Tuesday, 25 June 2019

Jamuan Raya Unofficial

Cerita raya belum habis lagi...

Jamuan raya di pejabat..unofficial, versi tong-tong dan potluck. Juadah hari raya 'homecooked', dimasak dengan kasih sayang. Hari ni dua department buat jamuan raya...valuation dan account..

 ni jamuan di account department
siap ada lampu lip-lap lagi

di department kami, sempoi je
tempat pun takde, guna je cubicle-cubicle yang kosong

 teman bawa ni, lemang 4 batang
pendek-pendek lemangnya, RM13 sebtg

dapatlah banyak ni, Alhamdulillah

roti jala, kari ayam, rendang ayam, lemang, kuah lodeh

 dalam bekas merah tu kuah kacang
nasi impit & mihun goreng

mihun sup

nasi minyak, ayam palembang dan kuah sup & kuah mi kari

mi kari Kak Rozi yang 'to die for'
dulu kuahnya dibuat guna anak ikan kekek kering
sekarang guna 'fish & soy'
tak heavy sangat kuahnya, just nice, daebak!

Dah makan macam-macam, dapat undangan ke account department, tak larat dah nak bertandang ke sana..Alhamdulillah. 

Jamuan raya official pada hari Jumaat ni, In shaa Allah, company yang buat. Seperti biasa, caterer yang sediakan jamuan. Makan lagi. Sejak dari minggu lepas sambung ke minggu ni, jamuan raya jemputan dari klien tak henti-henti, Alhamdulillah, rezeki dari Ilahi.

14 comments:

  1. Sepanjang bulan ni save money... banyak undangan jamuan dari department2 ye... Teringat saya masa masih bekerja dulu, macam nilah. kadang2 dlm sehari ada dua department buat jamuan makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak jemputan jamuan raya..jimat duit lunch..

      Delete
  2. Alhamdulillah, rezeki lepas raya... Jimat sket duit belanja...

    ReplyDelete
  3. Alahai bestnya siap Ada lampu liplap lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. bhg account meriah, ada yg rajin deco2 raya..

      Delete
  4. meriah makanan tu kalau buat potluck macam tu kan bawa sorang sikit, jadi banyak

    ReplyDelete
    Replies
    1. bawa sorang sikit..akhirnya mcm2 ada..Alhamdulillah..

      Delete
  5. Wah best ada mkn2 tambah lagi potluck, mmg selalunya meriah lah 😁

    ReplyDelete
  6. Jamuan raya yang meriah.. sedap-sedap menu makanan yang dihidangkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, jamuan raya yg sukses..homecooked foods yg mabeles...teman beli je..hehe..

      Delete
  7. Alhamdulillah rezeki makan-makan.

    Bertuah rakyat Malaysia mewah makan-makan di bulan Syawal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, mewah makanan sepjg Syawal..sekali setahun beraya sampai sebulan dan ada yg terlajak jg..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!