Wednesday, 11 May 2022

The Guernsey Literary and Potato Peel Pie Society (2018)

 Pelik tajuk filem British ni...panjang and 'quite a mouthful'

The Guernsey Literary and Potato Peel Pie Society

streaming di Netflix

 sebab tajuk dia pelik, teruja pulak nak nonton dan walla..best filem ni..

cerita selepas perang dunia ke2..cantik giler cinematografi dalam movie ni..

Sinopsis

Plot movie berkisar tentang ahli-ahli 'the Guernsey Literary and Potato Peel Pie Society'. Pelik kan nama persatuan ni. Nama yang muncul secara tetiba bagi menyelamatkan nyawa semasa ditahan oleh tentera Jerman kerana melanggar perintah berkurung (curfew).

 
tentera Jerman semasa masuk ke Pulau Guernsey
 

Guernsey ialah sebuah pulau British di Selat Inggeris. Pada masa perang dunia ke2, tentera Jerman menjajah pulau ni. Hero ialah seorang penternak khinzir (babi). Tentera Jerman merampas semua khinzir dan suruh penduduk makan kentang je.

Tetiba seorang jiran wanita panggil hero untuk sembelih seekor khinzir yang dia sorok dari tentera Jerman. Anak angkat jiran wanita itu cadang mereka buat kenduri (small gathering), panggil beberapa orang jiran lain secara rahsia untuk berkumpul di rumah mereka. Ada seorang datuk datang bawa pai kentang, bubuh sekali dengan kulit-kulit kentang.

Masa nak balik, mereka kena tahan dengan tentera Jerman. Disebabkan takut rahsia terpecah (sebab berkumpul ramai-ramai), mereka beritahu yang mereka berkumpul untuk membaca dan diskus buku..Guernsey Literary Society..kendian datuk yang tengah mabuk, meracau cakap..Potato Peel Pie...maka wujudlah Guernsey Literary and Potato Peel Pie Society..

ahli persatuan - 5 orang pada mulanya

Bagi mengaburi mata tentera Jerman, mereka mula mengumpul buku-buku dan berkumpul untuk berdiskusi buku. Selepas perang dan tentera Jerman pun dah keluar dari pulau Guernsey, persatuan ni masih aktif dan aktiviti diskus buku masih dijalankan. 

Hero mengutus surat kepada heroin minta heroin belikan dia satu buku. Dia dapat alamat heroin dari dalam sebuah buku.

Heroin ialah seorang penulis buku yang popular di London. Bila diberitau tentang persatuan ni, heroin berminat nak tahu lebih lanjut. Dia pergi ke Pulau Guernsey dan walla..

heroin tiba di Guernsey

 
heroin bertemu dengan ahli persatuan
 
sesi bedah buku yang meriah


Heroin berjaya membongkar kisah yang berlaku kepada seorang ahli persatuan yang kena tangkap oleh tentera Jerman dan juga perkara yang berlaku semasa penjajahan tentera Jerman.

tetiba tunang heroin datang ke Guernsey
 
heroin berat hati nak balik London ikut tunang dia
 

Movie ni oklah, tak heavy sangat, 'feel good' movie..kisah persahabatan, kisah kehidupan semasa dan selepas perang, kisah masyarakat..

Recommended for viewing..

24 comments:

  1. Kenapa heroin tu berat nak balik dgn tunang dia? dia dah jatuh hati dgn hero ye? byk tanya pulak, boleh je tengok sendiri kat netflix hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia dah tersuka kt hero & suasana kehidupan di pulau guernsey...tunang dia mcm berlagak sikit..org amerika..

      Delete
  2. Replies
    1. best tengok suasana pulau yg cantik..

      Delete
  3. Replies
    1. best, suasana lepas perang, view pun cantik..

      Delete
  4. Replies
    1. ha'ah..heroin cantik...cuma hero dia comot sikit..haha..

      Delete
  5. Dah tengok cerita ni. Asterok pernah tunjuk. Cantik pemandangannya. Suka juga tengok interior rumah-rumah dalam cerita ni. Country cottage.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo...dah tayang kt Astro..ha'ah cantik pemandangan dlm movie ni...rumah2 jenis rumah lama..country style..

      Delete
  6. banyak cast Downton Abbey dalam ni so kena tengok.

    ReplyDelete
  7. movie yang banyak mengulas tentang sejarah di suatu negara ya kak...di masa penjajahan..oemeran utama wanitanya cantik jelita hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan mengulas sejarah tapi cerita rekaan sahaja..cuma suasana nya masa zaman penjajahan...ya benar, cantik female lead nya..

      Delete
  8. menarik cerita ni...sinematografi pun menarik kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul...cantik view di pulau ni..

      Delete
  9. Okey lepas habis business proposal nanti SA nak tgok citer ni plak...menarik jalan citer dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. best plot citer ni..oo..business proposal pun saya belum habis nonton...

      Delete
  10. Tertarik dengan tajuk dia.. panjang amat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..itulah..buat org curious nak tengok...

      Delete
  11. wah best lah ada bedah buku. Dahulu semasa Jemari Seni masih beroperasi, selalu join perjumpaan macam tu bedah buku sambil beramah mesra dengan penulis dan pembaca sambil mengeratkan ukhwah sesama yang hadir. Sekarang dah takde dah camtu lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok tengok scene bedah buku dlm movie ni, meriah..dgn gelak-ketawa, semua bagi pendapat masing-masing...

      kalau diadakan lagi, mesti seronok..baru ada bonding antara penulis & pembaca..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!