Anda di Kuala Lumpur tapi teringin ikan terubuk masin, mengidam kuih sepit lemantak?
Usah khuatir, dapatkan produk-produk dari negeri Kenyalang di Sarawak Product Pavillion di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Lokasinya di sebelah pejabat pos Medan Tuanku.
one-stop centre untuk produk-produk dari negeri Sarawak
Pelbagai produk ada dijual di sini. Cafe pun sudah dibuka. Nak makan mee kolok, laksa sarawak, bolehlah singgai di sini. Teman dah beberapa kali datang sini, sebab pergi pejabat pos di sebelah. Lepas tu cuci mata di sini. Masa tu cafe belum beroperasi lagi.
Jom tengok apa yang ada dijual di sini. Sesetengah produk makanan tak pernah tahu pun dan pertama kali tengok.
beg genggam bermanik
tikar dan tas tangan
Produk makanan pulak, menarik..
beli yang ni - kuih sepit lemantak
bukan melantak ye tapi lemantak (sagu)
beli sebalang
dari Kota Samarahan
dijamin halal, produk keluaran muslim
Macam kuih sepit biasa tapi tepungnya keras sikit. Beri ofismate rasa, ada yang suka, ada yang kurang gemar.
Beli juga yang ni. Sate ikan lumek.
produk dari Sebuyau
sedap, macam sate ikan pulau pangkor
ikan lumek juga dibuat serunding & inti mini popia
sate ikan empirang produk orang Melanau
Sate Tahai dari Lawas
gula apong
lada hitam Sarawak
beras Bario
yang ni pun ada - tuak
ikan terubuk masin, kuih kelupis dan paste durian
kali terakhir ke sini semasa cafe dah beroperasi. Hajat hati nak makan laksa Sarawak tapi dah habis, makan mee kolok je.
Alhamdulillah
Bagi mereka yang berada di Kuala Lumpur, bolehlah singgah di sini beli produk keluaran negeri Sarawak. Dekat jer bah! tak perlu gi jauh-jauh naik belon. Original dari Sarawak. Jom sokong produk tempatan.