Assalamualaikum, semua....
Wrap-up kisah tahun 2018. Nak juga abadikan di sini. Kenduri sepupu di Keramat. Anak pakcik bongsu. Bila ada kenduri, semua sanak-saudara jauh dan dekat datang berkumpul. Bila dah berkumpul ramai-ramai, malam sebelum kenduri, buat kenduri tahlil untuk mereka yang pergi tak kembali. Yang dah pergi tidak dilupa.
Untuk memudahkan perkumpulan sanak-saudara, booking empat bilik di The Regency Scholar's Hotel, Jalan Gurney. Tapi saya tak stay sini, untuk mereka yg tinggal jauh je - adik, kakak & keluarga dari Shah Alam dan Kedah.
Hotel ni ialah projek komersil di kawasan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Jalan Semarak.
Untuk memudahkan perkumpulan sanak-saudara, booking empat bilik di The Regency Scholar's Hotel, Jalan Gurney. Tapi saya tak stay sini, untuk mereka yg tinggal jauh je - adik, kakak & keluarga dari Shah Alam dan Kedah.
Hotel ni ialah projek komersil di kawasan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Jalan Semarak.
kompleks perniagaan & hotel
pintu masuk utama 
kompleks perniagaan dipanggil Gurney Mall
ada motorbike dalam cafe
Menarik juga kompleks perniagaan ni, tak sempat ronda, nampak banyak restoran.
hotel bermula dari tingkat 6
lobi, cafe, dewan, tempat bowling, semua di tingkat ni 
  
 gembira sungguh anak-anak saudara
  
yoyo..oo..jer..hihi..
  
Jom tengok bilik, me & mother pergi ke bilik budak-budak berlima
  
 karpetnya sungguh contrast 
  
Buka je pintu bilik..ya Allah, tak lalu teman nak ambik gambar..
meh le kita snap pemandangan di luar..
  
meh le kita snap pemandangan di luar..
ni yang tergedik-gedik anak-anak buah nak stay sini, pagi berendam dalam kolam, lepas tu gi shopping complex - makan kfc, lepas tu gi bowling pula 
bagus betul integrated development macam ni
  
perumahan jalan gurney - the bungalows
----------------------------------------------------
Back to kenduri. Sampai di dewan, tetamu dah ramai. Pagi tu sebelum ke hotel, sempat gak tolong sikit-sikit (potong2 tomato utk buat sambal - paklong masak lauk-pauk tambahan). Jenguk sikit di dewan.
  
 pelamin
 rojak buah hasil ibu pengantin
 dewan raja sehari
 ais krim
 MC, penyanyi
 pengantin dah datang
bersanding
dihiburkan oleh Kumpulan Chantique Scully
Sekian, event penutup tahun 2018. Bertandang ke rumah pengantin lelaki di Kuala Kangsar pada 29/12, teman tak dapat pergi, walaupun kampung teman. Kena kerja weekend menjelang tahun baru...huhu..































