Sunday, 6 January 2019

Merhaba 2019

Assalamualaikum, semua,

Selamat Tahun Baru 2019.
 

Semoga tahun baru ni lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Lebih baik dari segala segi - rohani, jasmani, kesihatan, rezeki, pekerjaan, relationship, dll.

Kepada sahabat-sahabat bloggers, silent readers (ada ke?) yang sudi berkunjung ke blog saya yang seadanya ni, juga untuk pengomen tegar, pengomen 'once awhile', siapapun anda diluar sana, yang pernah berkunjung ke sini, TERIMA KASIH diatas masa kalian. You make my day. My stress-reliever..gracias.

Happy weekend, uolls..weekend pertama di tahun baru...

Yeahh..yang pertama, yang pertama..edisi throwback, yang pertama kali di tahun 2018?

Naik KL MRT.

Orang lain dah muak naik turun MRT, teman baru pertama kali naik pada 17 Disember tahun lepas. Itu pun tersilap, haha...big mistake! Confident tahap gaban, Ada site visit di kawasan Jalan Conlay, tengok pelan yang klien bagi, nampak stesen Conlay. Teman pun dengan konfiden naik MRT, nak turun di stesen Conlay le konon. Tak check dulu, rupa-rupanya stesen Conlay ni sedang dibina, dalam laluan MRT Line 2..huhu..dalam train baru nak check laluan, menggelabah gak, turun di Bukit Bintang, jalan kaki ke Conlay.  Tu yang jumpa rumah Penghulu Abu Seman. Pengajaran, lain kali check dulu..huhu..

Naik dari stesen Pasar Seni



 "Is our MRT too big, too early?"
It's ok, Tun M, I like it, ada international  aura..world class..

Friday, 28 December 2018

Rumah Tok Penghulu @ Kuala Lumpur

Haritu jalan-jalan melawat kawasan di Jalan Conlay, tetiba sampai di rumah tok penghulu, erkk..terperanjat jugak teman, tetiba jumpa rumah tradisional Melayu di tengah-tengah kawasan Segitiga Emas di kota metropolis Kuala Lumpur. Rumah tok penghulu pulak tu...terasa kembali ke zaman silam..sangat klasik..

Rumah Penghulu Abu Seman.


Dagang Pak Malau dagang bertempat
Dagang hamba musafir lalu

Lokasinya di No. 2, Jalan Stonor, Kuala Lumpur. Depan Hotel Royale Chulan.

lokasi

Di dalam kawasan yang sama ada sebuah banglo kolonial yang dijadikan pejabat Badan Warisan Malaysia. Halamannya luas dan terjaga rapi.


pusat warisan

Rumah Penghulu Abu Seman di sebelah kiri. Tertulis dekat pagar tu, pukul 11.00 pagi ada 'guided tour', bayaran RM10. Masa sampai di sini, dekat pukul 11, tapi takde pelancong, so takde lah 'guided tour'. Snap gambar dari luar je.

dari Kedah rupanya

menggamit nostalgia tingkap ni

besar gak rumah ni - berangkai-rangkai

 bahagian anjung

bahagian tengah

 bahagian dapur

Menarik rumah ni, rumah tradisional di tengah-tengah bandaraya, dikelilingi bangunan-bangunan tinggi pencakar langit. so cool. Mungkin satu hari nanti, nak gi masuk, melihat bahagian dalam rumah pula.

Yang ni pula berkenaan dengan banglo kolonial

maklumat mengenai banglo kolonial yang dibina pada tahun 1925
 


Menarik juga dua-dua rumah ni kalau dapat dilawati. Tetap teguh walau beralih zaman..

Friday, 21 December 2018

Nate, Rimau

Assalamualaikum...

Haritu ada singgah makan di Nate Cafe di Oasis Corporate Park, Ara Damansara. Cafe yang di-introduce oleh travel blogger Supermeng Malaya.

Nama restoran ni mengundang keliru, mungkin nama manusia "Nate"..tak mungkin hok yang tu...whatever lah, whatever, ever, ever..


Bila dah tahu ada restoran ni kat area Oasis, lepas hantar report di Oasis Gallery, terus je ikut jalan menuju ke Citta Mall, nampak signage Oasis Corporate Park, maju ke depan, tengok ramai yang parking di tepi jalan, kita pun ikut parking di tepi jalan, depan restoran ni. 

Nak lunch di sini tapi dah hampir pukul 3 petang, lauk-pauk nasi campur dah banyak habis. Sebab nak cepat, ambik je lah apa yang ada. Ada jual nasi kerabu juga, tapi macam mahal, nasi kerabu biasa je harga RM8.00.

 cantik deko restoran ni
 
lama tak tengok  sangkar ayam 

suasana yang cozy

Malas nak ambik gambar makanan, nasi + ikan goreng je. Overall, sedap masakannya, sedikit overpriced, tapi biasalah restoran macam ni kan. Mana nak sama dengan harga gerai, harga pasar malam.

----------------------------------------
 
Hari Khamis lepas, site visit ke Cyberjaya dan Putrajaya. Dah lama tak jejak kaki di sini. Sesat barat dari Cyberjaya ke Putrajaya, guna waze pun boleh sesat..hehe..Alhamdulillah sampai juga di parkir awam di sebelah Istana Kehakiman.
 
Dah habis kerja, tengok ramai peniaga dah mula buka meja, rupanya ada berjualan di sini, di antara bangunan Kementerian Belia & Sukan (KBS) dan DCA - Department of Civil Aviation. Jalan-jalan cari lunch, singgah di Cafe Rimau ni.

aum, aum..Harimau Malaya kami selalu ada


kembali hot ...KJ..

for the good cause..membantu mereka berdikari

jam menunjukkan pukul 11.20 pagi
awalnya cari lunch, hihi..terlanjur datang sini

 
 tempat lepak
 
 butter cake and latte
minuman harga RM8.00...takpelah, membantu belia autism
 
Kalau ke KBS, bolehlah membeli dan beri sokongan pada pemuda ni. Ada jual sandwiches dan kuih-muih. Untuk sarapan, tea break.

Happy weekend, cheers..