Tuesday, 6 October 2020

Enola Holmes di Netflix

'tis I enjoying this movie..Enola Holmes..
 
Cute and entertaining movie ni, tapi ada serius topik underlying. Dah lama tak layan citer klasik English, era zaman Victoria, the lords, the lady, the manor, the estate and thick British accent. Last tengok drama klasik English ialah drama Downton Abbey...


Filem ni berdasarkan buku karangan Nancy Springer, The Case of Missing Marquess (2006). Mengisahkan kisah penyiasatan Enola Holmes, adik perempuan kepada penyiasat British yang terkenal, Sherlock Holmes. Cerita-cerita Sherlock Holmes dikarang oleh Sir Arthur Conan Doyle.
 
Kisah dimulai dengan naratif oleh Enola Holmes mengenai kisah keluarga Holmes, kisah dua orang abang dia, Mycroft dan Sherlock dan juga kisah dia dan ibu mereka, Eudoria. 
 
Sherlock, Mycroft & Enola

Eudoria ialah ibu yang berfikiran moden di zaman Victoria. Suka decipher, nama Enola, kalau dibaca backward bermaksud 'alone'. Eudoria mengajar sendiri Enola di rumah agam mereka, Ferndell Hall, macam 'home-schooling'. Daripada subjek sains, sports, reading all books, Eudoria juga ajar martial art - jiujitsu. Memang menyimpang habis daripada kebiasaan lady-lady di zaman tu - yang selalu diajar menyulam dan mempersiapkan diri untuk menjadi isteri dan ibu.
 
Pada birthday Enola ke 16 tahun, Eudoria menghilangkan diri dari rumah. Abang-abang Enola balik kampung dari London. Disebabkan mak mereka dah hilang, Enola diletakkan dibawah penjagaan abang sulung, Mycroft yang berfikiran tradisional, nak hantar Enola ke finishing school. Enola bantah, dia merancang lari dari rumah, dengan misi nak mencari mak mereka. Enola ni pemikiran dia macam Sherlock juga, penuh muslihat.

Semasa melarikan diri, dalam keretapi ke London, Enola berselingkuh dengan Viscount Tewkesbury Marquee of Basilwether, yang juga melarikan diri dari keluarga sebab tak nak masuk askar dan pergi oversea. Enola tolong Tewkesbury daripada kena bunuh, mereka berdua melompat keluar daripada keretapi.
 
Mula-mula Enola anggap Tewkesbury ni penghalang misi dia. Tapi bila Tewkesbury tunjuk yang dia bukanlah anak lord yang spoilt-brat dan dia minat outdoor, tahu semua jenis tanaman dan herba, mereka berdua terus clicked dan jadi partner-in-crime, cari jalan untuk ke London.
 
Tewkesbury & Enola

Semasa Enola mencari clue berdasarkan maklumat yang dia ingat sebelum mak dia hilangkan diri, lelaki yang nak bunuh Tewkesbury dalam keretapi, serang Enola dengan ganasnya. Enola terselamat sebab dia pandai martial art. Bermulalah kisah penyiasatan Enola Holmes untuk menyelamatkan Tewkesbury pula. Misi dah bertukar, misi pertama, selamatkan Tewkesbury. Misi kedua, cari mak dia.

Tewkesbury & Enola melompat keluar daripada keretapi bergerak 
untuk menyelamatkan diri dari pembunuh
CGI effect yang sangat awesome! it's so real

Rupanya kehilangan mak Enola dan percubaan membunuh Tewkesbury lebih 'intrigue', bukan kes biasa-biasa. Ada kaitan dengan undian untuk meluluskan Reform Bill di House of Lords.
 
"Without this Reform, this country isn't ours, it's theirs (referring to the Lords). We must petition the Lords. And we've not only got to do it for ourselves, but for the children. Vote for change".
 
Dan juga pergerakan rahsia perkumpulan wanita (women's suffrage). Perjuangan wanita untuk menuntut hak mengundi. Ia adalah sejarah benar negara Britain dimana the Third Reform Bill diluluskan pada tahun 1832.

Filem ni ibarat refreshing tonic, segar dan menyegarkan. Fast-paced, memang tak boring menonton. Scene lawan-lawan diantara Enola dan pembunuh tu pun menarik tapi nampak sungguh ganas. Suka tengok Enola dan Tewkesbury...cute couple..good chemistry..

