Saturday 24 August 2019

Mongol

Dari Greek ke Mongol pula..
 
Akhirnya, selesai menonton filem Mongol di youtube.  Filem keluaran tahun 2007. Opening muziknya menyeramkan, zikir para pendita kaum Mongol.


Blogger Izni Hafiz komen entri lama saya tentang filem epik ni. Entry Mongol.Mongolia. Buat entry ni tahun 2009. Bila baca balik entry lama ni, terasa nak tengok filem ni. Masa buat entry tu, tak tengok pun movie ni. Sepuluh tahun lamanya baru tengok..hihi. Dulu tunjuk perasaan diam-diam, tak nak tengok filem ni sebab tak suka kisah manusia yang kejam ni....

Beberapa tahun dulu, perkataan Mongolia ni jadi 'buzzword' kat Malaysia. Setiap hari keluar dalam suratkhabar, dalam berita, dalam internet, heboh seantero dunia. Sekarang ni timbul balik. Hmm..sapa yang faham tu, fahamlah kan, yang tak faham tu, silalah google..huhu..
 
Ok, berbalik kepada filem ni, ianya menceritakan kisah hidup seorang manusia yang bergelar Genghis Khan. Dilahirkan dengan nama Temujin, Genghis Khan ialah pengasas Empayar Mongol  yang sangat terkenal dengan bala tentera yang kuat dan kejam. Wilayah jajahan nya luas dari timur ke barat Eurasia, dari China ke Mesir. Pernah memerintah negara China dengan nama Dinasti Yuan.

Tengok movie ni memang rasa sakit hati je, macamana dia khianat kawan baik dia sendiri, yang dianggap sebagai 'brother', yang tolong semasa dia kena tangkap, hampir nak mati.  Yang sama-sama berperang untuk selamatkan isteri dia. Betul-betul, hati kering !!

Jamukha, kawan yang dipanggil brother, tapi khianat. Langsung jadi musuh

Bila Temujin kalah dengan Jamukha, dia dijual untuk jadi hamba kepada ketua Tangut Kingdom tapi sami ni dapat petunjuk yang Temujin akan musnahkan Tangut Kingdom, langung Temujin kena penjara. Sami tu awal-awal lagi dah buat perjanjian dengan Temujin.

Sami minta Temujin supaya jangan musnahkan tempat ibadat
sebab dalam tu banyak buku agama depa lah tu

Permintaan sami ni Temujin ikut, tapi anak cucu dia tak ikut, habis buku-buku di Baghdad dihapuskan, sungai menjadi warna biru hitam dengan dakwat buku. Huh!

Sinematografi filem ni memang awesome. Pemandangan grassland, steppe, gurun. Layan scenery yang cantik.


Yang berlakon jadi Genghis Khan nama dia Tadanobu Asano, orang Jepun. Yang jadi Jamukha, aktor China, cuma heroin (isteri Genghis Khan) je orang Mongolia. Filem ni keluaran bersama Soviet Union, Jerman dan Kazakhstan dan pengarahnya Sergei Bodrov.

Overall, menarik juga citer Genghis Khan dalam fliem ni. Recommended bagi peminat filem epik.

Selamat berhujung minggu.

18 comments:

  1. Jarang dah tengok filem epik.. hehehe.. nak mulakan tu.. Tapi best sebenarnya kalau dah layan.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kekdg layan jg filem genre ni..kalau byk adegan ganas mmg tak lah..yang ni kira ok, adegan kill,kill, die, die tu sangat kurang..

      Delete
  2. nampak macam best cerita ni, tapi tengok cerita kejam2 ni akak negeri sikit ehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. adegan2 ganas tak brp byk dalam movie ni..bolehlah nk tonton..

      Delete
  3. Wahhh.. Menarik ni. Nak kena tonton jugalah cerita. Saya suka cerita-cerita epik macam ni.

    ReplyDelete
  4. Wah! baca reviews Nohas teringin pulak nak nonton citer nih!

    ReplyDelete
  5. hebat siapa yang mampu menonton movie di Youtube

    sudah kaya dan mewah dengan DATA..

    alhamdulillah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, amiin..wi-fi 35GB je, kongsi brdua..

      Delete
  6. Haha Kak Feni nk share movie dgn kakak kak feni yg hantu movie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ceritanya interesting...based on sejarah..

      Delete
  7. Memang minat cerita2 mcm ni..insyaAllah ada masa nak tengok..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Recommended..akk pun tengok 2,3 hari jg, baru habis..

      Delete
  8. tak pernah tgk.. zaman budak hingus lg bru lps spm. haha.
    teringin nk jejak kaki ke Mongolia tp takut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mongolia sekrg ni ok rasanya...haha..movie ni dah lama, almost 10 years..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!