| Lari selepas disembur oleh tanker merah |
Dia dari jauh, sudah semakin dekat
Sudah dekat dan semakin hampir...
| Menjaga Jalan Raja Laut |
| Lari selepas disembur oleh tanker merah |
| Menjaga Jalan Raja Laut |
Pelbagai pihak tidak berpuashati dan bimbang mendengar berita 31 peratus saham Padiberas Nasional Berhad (Bernas) dikuasai oleh firma pelaburan berpengkalan di Hong Kong, Wang Tak Co Ltd. Bernas telah memeterai perjanjian konsesi dengan Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri sebagai pembekal dan pengimport tunggal beras negara.
Diantara banyak-banyak komentar yang terdapat di dada akhbar, antara yang saya rasa lebih bijak dan relevan kepada rakyat umum ialah komentar oleh Datuk Muhammad Salleh Majid, bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) yang juga Felo Kanan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Komentar beliau di dalam Berita Harian, 3o Julai 2009:
Beliau menggesa kerajaan mengkaji semula dasar penyenaraian syarikat strategik khususnya berkaitan barangan makanan dan utiliti di Bursa Malaysia bagi mengelak konflik antara keuntungan dan kepentingan awam. Katanya lagi ia bagi mengelakkan saham syarikat itu dikuasai pelabur asing.
Kita sudah lihat konflik antara keuntungan dan kepentingan awam berlaku pada syarikat bekalan elektrik, bekalan air dan konsesi tol. Adalah wajar syarikat sedemikian dijadikan syarikat persendirian milik kerajaan.
Selain itu, beliau juga bimbang konflik antara pemegang saham dengan kerajaan mungkin berlaku seperti yang terjadi pada Pantai Holdings Bhd.
Bekalan makanan utama, air, elektrik dan jalanraya begitu juga pendidikan/ persekolahan dan hospital tidak sepatutnya diniagakan dan meraut keuntungan berganda-ganda. Yang mengeluh adalah rakyat jelata, the end user, yang terpaksa menyerap peningkatan kos. Kami tiada pilihan lain.
Biarlah Bernas seperti asalnya iaitu Lembaga Padi dan Beras Negara, tidak usah dikorporatkan, diswastakan, disenaraikan di bursa saham. Ia membabitkan keselamatan makanan dalam negara, makanan ruji bangsa utama di Malaysia.
"Sebiji nasi adalah hasil keringat para petani yang tumpah ke bumi"
Kisah ini sudah lama saya dengar, adalah lebih kurang 15 tahun yang lalu. Masa tu dalam kursus motivasi di Sungai Ramal Dalam, Kajang. Motivator yang terlibat meminta kami memikirkan satu kisah yang akan diberikan dan jawapannya akan dimaklumkan pada akhir kursus. Namun, kerana kesuntukan masa, kami tidak sempat bertanya kepadanya di akhir kursus dan dia pun terpaksa balik awal..
Sempena Festival Kuala Lumpur 2009 (FKL09, Jabatan Warisan Negara (JWN) memperkenalkan 12 jenis permainan tradisional yang semakin dilupakan dalam Program Permainan Tradisi. Konsep wakaf ialah urusan menyerahkan kekayaan peribadi untuk dimanfaatkan masyarakat. Wakaf selalu dikaitkan dengan tanah perkuburan dan pondok teduhan yang biasa disediakan oleh mereka berkemampuan untuk faedah penduduk setempat. Bagi kebanyakan umat Islam di Malaysia, memberi wakaf bermakna menyerahkan harta yang biasanya dalam bentuk tanah atau hartanah kepada Baitulmal atau Jabatan Agama Islam Negeri sebagai amanah untuk diuruskan bagi kebajikan seluruh umat. Konsep wakaf boleh dikembangkan dengan menjadikannya institusi amanah bagi pihak umat Islam untuk memastikan kekayaan diperuntukkan kepada mereka dapat diuruskan lebih sempurna.
