Tuesday, 23 August 2022

Filem review: Pad Man (2018)

Namaste..calling all women, jom tengok filem hindustan ni di Netflix..

Filem tentang benda yang sangat dekat dengan kaum wanita. Filem yang memecah 'taboo' dalam masyarakat seantero dunia atau mungkin dunia ketiga je kot, tentang sesuatu yang jarang dibincang secara terbuka...malu wehh..tapi kita orang Islam, ada je ustaz-ustaz yang bagi kuliah tentang hal ini, satu cabang ilmu yang orang lelaki juga patut tahu..

Filem ni berdasarkan kisah benar yang berlaku di negara India. Kisah bagaimana seorang lelaki mencipta tuala wanita yang berkualiti untuk dijual dengan harga murah supaya ramai wanita dapat menggunakannya. Lelaki ni namanya Arunachalam Muruganantham. Dalam filem ni, hero guna nama lain. Diakhir filem, ada penampilan Arunachalam.


Di awal filem, hero bernama Lakshmikant Chauhan (lakonan Akshay Kumar) berkahwin dengan Gayatri (lakonan Radhika Apte). Lakshmi seorang suami yang penyayang, bekerja di kilang besi. Mereka suami isteri tinggal bersama ibu dan dua orang adik perempuan Lakshmi. Mereka semua rakyat marhaen, orang biasa-biasa je..
 
Pada satu hari, isteri dia datang bulan (datang haid). Zaman dulu-dulu kan, kebanyakan guna kain, samalah juga dengan isteri dan adik perempuan Lakshmi. Tuala wanita ada dijual tapi dengan harga yang mahal, tak mampu mereka nak membeli. Duit yang ada lebih baik digunakan untuk keperluan lain. Masa ni kita nampak mereka jemur kain tersebut dilapik dengan kain sari yang jarang, supaya orang lain tak nampak..menggamit kenangan betul, very relatable..

Tapi Lakshmi berkeras nak beli juga tuala wanita untuk wife dia. Kelakar betul masa dia nak beli pad tu, biasalahkan nak cakap kat pekedai pun malu...haha..dengan duit tak cukup, siap pinjam dengan kawan...hehe...bila bagi kat wife dia, tengok harga, wife dia suruh Lakshmi pulangkan semula tuala wanita ke kedai.
 
Tuan kedai pula tak nak beli balik tuala wanita tu. Terpaksalah Lakshmi simpan dalam poket, bawa pergi kerja. Tiba-tiba ada kemalangan di tempat kerja Lakshmi, kawan dia tercedera. Disebabkan takde plaster, Lakshmi ambik tuala wanita tutup tempat luka....kelakar giler scene ni....sakit perut gelak..

Bila gi hospital, doktor cakap memang betul tindakan Lakshmi letak tuala wanita di tempat luka sebab tuala wanita adalah benda yang bersih untuk menyerap darah. Kendian doktor tu pun cakap tentang kebaikan guna tuala wanita untuk wanita yang sedang haid dan keburukan guna benda-benda lain. Sejak tu Lakshmi bersemangat untuk cipta tuala wanita yang murah untuk kegunaan wanita golongan marhaen...semangat waja..
 
Macam-macam cara Lakshmi guna, trial and error. Pada mulanya dia suruh wife dia try tapi gagal teruk sebab first day kan heavy flow, habis sari kena darah haid. Wife dia bengang, semua orang perempuan dalam rumah Lakshmi bengang dan malu dengan tindakan Lakshmi sampaikan nak pindah rumah. Jiran-jiran kata dia seorang 'pervert'..
 
  Lakshmi minta tolong pelajar-pelajar perubatan 
untuk cuba pad yang dia cipta

Akhirnya, dia sendiri yang test, guna darah kambing. menjerit tengok darah membasahi seluar Lakshmi...heboh sekampung..kata dia dirasuk syaitan..akhirnya kena halau dari kampung..wife dia pun tinggalkan dia, kena paksa dengan ahli keluarga.
 
