Wednesday, 8 July 2020

Pokok pisang

Salam semua...

Pokok pisang sangat sinonim dengan rakyat Malaysia. Sekarang ni, pokok pisang hiasan dicipta untuk hiasan dalaman/luaran rumah..memang cantik..
 
 sumber: shopee

Tapi ada satu cafe di Beijing guna pokok pisang betul untuk hiasan. Nampak unik pulak. Pertama kali tengok dalam drama Singapore yang bertajuk Beijing to Moscow..

scene dalam drama Beijing to Moscow..dah layu daun nya

Menarik cafenya, Cafe Kodo terletak di Nanluoguxiang, lorong hutong di Beijing. Pernah sampai di Nanluoguxiang, lorong ni pun menarik, classy and traditional..

Cafe Kodo

Gambar-gambar dari tripadvisor


Kalau di Malaysia, pokok pisang ni pandang sebelah mata je, tak kisah pun kan sebab dah biasa nampak. Keseluruhan pokok pisang ada kegunaannya..jantungnya, daunnya, buahnya, kulitnya, batangnya..buat tali..

Pisang juga ada dalam pantun dan bidalan - 
  • pisang tidak berbuah dua kali
  • dalam setandan pisang, tak semuanya elok
  • pisang emas dibawa belayar, masak sebiji diatas peti..
Pisang sejenis buah yang boleh dimakan begitu saja, boleh dibuah kuih, desert, penganan, kek, susu, aiskrim...banyak kegunaannya..

Memori daun pisang di Pulau Jeju, bersungguh-sungguh taxi driver-cum-tourist guide ajak gi Hallim Park...jalan-jalan, tengok pokok pisang....bhaha..

 pokok pisang di Hallim Park, Jeju Island

 Pisang, not pishang...

18 comments:

  1. wow tak sangka pokok pisang pon boleh jdi deko dalam cafe. hari tu ada jugk tgk rancangan law of the jungle.. dia ambil bahagian tengah batang pokok pisang tu, lepas tu ratah mcm batang tebu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah..menarik gak, tropical theme..ooo..umbut pisang mmg manis..selalu dimasak kari atau masak lemak..

      Delete
  2. Mesti wangi je bau daun pisang :)

    ReplyDelete
  3. Memang tak kisah nak deko pokok pisang dalam rumah. Di luar rumah bersusun pokok pisang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalu org deko guna pokok pisang viral tu..cantik jg..

      Delete
  4. selalunya orang india yang gunakan pokok pisang masa majlis kahwin depa. Tapi jadi deko dalam cafe unik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, depa ikat pokok pisang kat tiang...unik cafe ni..kat China oklah kot, sbb pokok pisang not a common view di sana..hehe..

      Delete
  5. Depa tak main la pokok2 palsu, depa amik pokok ori terus.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi..jenis environmental friendly ni, kena byk stok pokok pisang kalau mcm ni..nak kena silih berganti..

      Delete
  6. kalau untuk cafe macam tu ok kot kak kot2 ada nilai estetika ke.. tapi untuk kediaman hehe mcm krik2 je.. unless kalo yang artificial xpe kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah..cafe kt oversea nmpk unik hias dgn pokok pisang, kalau kt sini nmpk cam pelik sikit..hehe..sbb bnyk tanam kt luar...pokok artificial nmpk cantik jd hiasan dlm rumah..

      Delete
  7. Pokok pisang memang sinonim dengan orang Asia. Cantik deko kafe tu tapi kena jaga la

    ReplyDelete
    Replies
    1. unik pulak tengok deko pokok pisang ori..ha'ah..kena jaga, kena ganti bila dah layu..

      Delete
  8. Pokok pisang pelesu terlajak laris juga di pasaran. Kalau rumah luas banyak ruang okaylah buat hiasan. Tapi yang dalam cerita tu memang nampak real. cantik pulak tengoknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai minat deko pokok pisang pelesu ni..cantik jd hiasan di tempat luas..
      nampak cantik deko guna pokok asli..kt oversea lah, kt malaysia nmpk pelik..hehe..

      Delete
  9. Menarik.. Tak sangka pokok pisang pun boleh dijadikan decoration yang cantik..

    ReplyDelete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...