Monday, 20 May 2019

Kampung Cina & Pasar Kedai Payang

Sambung aktiviti jalan-jalan di Kuala Terengganu..

Dari Kampung Losong ke Kampung Cina di tengah-tengah bandar. Kampung Cina ni dekat dengan Pasar Kedai Payang yang femes tu, mercu tanda bandar KT.

Dah hampir separuh jalan dalam kawasan Kampung Cina, pokcik driver teksi tanya nak berhenti di mana. Mother pulak dah bising, asyik tanya nak pi mana, nak pi mana, pasar payang dah lepas dah. Dengan jalan sesak sebab banyak kereta. Maklumlah hari Sabtu, ramai yang keluar membeli-belah.


So, berhentilah kami di tengah-tengah kampung. Berjalan kaki pula ke arah Pasar Kedai Payang. My mother & sister dah jalan jauh ke depan, saya jalan rilek-rilek sambil ambik gambar kawasan.


Berjalan lagi melepasi jambatan.


Jumpa menara jam, dekat tempat parking kereta.


Berjalan lagi, menuju ke Pasar Kedai Payang.

kebanyakan kedai di sini jual batik

suka kaler ni


Menjejaki mural pula

dah hampir ke Pasar Kedai Payang.
Permulaan Kampung Cina

Kedai kuning ditepi pasar payang

disebabkan ralit tangkap gambar, kena tinggal, so jalanlah sorang-sorang. My mother & sister dah masuk dalam pasar. Malas nak roger-roger. Masuk pasar juga, punyalah ramai umat manusia. Pening den. Campur, orang tempatan dan pelancong, yang datang rombongan, berbas-bas.

Pasar Kedai Payang

bangunan parking

berjualan makanan

buah keranji dalam pasar

takde beli apa (beli air je), cuma jalan-jalan tingkat bawah, tingkat atas. Dengar khabar pasar ni akan dirobohkan lepas raya ni, so kita ambil memori hari-hari terakhir pasar payang.

dah tak larat bersesak-sesak dalam pasar, jom lah berjalan balik ke hotel. Dekat je hotel dengan pasar ni, sambil tu ziarah Masjid Abidin (Masjid Putih). 

Bersambung.

8 comments:

  1. Cantiknya mural.. bila berjalan, banyak yang boleh dilihat.. bangunan cantik-cantik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada jg mural yg kurang penjagaan, overall colour code bangunan2 di kpg cina cantik2..

      Delete
  2. Replies
    1. color2 bangunan cantik2..takde yg terlampau terang..

      Delete
  3. Betullah tu jauh perjalanan luas pemandangan.
    Biasalah tu kena tinggal kalau spesis sejenis suka snap gambar ni kan hehehee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. pemandangan cantik tak boleh dilepaskan..hihi..

      Delete
  4. CT penah naik beca dengan sepupu keliling kampung cina. tapi time tu tak tringat nak posing ke ambil gambar ke apa ke.. adala ambil sikit2. so bayar pakcik beca tu untuk brenti kat mana kita nak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti cantik posing naik beca di kt kpg cina ni..nmpk klasik..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...