Wednesday 23 January 2019

The Regency Scholar's Hotel & Kenduri

Assalamualaikum, semua....

Wrap-up kisah tahun 2018. Nak juga abadikan di sini. Kenduri sepupu di Keramat. Anak pakcik bongsu. Bila ada kenduri, semua sanak-saudara jauh dan dekat datang berkumpul. Bila dah berkumpul ramai-ramai, malam sebelum kenduri, buat kenduri tahlil untuk mereka yang pergi tak kembali. Yang dah pergi tidak dilupa.

Untuk memudahkan perkumpulan sanak-saudara, booking empat bilik di The Regency Scholar's Hotel, Jalan Gurney. Tapi saya tak stay sini, untuk mereka yg tinggal jauh je - adik, kakak & keluarga dari Shah Alam dan Kedah.

Hotel ni ialah projek komersil di kawasan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Jalan Semarak.


kompleks perniagaan & hotel

pintu masuk utama 
kompleks perniagaan dipanggil Gurney Mall

ada motorbike dalam cafe

Menarik juga kompleks perniagaan ni, tak sempat ronda, nampak banyak restoran.

hotel bermula dari tingkat 6
lobi, cafe, dewan, tempat bowling, semua di tingkat ni 
 
 gembira sungguh anak-anak saudara
 
yoyo..oo..jer..hihi..
 
Jom tengok bilik, me & mother pergi ke bilik budak-budak berlima
 
 karpetnya sungguh contrast 
 
Buka je pintu bilik..ya Allah, tak lalu teman nak ambik gambar..
meh le kita snap pemandangan di luar..
 
ni yang tergedik-gedik anak-anak buah nak stay sini, pagi berendam dalam kolam, lepas tu gi shopping complex - makan kfc, lepas tu gi bowling pula 
bagus betul integrated development macam ni
 
perumahan jalan gurney - the bungalows
----------------------------------------------------
Back to kenduri. Sampai di dewan, tetamu dah ramai. Pagi tu sebelum ke hotel, sempat gak tolong sikit-sikit (potong2 tomato utk buat sambal - paklong masak lauk-pauk tambahan). Jenguk sikit di dewan.
 


pelamin

 CT Cendol

 rojak buah hasil ibu pengantin

 dewan raja sehari

 ais krim

 MC, penyanyi

 pengantin dah datang

 
bersanding

dihiburkan oleh Kumpulan Chantique Scully


Sekian, event penutup tahun 2018. Bertandang ke rumah pengantin lelaki di Kuala Kangsar pada 29/12, teman tak dapat pergi, walaupun kampung teman. Kena kerja weekend menjelang tahun baru...huhu..

22 comments:

  1. Alhamdulillah.. Selamat dah ye.. Tahniah buat pengantin..
    Baguslah hotel ini.. Sekali dengan mall.. Senang nak makan, riadah dan mandi kolam.. kikiki..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, majlis berjalan lancar...best gak hotel ni, macam2 ada..byk fasilities..

      Delete
  2. Selamat pengantin baru buat cousin Nohas.
    Wah! mestilah budak-budak seronok dapat lepak hotel sambil terjun swimming pool.

    ReplyDelete
    Replies
    1. petang Sabtu, pagi Ahad, berendam je kerjanya..seronok benor..

      Delete
  3. Seronokkan kalau dapat berkumpul ramai-ramai.. apa lagi bila kenduri kahwin. Lah ni kenduri ala bandar macam ni lah. Buat kat hotel datang untuk makan je. Acara rewang kat rumah sikit demi sikit hakis dah sebab semua nak cepat dan mudah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok berkumpul, kenal2 sanak-saudara..dkt bandar, mostly guna katering, acara rewang2 semakin kurang, rewang2 buat door gift masih ada..

      Delete
  4. menarik tempat tinggal tu.. macam2 ada. lama xmain bowling.. selamat pengantin baru cantik pelamin

    ReplyDelete
    Replies
    1. first time ke sini, tak sangka menarik gak tempat ni..

      Delete
  5. Waahh bagus tempat tu semua ada..

    ReplyDelete
    Replies
    1. anak-anak buah seronok duduk sini, berendam dlm swimming pool, main boling, ronda2 mall..tempat transit yg best..

      Delete
  6. MERIAH KENDURINYA SELAMAT PENGANTIN BARU KPD MEMPELAI TAHNIAH

    ReplyDelete
    Replies
    1. pertama kali kenduri anak pakcik - pakcik & makcik ramai kenalan, jemputan ramai..

      Delete
  7. hihi depa buat semua tempat2 menarik tu dekat2 n satu bangunan tu senang. mudah pun mudah.. nak makan nak beriadah semua boleh dapat setempat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua dlm satu tempat, tak le boring duduk sini, mcm2 ada..hehe..

      Delete
  8. cafe ada motor, wow, terpanggil untuk pi nih.. hahha
    selamat pengantin baru buat pengantin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada superbike..satu tarikan ni..dtg KL boleh ddk hotel ni..

      Delete
  9. Replies
    1. ya, ada dua aiskrim, mula-mula soft aiskrim, kendian aiskrim malaysia pula..sokong produk Bumiputra..

      Delete
  10. Sekarang nie bila ada weding, mesti ada ais cream...dah jadi trend pulak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. best..ada makanan2 iringan selain main dish..hehe..sokong bisnes org Melayu...

      Delete
  11. Selamat pengantin baru. Cantik pelamin dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, selamat sudah majlisnya..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!