Lakshmi semasa diadili oleh orang-orang kampung dia sebelum kena halau
 
Walaupun kena halau dari kampung, hidup seorang diri, Lakshmi tetap tidak berputus asa. Semangat tidak luntur. Duduk di bandar, tak berjaya juga tapi dapat ilmu tentang bahan-bahan untuk buat pad. 
 
Kemudian pindah ke kampung lain, dapat ilham untuk cipta mesin. Akhirnya Lakshmi berjaya cipta mesin buat pad yang berkualiti, yang sama seperti dipasaran tapi tak tahu nak cari sapa nak suruh try...haha.. 
 
  yeayy!! pad yang praktikal berjaya dicipta
 
Satu hari, ada konsert tradisional di kampung tempat dia tinggal. Seorang pemuzk wanita, bernama Pari Walia (lakonan Sonam Kapoor) cari pad malam-malam, tapi semua kedai dah tutup. Dia terjumpa Lakshmi di jalanan. Lakshmi pun bagi pad yang dia cipta. And the rest is history.
 
Pari Walia mula-mula tak percaya tapi akhirnya dia yang banyak tolong Lakshmi sampai dapat anugerah, Amitach Bachan yang bagi hadiah, masuk suratkhabar. Orang kampung tempat dia tinggal semua seronok, Laskhmi dah mengharum nama kampung mereka. Mereka pun beramai-ramai, lelaki perempuan gi jumpa Lakshmi di kilang dia. 
 
Tapi orang kampung cuma tengok gambar muka depan je, gambar Lakshmi dengan Amitach Bachan, tak baca berita penuh kat mukasurat belakang, tak tau pun apa produk yang dia buat. 
 
Masa Lakshmi tunjuk produk tuala wanita dan bagi percuma pada anak perempuan ketua kampung, terkedu budak tu, terus lari keluar..yelahh benda 'taboo', bagi lak depan orang ramai, depan orang lelaki...haha..habis kena hentam dengan orang kampung...hehe..
 
promosi pad di sekolah

Memang best filem..highly recommended, silalah tonton ya. Bagaimana dengan mencipta mesin, dia memberi peluang pekerjaan pada wanita-wanita kampung untuk menjana pendapatan..yang juga jadi jurujual...women to women...
 
wanita kampung pulang ke kilang selepas sesi jualan

Tapi kesian dekat Pari Walia yang banyak bantu dia disaat dia tiada apa-apa, yang sanggup bersusah-payah bersama...well, cinta tak semestinya bersatu...

32 comments:

  1. Dah berapa kali lalu filem ni kat tv, tapi tak pernah tengok betul2. Lain kali kena fokus.

    ReplyDelete
  2. Hahaha! Baca review pun dah tergelak, mesti tgk citer ni boleh guling2 gelak. OK la nak carik citer ni kat Netflix :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kelakar betul gelak kuat..boleh relate rasa awkward, rasa malu kaum wanita dlm filem ni..

      Delete
  3. Menarik kak...kebetulan mbul juga suka film india genre drama..karena kadang jadi tahu kultur budaya di sana kayak apa..

    ga kebayang kalau lelaki beli pembalut untuk haid kayak apa...pasti malu ya kak hehehe..jaman dulu memang pakainya kain tapie

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya bener...menarik filem ini..moga Mbul dapat nonton nya...lelaki kalau mau beli, mesti malu nak bilang sama penjual...nak describe pun malu..haha..

      Delete
  4. Entah bila la Netflix kita nak okey semula...sejak dah tukar number terus x leh guna..dia macam x sync dengan hp Samsung ni...nyesal beli...nyesal tukar

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga dipermudahkan...saya ambik pakej netflix maxis...boleh emel komplain ke nefflix.

      Delete
  5. filem serius tapi lucu kisahnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul...kisah serius diolah dgn plot yg ringan..