Mesej penting dalam filem ni mengenai 'self-empowerment' - mencari tujuan dalam hidup. - 'You must find your own path. being alone  doesn't mean you have to be lonely. You have to find your freedom, your future, your purpose. My life is my own and the future is up to us".

Pelakon utama:
Enola Holmes : Millie Bobby Brown
Tewkesbury : Louis Partridge
Sherlock Holmes : Henry Cavill
Mycroft Holmes : Sam Claflin
Eudoria Holmes : Helen Bonham Carter

Berjayakah Enola mencari ibu dia? Siapakah yang nak bunuh Viscount Tewkesbury? 
 
Recommended for viewing and enjoy!!

28 comments:

  1. Saya suka tonton filem klasik Inggeris. Tambah info melihat budaya hidup mereka ketika itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. suka tgk rumah agam & estate mereka yg berekar-ekar luasnya....budaya hidup mereka nmpk jurang yg luas antara lord2 dgn working class..

      Delete
  2. saya x habis lagi tgok cite ni.. rasanya ni bukan genre favourite sy kot hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kurang minat, mmg susah nak habis..hehe..go for the plot line..quite enjoyable..

      Delete
  3. Baru je tgk weekend hari tu. Mmg best!

    ReplyDelete
  4. Suka filem macam ni tapi takde netflix. Tunggu ada peluang tengok kat rumah adik nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesekali tengok cerita zaman Victoria best jg...semoga dapat menonton..filem ni exclusive terbitan netflix..

      Delete
  5. Kalau dari segi penyiasatan kes, tak berapa hebat sangat macam Sherlock Holmes (My fav Sherlock played by Robert Downey Jr.) tapi kalau untuk kecomelan Enola memang millie pandai bawa watak dia. So far memang enjoy cerita dia ni. Plus, jatuh cinta dengan sam claflin since "Love Rosie" and "Me Before You". Sam dalam Enola nampak tua dah. Untuk Henry Cavill pula, ahh jadi Superman je lah.! Handsome sangat pun.. uhuk..~

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul, tak berapa heavy sgt plot line dia, mmg enjoy cerita ni..plus both Millie & Louis are teenagers, mmg sesuai lah watak depa berdua ni..

      tengah layan Sherlock Holmes: A Game of Shadows..best lakonan Robert Downey. Mungkin sbb make-up & misai, nmpk Sam mcm dah tua beno..ke sbb watak dia abang sulung, supaya nmpk lebih tua dari Sherlock..suka jg Henry jd Sherlock walaupun watak dia tak berkembang sangat dlm citer ni..

      Delete
  6. Apabila Nohas beritahu sinopsis cerita ini rasa hendak tonton.

    ReplyDelete
    Replies
    1. recommended utk tontonan..enjoyable..tak heavy sgt..

      Delete
  7. omg sis.. jgn buat sy terjebak balik layan neflix pls hahaha
    sy kalau da start marathon mmg x sedar diri terus huhu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sbb movie ni terbitan netflix..so far takde kt platform lain buat masa ni..
      jgn risau..sbb ni movie, cuma 1 jam lebih je...tak taulah, in the future, kot netflix nak buat drama...kenalah marathon..hehe..

      Delete
  8. Boa noite Nohas obrigado pelas dicas maravilhosas.

    ReplyDelete
  9. Synopsis dia macam masuk dengan citarasa Tukang Kebun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. best citer ni..enjoyable & tak berat sgt..

      Delete
  10. Lama tak tengok cerita klasik macam ni. Kadang best juga jalan cerita dia. Netflix xde pulak. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesekali layan citer klasik english best jg..yg ni mmg best, enjoy je tengok...original netflix series..takde lg kt platform lain..

      Delete
  11. menarik utk ditonton ni..tq review nohas :)

    ReplyDelete
  12. Suka juga tengok citer2 berlatar belakangkan zaman Victoria ni.. fesyen pakaian menarik, gaya hidupnya.. slang bahasanya.. daripada review ni nampak cerita ni macam best. Tapi malangnya Cik TK tak ada Netflix... huhuhuuhuuuuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah..suka tgk cerita klasik zaman Victoria..best movie ni, kalau ada peluang, silalah tengok..sbb ni original netflix series, so mmg takde di platform lain (buat masa ni lah)..

      Delete
  13. Macam menarik ceritanya. Dulu pernah langgan netflix.

    ReplyDelete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!