi hospital, melawat adik kena operate. Selepas Asar, kepala jadi tingtong...teman pun tidurlah, tetiba mak kejut untuk berbuka, terdengar azan...lepas tu mamai..ingatkan azan Subuh, terasa lamanya tidur...hehe..

Alhamdulillah, semalam dah semakin sembuh...terasa nak makan macam-macam..so, semalam singgah bazar ramadan..

capati dengan kheema daging, kuih tepung gomak, kuih kemboja bakar
capati ni makcik Pakistan yang masak, lembut & fluffy
besar juga saiznya, kenyang makan 2 keping
 
melayan anak tekak - bebola ayam & sotong..hehe..
 
banyak minyak...minyak daging keluar
 
tepung gomak inti kelapa
 
ada lagi yang dibeli - kebab daging guna roti pita, kuih kemboja bakar tu beli dengan ex-office mate
 
Well, ada yang tak jumpa gerai nasi kukus ayam planta..
 
di sini Carneyz..belakang gerai ayam gunting
ada lorong masuk, dari jalan besar
 
Semoga dapat mencari..

32 comments:

  1. Hehe.. harap-harap Carneyz dapat jumpa.
    Ooo.. patut senyap. Tak sihat rupanya. Alhamdulillah.. semoga cepat-cepat sembuh sepenuhnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...dah sihat, letih gak demam bulan puasa...melepek je..

      Delete
  2. waaaaahhh capati & kheema kambing! sedapnyaaa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap capati nya...lembut je, mak-mak yg masak..

      Delete
  3. Alhamdulillah sudah sembuh selera pun sudah mai. Agaknya penat tu maklum lah kurang air dalam badan dengan cuaca sekejap panas sekejap hujan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, dah baik...kurang minum air rasanya..

      Delete
  4. Uncle pun suka layan anak tekak! hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesekali...selera org baru baik demam..

      Delete
  5. Alhamdulillah dah semakin sembuh okaylah dah berselera nak makan macam-macam

    ReplyDelete
  6. Rasa macam dah 2 kali Carneyz mencari tak jumpa. Moga ada rezeki buat Carneyz.

    Alhamdulillah Nohas semakin sihat. Moga terus sembuh sepenuhnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tmpt dia terkebelakang dari laluan utama, mmg x perasan...

      Alhamdulillah, aamiin..

      Delete
  7. hahah kita sekali je jejak bazaar... nk gak try gi bazaar yg kt UTC ni tp memikirkan nak cari parking tu , kita abaikan aje la niat hehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Parking mmg payah, kena parking jauh..

      Delete
  8. Banyaknya makanan.
    Hehe siap tunjuk pada Carneyz di mana nasi kukus ayam planta.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua teringin..hehe...harap Carneyz jumpa..tapi takpe, kedai dia dekat je, boleh gi lepas raya..

      Delete
  9. cuaca memang tak menentu kan. Alhamdulillah dh sihat. Terasa nak gi bazaar lak petang ni cari capati. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari panas & hujan...semoga dapat apa yg dihajati..

      Delete
  10. wah selera org baik demam macam2 teringin ya moga nohas bertambah sihat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah..teringin nak mkn mcm²..hihi...tq Kak PI..

      Delete
  11. Mudah2an dah sihat sepenuhnya.
    Selamat berbuka puasa

    ReplyDelete
  12. tahun ni kan...SA pi bazar ramadhan sekali je masa awal puasa hari tu...lepas tu xde pergi dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rambang mata gi bazar ramadan..tapi masak sendiri lg puashati..

      Delete
  13. tak jumpa pulak tepung gomak kt utara ni.. haha. semoga cepat sembuh

    ReplyDelete
  14. Replies
    1. alamak..silap entry uncle...tapi sampul raya CIMB mmg cantik tahun ni..

      Delete
  15. Betoi tu KakNO, selera orang baru baik demam selalunya jadi lain macam sikit 😆

    ReplyDelete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!