      Delete
  6. Menarik sungguh jalan ceritanya. Yang sedihnya sampai kena halau dari kampung. Ada kesempaan nanti saya nak tonton juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg menarik Amie...bila kelakuan pelik dari kebiasaan, memang mengundang tohmahan dari masyarakat..

      Delete
  7. Dah tengok dulu kat TV2. Tak suka ending dia. Bini dia tak layak dapat laki mcm Lakshmi ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak salahkan bini dia..dgn paksaan dari keluarga..dah fahaman masyarakat sebegitu, susah nak berubah terutama perkara taboo mcm tu...even golongan terpelajar mcm medical student tu pun tak nak tolong dia...Pari Walia jumpa Lakshmi time dia dah berjaya...

      Delete
  8. Teringat game PacMan... hhehehe

    ReplyDelete
  9. ramai yang review filem ni best tapi saya belum tengok lagi..hehe
    menariklah jalan cerita dia sebab jarang isu macam ni difilemkan, mest banyak cabaran dia sebelum berjaya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. recommended sangat,,mmg best! mmg byk cabaran utk merubah tanggapan masyarakat..

      Delete
  10. Tengok filem ni buat saya berfikir yang manusia ni macam2 budaya dan ragam. Macam tak dapat nak bayangkan kalau budaya kita macam tu. tak sanggup kalau tak ada pad!

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya ini bukan budaya tapi realiti kehidupan bukan saja di India tapi di negara lain jg, dimana pendapatan keluarga kekdg tak cukup utk makan. Dlm drama cina 'Reset' ada yg komen lelaki dlm bas bawa tuala wanita balik kpg sebab org2 kpg mmg miskin, tak mampu nak beli pad....generasi dulu2, zmn nenek, mak2 mmg guna kain terutama yg tinggal di kampung, nak pi pekan jauh..

      Delete
  11. Panjang lebar cerita buat ciknur rasa nkk tgkk segera. bestt ni ceritanya walau pun agak sentitif kan.
    Gamit kenangan jga firstime dulu dtg bln ha haaaaa pakai kain je mak.suruh sblm.pandai beli pad. Tp kann masa tu pad tebal tu jenama Sanita hehe tu pun pandai sb kakak sepupu yg selalu pakai

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, hal yg sensitif, kalau boleh tak nak org tahu tengah haid, asik risau je kalau terbocor...ha'ah..dulu pad tebal, brand Sanita je yg ada..hehe..

      Delete
  12. Saya pernah tonton, memang best! Penuh inspirasi dan rasa cinta.
    Cuma kecewa sikitlah kan bab Pari tu…cinta tak kesampaian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah..penuh inspirasi..dia cipta pad sebab sangat sayang kat wife dia, tak boleh lupakan wife dia...walaupun dah mendonia, tapi jiwa dia tetap kekampungan...tak sekufu dgn Pari..

      Delete
  13. Best filem ni. Bila tengok rasa bersyukur yang kita mampu beli pad. Nampak simple tapi bagi orang susah, ia dianggap barang mewah

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, syukur kita mampu beli pad...dalam drama cina 'Reset' pun ada jg, seorang bapa bawa pad utk anak dia dikampung..

      Delete
  14. Wah, nanti saya cari cerita ni.
    Saya pernah kenal keluarga kurang mampu dulu, masa saya kecik, sekolah rendah. Dia pakai kain batik je bila datang bulan, sebab tak mampu beli pad. Kesian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu2 ramai jg yg pakai kain batik buat pad terutama yg tinggal di kampung2, nak pi kedai jauh, selalu org lelaki yg pi kedai, beli barang2..

      Delete
  15. pad man ni tgk byk kali pun rasa geram dgn masyaraakat india. patutlah sampai skrg kebersihan tak ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. realiti kehidupan, kekdg nak makan pun duit tak cukup, terpaksalah korbankan hal2 lain termasuklah beli pad..tapi bila ada pad harga murah dan ada penerangan ttg kesihatan & kebersihan, nampaknya ada sambutan ramai..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!