Diriwayatkan daripada Ibnu Umar: "Saidina Umar membeli sekeping tanah. Beliau berjumpa Rasulullah SAW untuk meminta nasihat berkaitan dengannya. Beliau berkata: Ya Rasulullah, saya sudah membeli sekeping tanah di Khaibar. Saya belum pernah memiliki tanah yang begitu bernilai seperti ini. Jadi apakah yang patut saya lakukan ke atas tanah ini? Rasulullah SAW menjawab: Jika kamu suka, kamu boleh menyimpan hak milik tanah itu kekal di tangan kamu dan berikan hasilnya sebagai sedekah.
" Saidina Umar memberikan hasilnya sebagai sedekah dengan mengisytiharkan tanah itu tidak boleh dijual atau dipindah milik. Hasil pendapatannya diagihkan kepada kumpulan fakir miskin, sanak saudara terdekat, usaha pembebasan abdi dan apa juga program ke jalan Allah. Menurut Ibnu Aun, dalam prinsip wakaf apa yang penting ialah tidak menyimpannya dengan niat untuk menjadi kaya. Harta kekayaan boleh diserahkan kepada Baitulmal dan Jabatan Agama Islam Negeri untuk diwakafkan secara kekal atau sementara. Mesir yang ada kepakaran dalam pelaksanaan sistem kehidupan Islam, menubuhkan kementerian khusus iaitu Kementerian Wakaf. Di Mesir, semua wakaf dihadkan tidak melebihi 30 tahun tetapi boleh diperbaharui. Disebabkan tanah perkuburan adalah kawasan luas di tengah bandar raya, maka berjuta penduduk yang tidak mempunyai tempat tinggal memilih untuk tinggal atas tanah perkuburan yang diwakafkan keluarga kaya di Kaherah. Hartanah ini secara beransur-ansur berubah kegunaan apabila tempoh wakaf berakhir. Kementerian wakaf mempunyai tanggungjawab besar untuk menguruskan harta wakaf bagi faedah kesejahteraan seluruh umat Islam khususnya yang berada di sekitar lokasi harta itu. Banyak hartanah diwakafkan kepada masjid dan kemudian tidak diurus pengurus wakaf. Masalahnya ialah saiz dan had kegunaan hartanah ditetapkan pewakaf iaitu untuk tapak masjid dan kubur. Ramai umat Islam berasa mereka tidak mampu untuk mewakafkan harta kerana ingin mewariskan harta mereka kepada anak. Jika konsep wakaf sementara boleh diperkenalkan, pasti lebih ramai umat Islam tampil ke depan. Harta dalam bentuk tanah, wang, rumah dan lain-lain boleh diwakafkan untuk 20 hingga 30 tahun sementara menunggu diperlukan oleh pemiliknya.
Harta wakaf itu boleh diuruskan secara berkesan oleh badan korporat sebagai pemegang amanah bagi memastikan ia mendatangkan hasil yang boleh dimanfaatkan untuk membangun umat Islam. Yang penting, hasil atau faedah disalurkan kepada kumpulan yang berhak. Pemberi wakaf tidak terhad kepada individu Muslim, termasuk institusi, badan korporat dan badan kerajaan dengan andaian bahawa permodalan wakaf adalah badan professional pengurus dana yang akan menjadi pemegang amanah kepada harta milik pemberi wakaf untuk manfaat kumpulan sasar ditetapkan. - Berita Harian, 6 Mei 2009
Dah lama dengar lagu ni, baru tahu maknanya..alahai kesiannya..
Ult li albi bissaraha (Aku membuka hatiku dengan kejujuran)
Hayya nab'idil karaha (Hindarilah kebencian dan dendam)
Syakkireena a' kulli ni'ma (Marilah kekalkan syukur dgn apa yg kita ada)
Ba' ideena anil fattana (Hindarilah segala penipuan dan dosa)
- Alhamdulillah -
Too Phat feat Yasin, Dian Sastro & Ahli Fiqr

Di sini juga terdapat satu padang golf dan empat spa village. Apa yang menarik di sini terdapat lagoon dan pulau-pulau buatan manusia membuatkan destinasi ini begitu unik untuk pelancong-pelancong.
