Saturday, 25 May 2019

Iftar Company @ Grand Hyatt KL

Assalamualaikum...

Pertama kali berbuka puasa di luar, join company iftar pada 13.5.2019. Tahun ni di Grand Hyatt Kuala Lumpur di Jalan Pinang. 

Dah lama tak ke sini. Kalau dulu hampir setiap tahun datang sini sebab kerja, buat penilaian. Terakhir ke sini tahun 2016. Nostalgia..hehe..

Pada hari kejadian, jam 6 petang dah gerak. Walaupun tak jauh dari office ke hotel, tapi sebab trafik jam dari Jalan P. Ramlee nak masuk ke Jalan Pinang, 6.30 jugalah baru sampai.

 kesesakan jalanraya di Jalan P. Ramlee

Company iftar bukanlah di restoran hotel, JP Teres tapi di Grand Salon, di tingkat 1. Ekslusif untuk staff company sahaja.

reception


Ramai sungguh staff yang hadir tahun ni, datang bersama keluarga. Staff non-Muslim juga dirai bersama.

Meh kita tengok apa yang disediakan oleh pihak hotel

 pelbagai jenis jajan - biskut tin, dodol, bepang

untuk display saja

buah-buahan tempatan

buah koko

pelbagai jenis kerabu

pelbagai jenis sambal

kambing bakar mesti ada

sup-sup

agar-agar cendol

keropok lekor, tauhu, tempe goreng

kuih keria & seri muka

 door gift dari Grand Hyatt - coklat & baklava

Host by Tan Sri & Puan Sri 

buah dokong yang sedap

Alhamdulillah, Alhamdulillah..

Thursday, 23 May 2019

Masjid Abidin @ Masjid Putih

Salam Ramadan ke 18. Sudah masuk fasa ke-3 bulan puasa. Dianjurkan pelbanyakkan berikhtikaf dan beribadah di masjid pada 10 hari terakhir bulan Ramadan.
 
Bercakap tentang masjid, moh kita story tentang Masjid Abidin di Kuala Terengganu. 
 

Masjid Abidin Kuala Terengganu terletak di Kampung Masjid. Masjid Abidin dahulunya dikenali dengan nama Masjid Putih. Masjid ini telah dibina oleh Al-Marhum Sultan Zainal Abidin II pada tahun 1793 - 1808. Ianya dibina daripada kayu. Masjid ini telah beberapa kali diubahsuai dan sekarang dibina daripada batu. Bagi menampakkan senibina Islam, ukiran-ukiran khat ayat-ayat suci Al-Quran, doa-doa dan awan larat dipasangkan di pintu masuk masjid dan di kisi-kisi masjid. 
 
Berjalan dari Pasar Kedai Payang ke YT Midtown Hotel, akan jumpa makam diraja di tepi masjid. 
 
pemandangan makam diraja 

Sampai di selekoh, nampak ada sebuah rumah klasik. Haruslah dimotret fotonya.
 
 rumah klasik di tepi masjid, kaler menarik


Masjid Abidin @ Masjid Putih


Pandangan depan dan sisi


pandangan depan


Pada hari Ahad berkesempatan solat Zohor di masjid ni. Ramai yang datang berjemaah. Alhamdulillah, kemah boh!
 
kaler yang lembut
 
Dekat masjid, otw ke hotel, ada sebuah gerai bawah pokok. Gerai ni jual air kelapa, bihun/mi bungkus, gorengan - pisang goreng, keropok lekor, nuggets. Masa makan tengahari hari Ahad tu, ramai sungguh pelanggan yang datang singgah.

sambutan ramai

Kami pun join the crowd, minum air kelapa, panas wehh Kuala Terengganu takde hujan langsung. Makan mihun/mi seringgit, buat lapik perut sebelum pekena ICT di Pantai Teluk Ketapang--citer hari Ahad.

Aktivit selanjutnya pada hari Sabtu, tungguu..

Monday, 20 May 2019

Kampung Cina & Pasar Kedai Payang

Sambung aktiviti jalan-jalan di Kuala Terengganu..

Dari Kampung Losong ke Kampung Cina di tengah-tengah bandar. Kampung Cina ni dekat dengan Pasar Kedai Payang yang femes tu, mercu tanda bandar KT.

Dah hampir separuh jalan dalam kawasan Kampung Cina, pokcik driver teksi tanya nak berhenti di mana. Mother pulak dah bising, asyik tanya nak pi mana, nak pi mana, pasar payang dah lepas dah. Dengan jalan sesak sebab banyak kereta. Maklumlah hari Sabtu, ramai yang keluar membeli-belah.


So, berhentilah kami di tengah-tengah kampung. Berjalan kaki pula ke arah Pasar Kedai Payang. My mother & sister dah jalan jauh ke depan, saya jalan rilek-rilek sambil ambik gambar kawasan.


Berjalan lagi melepasi jambatan.


Jumpa menara jam, dekat tempat parking kereta.


Berjalan lagi, menuju ke Pasar Kedai Payang.

kebanyakan kedai di sini jual batik

suka kaler ni


Menjejaki mural pula

dah hampir ke Pasar Kedai Payang.
Permulaan Kampung Cina

Kedai kuning ditepi pasar payang

disebabkan ralit tangkap gambar, kena tinggal, so jalanlah sorang-sorang. My mother & sister dah masuk dalam pasar. Malas nak roger-roger. Masuk pasar juga, punyalah ramai umat manusia. Pening den. Campur, orang tempatan dan pelancong, yang datang rombongan, berbas-bas.

Pasar Kedai Payang

bangunan parking

berjualan makanan

buah keranji dalam pasar

takde beli apa (beli air je), cuma jalan-jalan tingkat bawah, tingkat atas. Dengar khabar pasar ni akan dirobohkan lepas raya ni, so kita ambil memori hari-hari terakhir pasar payang.

dah tak larat bersesak-sesak dalam pasar, jom lah berjalan balik ke hotel. Dekat je hotel dengan pasar ni, sambil tu ziarah Masjid Abidin (Masjid Putih). 

Bersambung.