Wednesday, 8 July 2020

Pokok pisang

Salam semua...

Pokok pisang sangat sinonim dengan rakyat Malaysia. Sekarang ni, pokok pisang hiasan dicipta untuk hiasan dalaman/luaran rumah..memang cantik..
 
 sumber: shopee

Tapi ada satu cafe di Beijing guna pokok pisang betul untuk hiasan. Nampak unik pulak. Pertama kali tengok dalam drama Singapore yang bertajuk Beijing to Moscow..

scene dalam drama Beijing to Moscow..dah layu daun nya

Menarik cafenya, Cafe Kodo terletak di Nanluoguxiang, lorong hutong di Beijing. Pernah sampai di Nanluoguxiang, lorong ni pun menarik, classy and traditional..

Cafe Kodo

Gambar-gambar dari tripadvisor


Kalau di Malaysia, pokok pisang ni pandang sebelah mata je, tak kisah pun kan sebab dah biasa nampak. Keseluruhan pokok pisang ada kegunaannya..jantungnya, daunnya, buahnya, kulitnya, batangnya..buat tali..

Pisang juga ada dalam pantun dan bidalan - 
  • pisang tidak berbuah dua kali
  • dalam setandan pisang, tak semuanya elok
  • pisang emas dibawa belayar, masak sebiji diatas peti..
Pisang sejenis buah yang boleh dimakan begitu saja, boleh dibuah kuih, desert, penganan, kek, susu, aiskrim...banyak kegunaannya..

Memori daun pisang di Pulau Jeju, bersungguh-sungguh taxi driver-cum-tourist guide ajak gi Hallim Park...jalan-jalan, tengok pokok pisang....bhaha..

 pokok pisang di Hallim Park, Jeju Island

 Pisang, not pishang...

Monday, 6 July 2020

Japanese Curry

Dah lama teringin nak makan kari Jepun, baru tahun ni dapat merasa..

Sedap juga.. 

 

Tak macam kari Melayu, kari India, kari Jepun ni pekat kuahnya..bersantap di restoran Resipi Rahsia..

#busylikeabee..

Wednesday, 1 July 2020

Candil Labu, Kala-Mae, dll

Hello Juli, dah masuk bulan Julai 2020..

Di pejabat saya ni, ada dua tiga orang berniaga makanan, ada yang masak sendiri, ada yang mak masak, ada yang adik masak, ada yang outsource. 

Selalunya untuk sarapan pagi dan makan tengahari. Ada juga kuih muih, pencuci mulut, kudap-kudapan. Best macam ni, datang office je, sarapan dah ada atas meja, tiba pukul satu, ada tangan dihulur, maaf dipinta makanan tiba..takyah keluar..

Jom tengok apa yang dijual..

1. Candil labu 

sebekas ni RM3.00

2. Kala-Mae - Thai milk caramel desert drink + cincau+selasih


150ml = RM5.00

3. Yong Tau Foo

 
 RM6.50

4. Siput sedut masak lemak cili padi



5. Laksa Johor
RM6.00
 order ni untuk lunch esok, Inshaa Allah


6. Ready to cook - Patin Tempoyak

Gabungan mantap - ikan patin segar Sungai Pahang dan tempoyak Ulu Cheka, Jerantut


kecur ailio tengok gulai tempoyak


ni antara jualan terkini, ada set lunch Ayam Percik (Quarter) + Nasi Putih + Sambal Goreng Kicap dan creamy cheesy beef lasagna.  

Meriah group whatsapp e-shop@7teen..tiap-tiap hari menunggu apa jualan untuk esok hari..