Bercakap mengenai 'pulau-pulau buatan manusia' dan juga reclaimed land ni, saya teringat dengan seorang klien yang sering menuturkan 'man can make man but man cannot make land' dalam hujah beliau untuk nilaian tanah. Yes, man can make land too, but not in similar term with Allah S.W.T. the Creator.
"Earth provides enough to satisfy every man's need, but not every man's greed."


Ada pro dan kontra tinggal di 'gated & guarded' development ni...tetapi landskapnya memang 'first class', sesuai dengan harganya..
Dalam Slot 1: Ibu Mithali Inspirasi Ummah, Ustazah Norhafizah Musa memaparkan ciri-ciri ibu lemah vs ibu kuat..
Bagaimana membina kekuatan dan mengatasi kelemahan-kelemahan diatas:
Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tidak ada Tuhan (yang hak) selain Aku, maka sembahlah Aku dan dirikanlah solat untuk mengingati Aku.
Selama seminggu bergelut dengan tuntutan kehidupan seharian, santapan rohani ini benar-benar 'a food to the soul & mind'...
Orang Barat memang banyak muslihat untuk menghina orang Islam dan kebanyakan kita selalu alpa dan tidak mempunyai maklumat mengenai muslihat yang tersirat di sebalik sesuatu kejadian/perkataan/penciptaan.
Pertama kali mengetahui perkara ini apabila membaca tulisan Faisal Tehrani di dalam Majalah Eh!. Cerita di sebalik satu pastri ini yang diberi nama: croissant. Croissant merupakan French pastri yang terkenal, dijual di bakeri dan side-walk café seperti Delifrance. Melihat kepada bentuk croissant, ia seakan-akan bulan sabit. 
.......dan ada sesetengahnya berprinsip seperti dibawah.....
..Maafkanlah..itu yang lebih baik, terutama pabila usia sudah menjelang senja begini..
Ikut hati, mati. Ikut rasa,binasa.
Entri ini terilham apabila membaca ulasan filem Mongol yang sedang ditayangkan di pawagam kala ini. Mungkin akan menontonnya, tidak di pawagam, menonton CD atau DVD sahaja…mungkin tidak juga…mungkin lama lagi…segalanya mungkin.Kuih-muih yang dijual disini ialah: karipap, keria, cucur badak dan kuih bom (ondeh-ondeh). Ada juga makanan sampingan iaitu mihun goreng, laksa, soto ayam, bihun sup, rojak buah dan bakso. Minuman panas dan sejuk juga ada dijual. Penjualan kuih-muih cuma beroperasi dari pukul 11.00 pagi hingga 2.00 petang.
Bahan-bahan untuk bihun sup, soto, laksa & bakso siap sedia untuk pelanggan. Disebelahnya, dua orang pekerja import dari seberang, ada permit ke, buk?

abila Mohd. Khairul Effendi Che Wan, 17; Som Jud Muniandy, 16; dan Muhamad Fazrel Ashraf Azizan, 15, yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Teloi Kanan, Baling, Kedah berjaya merangkul pingat emas di Festival Sains, Teknologi dan Alam Sekitar di Helsinki, Finland. Festival yang mempertandingkan mengenai isu alam sekitar, dianjurkan oleh Environment Online (ENO) bermula 12 hingga 18 April dan disertai 80 buah negara.
Kawasan paya bakau juga merupakan destinasi yang popular untuk aktiviti melihat burung (bird-watching) kerana ia menjadi tempat tinggal dan tempat persinggahan burung-burung tempatan dan yang berhijrah (migrotary birds). Burung yang berhjrah sejauh dari utara Siberia, Russia dan juga dari kepulauan utara Jepun. Burung-burung ini akan tinggal selama beberapa bulan sebelum berhijrah ke selatan ke Australia dan New Zealand dan kemudian terbang kembali ke tempat asal mereka setelah cuaca di sana kembali stabil. Antara
kawasan paya bakau yang popular untuk aktiviti ‘bird-watching’ di Malaysia ialah Santuari Burung Kuala Gula dan Taman Alam Kuala Selangor.