Tuesday, 19 December 2017

Azam tahun 2018 dah mai

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, dah sampai kita ke penghujung tahun 2017..

Tahun 2018 akan menjelma tak lama lagi, azam tahun baru nampaknya dah ada...huhu..

Nak kata baru, takde lah baru sangat, bertahun-tahun juga memeram azam yang satu ni, cuma untuk tahun 2018, tergerak hati untuk merealisasikannya...in shaa Allah..

Apakah azam yang satu itu? untuk lulus sebagai Penilai Berdaftar (Registered Valuer). Ya, saya bekerja sebagai penilai swasta. Bidang hartanah is my bread & butter..

Untuk mereka yang dah lebih sepuluh tahun bekerja, ada partial exemption, cuma submit Record of Experience (ROE) saja. Tak perlu buat practical tasks..

 Record of Experience (4 salinan)

Hari Selasa lepas, pergi hantar ROE dan borang-borang ke pejabat Lembaga Penilai di Menara UOA Bangsar. Naik LRT, sangat mudah, sebab bangunan ni bersambung dgn stesen.


 
will meet again, in shaa Allah

Akhirnya, selamat dihantar. Duduk diam-diam di sini ya, sementara menunggu mesyuarat Lembaga, untuk kelulusan sebelum dipanggil 'interview' TPC - Test of Professional Competence. 

Nampaknya tahun depan, kena 'back to school', menelaah buku-buku akta, manual, nota-nota kuliah, apa-apa saja berkaitan dengan hartanah.

Lebih kurang begini senarainya:
  • Kanun Tanah Negara 1965
  • Akta Pengambilan Balik Tanah 1960
  • Strata Title Act
  • Local Government Act - untuk penilaian cukai taksiran
  • Stamp Duty Act
  • Real Property Gains Tax
  • GST berkaitan hartanah

 tiga manual yang perlu dihadam 
valuation, estate agent, property management

pheeww...semoga diberi kekuatan untuk mengulangkaji. Doakan saya ya, sahabat-sahabat...jaebal..

kamsahamnida... gracias..    

Wednesday, 13 December 2017

Clutch - pelengkap gaya wanita

Hey ladies!!

Let's talk about 'clutch'. 

Bukan 'clutch' kereta manual, yang kena tekan, kalau tak, enjin terus berenti tu. Itu pun dipanggil 'clutch' juga, tapi ni nak story tentang women clutch. Tas tangan genggam.

Women clutch. Sejenis beg tangan juga. Beg tangan wanita kan banyak jenis - tote, hobo, satchel, cross-body, shoulder bag, casual dan lain-lain. Wanita dan beg tangan berpisah tiada.

Digemari dan disenangi oleh wanita pelbagai peringkat usia, women clutch direka untuk pelbagai aktiviti, majlis dan keraian. Praktikal dan pelengkap gaya - dua kosa kata untuk woman clutch masa kini.

Women clutch pada asalnya berbentuk segi empat, besar sedikit daripada dompet, nipis dan hanya digenggam dengan tangan. Tetapi sekarang ada yang berbentuk bulat, boxy dan juga ada yang dilekatkan dengan tali kecil untuk tujuan keselamatan, yang ni dipanggil 'wristlet clutch'.   

Ada dua jenis women clutch iaitu 'day clutch' dan 'evening clutch'. Menurut ebay.com, kedua-dua jenis 'clutch' ni berbeza dari segi material dan perhiasan.

Material untuk 'day clutch' kebanyakan daripada jenis kulit, microfiber, kain kapas, kanvas, kain linen, anyaman etnik, sesuai untuk kegunaan harian, digayakan ke pejabat dan aktiviti santai di hujung minggu.

sesuai untuk digayakan ke pejabat
 
'Wristlet clutch' gaya ranggi oleh ZALORA


'Day clutch' bagi wanita macam mak saya, adalah untuk melengkapkan gaya santai ke pasar. Bila nak pergi pasar, mulalah mencari 'clutch'. Nak bawa beg tangan, nampak macam 'over'. So, bawa 'clutch', letak duit kertas dan kunci rumah. Masa berjalan, genggam dengan tangan, bila nak pilih-pilih barang, kepit bawah ketiak. Hassle-free...huhu..

 my clutch untuk ke pasar atau santai2 gi kedai runcit
atau gi isi minyak kereta

Saya rasa semua wanita begitu, termasuklah saya. Bila keluar makan tengahari, ramai yang bertukar ke 'clutch' samada bertali atau tidak. Mudah dan praktikal, untuk sekadar letak dompet dan telefon bimbit, mungkin juga gincu bibir atau bedak compak, untuk keluar lunch bersama rakan-rakan sepejabat.
'women clutch' tanpa tali - Something Borrowed


Umum mengetahui, 'evening clutch' sangat sinonim dengan majlis-majlis 'glitz and glamour' di sebelah malam/petang seperti majlis makan malam, majlis anugerah award filem, kenduri kahwin dan lain-lain majlis high-class. 

Material untuk 'evening clutch' berasaskan satin, lace, kulit yang dipaten, sutera, songket/broked, ditambah dengan perincian sekuin, batu hiasan, paku logam (stud), untuk tampak elegan dan mewah. Yang bling-bling, bersinar-sinar..




Ada juga 'women clutch' yang sesuai digayakan di waktu siang dan juga malam.
 
Jacquard Framed Clutch by ZALORA

Ramai socialites, fashionista dan keluarga diraja di dunia yang sangat bergaya dengan 'clutch'. Siapakah yang kelihatan sangat sopan, elegan dan feminin ketika menggayakan 'clutch'

Sudah tentulah 'the most photographed women in the world' - the late Princess Diana dan Duchess of Cambridge - Kate Middleton.

 gaya Kate

     gaya Diana    
 
  Bagaimana menggayakan women clutch supaya nampak manis dan elegan.

digenggam sebelah tangan

guna dua belah tangan




Walau bagaimana cara women clutch digayakan, aura anggun, menawan serta feminin tetap terserlah..

Happy clutching, gorgeous!!

Friday, 8 December 2017

Steamboat @ Ngences Giga

Assalamualaikum..

Misi mencuba steamboat di sekitar Lembah Klang, kali ni di Ngences Giga di Setiawangsa. Ada free-flow kambing grill, jom, jom...arghh..ngences...



Yang bestnya Ngences Giga ni, tempatnya luas dan parking pun senang. Boleh bawa seantero keluarga, saudara-mara, sahabat handai, jiran tetangga, ramai-ramai menjamu selera di sini..

 Dewasa RM29.90, minuman tak free-flow, kena beli asing

Makanan semua disusun dalam dua barisan di bahagian tengah. Bahan-bahan steamboat lebih kurang sama macam restoran steamboat yang lain, tapi di sni seafood nya kurang..




butter utk meng-grill


 kambing perap


Kambing, ayam dan daging lembu ada dua, tiga jenis perapan


untuk rebus-rebus, ada dua pilhan kuah: tomyam dan sup

 Tempat grill & rebus

 Makanan lain - aiskrim, nasi goreng, mee goreng, buah2an.

Restoran Ngences Giga 
No.21, Jalan 24/56 , Setawangsa,
54200 Kuala Lumpur