Hotel baru di Bandar Baru Bangi - Hotel Tenera. Tapi bukanlah baru sangat, dah setahun jugalah dibuka. Hotel patuh syariah oleh anak syarikat Felda.
Lokasi di Persiaran Kemajuan, Bandar Baru Bangi. Lepas toll Bangi, ambil kiri di bulatan pertama, akan nampak hotel ni dari jauh.
Kompleks Hotel Tenera - hotel, apartment dan restoran makanan laut
Yang best di Hotel Tenera, ada pilihan samada nak duduk di hotel atau di apartment. Hotel - 302 bilik, Apartment - 200 unit. Semuanya dalam satu kawasan.
Jom lihat-lihat hotel baru.
bangunan hotel
Hotel lobby
Vanilla cafe & butik Siti Khadijah
butik Siti Khadijah
front office
ruang legar depan ballroom.
entrance berasingan untuk ballroom
sangat sesuai untuk resepsi kenduri kahwin, majlis-majlis keraian
grand ballroom
VIP room disebelah grand ballroom
OK, jom melawat bilik hotel pula. Bilik hotel biasalah ada one-bedroom, double/twin sharing, family room, suites.
laluan ke bilik hotel
solat kit
coffee/tea making facilities
Kemudahan lain yang ada di bangunan hotel ialah kolam renang di Level 4. Kolam renang ada dua - satu khas untuk wanita berhijab dan satu kolam renang biasa. Masa pergi haritu, Level 4 ni masih belum dibuka untuk orang ramai. Buat sementara waktu, boleh guna kolam renang di bangunan apartment.
pre-function area yang luas
OK, ke bangunan apartment pula.
Gymnasium
Kolam renang di tingkat bawah
Apartment ada studio, 1-bedroom dan 2-bedroom apartment
Harga berpatutan, diantara RM220 - RM460 untuk bilik hotel dan RM220 - RM300 untuk apartment.
Keseluruhannya, untuk majlis keramaian seperti kenduri kahwin, memang selesa buat di sini. Ruang legar yang luas, kawasan yang luas, parking pun banyak.
Dekat dengan pusat bandar Bangi, Bangi Sentral, Bangi Golf Resort dan Bangi Gateway. Hotel yang selesa untuk berehat di hujung minggu.
Check it out.