Sunday, 16 August 2020

Warded @ Pusrawi

Salam semua, salam hari minggu..

Masuk hari ni, dah 4 hari berkampung di Hospital Pusrawi, Jalan Tun Razak.

Pergi hospital hari Khamis, terus masuk wad, operate pukul 6.00 petang.

Baru hari ni ada mood nak tengok blog...huhu..

flower & fruits basket from company

Makan apa hari ni..

Breakfast..roti wholemeal & butter..yoghurt..

Lunch..spagheti bologne, sup & buah betik..

Sekian saja, doakan saya cepat sembuh ye..

#sangat azab part dressing...


Monday, 10 August 2020

Hari Raya Haji yang tenang

Assalamualaikum...

Hari raya haji sudah seminggu berlalu. Nak abadikan hari raya yang sungguh tenang tahun ni. Kami tidak kemana-mana pada hari raya, aktiviti masak-masak, kemudian makan anak beranak, menantu, cucu. Pada petang Hari Raya, ada satu famili kawan adik yang datang beraya di rumah. 

Juadah di hari raya - rendang ayam, agar-agar bandung, lemang, kek butter & kek coklat, lemang je beli, yang lain-lain masak sendiri

masing-masing lepak, layan handphone

Kemudian, adik nak buat sushi, bawa bahan-bahan dari Shah Alam..

sushi in the making

 sushi cheese/mayo/crabstick/timun jepun/telur dadar

 

 Sekian saja, cerita hari raya haji tahun ni. Minta maaf, tuan blog tak berapa sihat, mood untuk berblogging dah ke laut selat melaka, Mohon doa semoga saya sembuh sepenuhnya..amiin..

Tuesday, 4 August 2020

Pertama kali balik kampung time PKP

Assalamualaikum semua...semoga sihat walafiat..

Lama tak update..lima hari di kampung, baru masuk kerja hari ni..

Dah lama tak balik kampung, dah setahun lebih. Kali terakhir balik, hari raya puasa tahun lepas. Raya haji tahun lepas tak balik, sebab nak hadir acara korban dekat sini. Berdebar-debar juga tunggu sidang media PM hari Selasa lepas, kot-kot tak boleh rentas negeri, tiket ets dah beli. Alhamdulillah, boleh beraya di kampung halaman tercinta..hehe..

So hari Khamis lepas, pepagi dah ke KL Sentral, ambik ets pukul 8.10 pagi. Kali kedua naik ets.

suasana di KL Sentral menunggu keretapi

koc C - ada cafe, bertabahlah asyik dengar bunyi microwave

Full capacity

Stesen keretapi Ipoh

Alhamdulillah, dah sampai di destinasi

Stesen Keretapi Kuala Kangsar

Kakak dan mak datang ambik, terus ke pasar untuk beli barang basah untuk jamuan hari raya esok.

suasana dalam pasar, Alhamdulillah tak ramai orang
dah pukul 12 tengahari

burung-burung

Semalam, kampung halaman aku tinggalkan

goodbye, kampung


kembali ke kotaraya Kuala Lumpur