Wednesday, 16 June 2021

Drama Cina : The Imperial Coroner (2021)

Nihao...

Review drama yang sangat best dari Mainland China - The Imperial Coroner. Historical drama, genre penyiasatan, medical, konflik istana dan slow-burn romance. Rating tinggi untuk drama ni.

 

Ada 36 episod, boleh ditonton di WeTV and youtube

Bila sebut coroner, dah sedia maklum yang drama ni berkisar tentang siasatan kes-kes kematian sebab itulah tugas utama seorang coroner. Dalam bahasa Melayu, dipanggil koroner juga.

A coroner is an official who is responsible for investigating the deaths of people who have died in a sudden, violent, or unusual way. 

Drama mengisahkan seorang gadis bernama Chu Chu yang datang ke kota Chang'an untuk ambik exam untuk jadi koroner. Semua ahli keluarga (datuk, bapa dan abang) Chu Chu bekerja sebagai koroner. Dia seorang yang bijak dan dapat menyelesaikan banyak kes kematian. Walaupun cerdik, tapi dia ni macam naive sikit..kadang-kadang annoying juga..

 

tiga pelakon utama - Chu Chu, Prince An - Jinyu dan General Jinli

Kebijaksanaan Chu Chu menarik minat ketua dia, Commandery Prince An - Xiao Jinyu. Mereka berdua bersama Vice Minister Jing Yi menyelesaikan kes-kes kematian di kota Chang'an. Rupa-rupanya kes-kes kematian di kota Chang'an melibatkan perkara yang lebih besar iaitu komplot untuk menggulingkan emperor.

Mereka bertiga kemudian pergi ke bahagian selatan untuk menyiasat kes kematian disamping mencari bapa Jinyu yang hilang. Mereka disertai dua orang lagi ahli kumpulan iaitu saudara kembar Jinyu - General Jinli dan Leng Yue. Kes-kes di selatan ni pun menarik, melibatkan kes duit palsu dan cubaan merampas base askar dan menyingkap rahsia keluarga sebenar Chu Chu.

Emperor dalam drama ni asyiklah bertukang, buat model bangunan. Eunuch pula jahat, berkomplot dengan ketua tentera, geram je tengok..hehe..

Drama ni best sebab story line yang solid, sarat dengan ilmu koroner. Tiada filler atau scene yang ntah apa-apa. Bila Chu Chu bedah siasat mayat dan bagi keterangan sebab-sebab kematian, kita pun rasa wow. Siap ada keterangan bergambar. 

Seronok tengok Chu Chu, Jinyu serta Jing Yi buat analisa daripada bukti yang ada, membuat andaian, buat conclusion dan mengatur strategi untuk memerangkap musuh. Sedih gak tengok masa Jinyu jumpa mayat bapa dia dalam tasik dan masa Chu Chu nak buat autopsi mayat mak dia.

Such an intelligent drama. Kudos to penulis skrip.

 Three handsome boys - Jinli, Jinyu & Jing Yi

Recommended for viewing. Enjoy it heart & mind.

Monday, 14 June 2021

Sesekali ke kedai Arab Mahnaz Foods

Assalamualaikum..selamat petang Isnin..

Kisah hajat tak kesampaian. Dua kali pergi Bank Rakyat di Jalan Sultan Azlan Shah (Jalan Ipoh), dua kali tak dapat masuk. Pertama kali pergi hari Jumaat lepas, pergi pukul 2.30 petang, sekali tengok notis, urusan bank time PKP tamat pukul 1 tengahari...haha..

Hari ni, sampai di bank pukul 12 tengahari (waktu pagi uruskan hal kerja). Masa tengah beratur, pak guard datang, bagitau yang masa dah nak tamat. Last person ialah abam depan saya. Yang queue kat depan, ada 6 orang lagi, kat dalam bank ada 5 orang. Malas nak merayu-rayu dengan pak guard, kita pun angkat kaki. Takpelah, esok gi pagi-pagi, dekat je dengan rumah.

Petang Jumaat tu, dah tak dapat buat urusan bank, kita pun pi merayau. Tak jauh, seberang jalan je. Ke kedai Arab Mahnaz Foods. Kedai Arab yang popular.

Rambang mata tengok barang-barang kat sini. Kekacang, kuaci, buah kurma, buah tin, aprikot, buah-buahan kering, baklava..

 pelbagai jenis kacang

pelbagai jenis teh
 
baklava
 
lokum @ Turkish Delight
 
aiskrim..perisa coklat, pistachio, buah tin. 
Yang ungu tu tak tau perisa apa, lupa nak tanya

perisa kurma, safron, mango, strawberi
 
Hasil tangkapan di petang Jumaat
 
aiskrim buah tin dan pistachio
ais krim pistachio kat bahagian bawah
sedap giler..ada buah tin saiz kecik
first time makan aiskrim perisa buah tin
 
sumac..orang kata baik untuk ketahanan badan
melawan virus covid..haha..layan jelah, nak tunggu vaksin
entah bila, masih diproses
 rasa masam-masam..
 
kuaci - biji bunga matahari, buah labu
untuk snek sambil2 layan drama, movie, WFH
 
daging kambingggg..feveret ni..
harga RM23.30..sekilo RM30.29
 
diperap dan dipanggang
kambing perap my style
 
nikmatnya..walaupun tak macam mamasab
oklah, I like it, like it
 
Hari ni pergi lagi Mahnaz Foods. Macam memanggil-manggil je..hehe..
 
Hasil tangkapan hari ni
 
aiskrim lagi..perisa kurma pula
 
teh hijau

 Beli juga kuaci campur (mixed seeds), top up yang beli hari Jumaat lepas, dah surut..tak berenti mengunyah..


Esok nak pergi bank lagi. Adakah akan singgah lagi di sini? la'a..hopefully..hehe..
 
Esok start 2 minggu lagi PKP 3.0
 
#staysafe #kitamestimenang

Thursday, 10 June 2021

Black Malaysia Season 2

Berita baik untuk peminat drama Black (Malaysia)..

yang dinanti sudah tiba

yeayy..Season 2..bermula hari ni 10 Jun 2021

Black..drama Melayu yang sangat best. Lain daripada drama Melayu yang lain. Adaptasi drama Korea tajuk yang sama. Yang versi Korea adalah tengok sikit2, dropped, sebab tak minat hero dia. Plot cerita pun tak menarik.

Yang versi Melayu, tak berapa minat juga hero-heroin nya, tapi plot cerita yang best, bertahan tengok and really enjoy drama ni. Genre fantasi, super natural. Bila genre supernatural, adalah benda-benda yang tak logik. Yang tak masuk akal. Abaikan lah, just enjoy the drama.

Season 1 ada 8 episod. Memang cliffhanger episod 8 tu, tak puas hati ending macam tu..sib baik ada Season 2.

Recap Season 1

Cerita mengenai heroin Sofia (Siti Saleha) yang ada kelebihan boleh nampak bayang-bayang hitam pada orang yang akan mati. Bila dia sentuh orang tu, dia akan nampak cara orang tu mati.

Hero nama Malik (Kamal Adli) ialah seorang detektif yang lemah, yang selalu muntah bila nampak mayat. Tunang dia, Aisya (Nabila Huda) ialah seorang doktor yang mempunyai masa lampau yang misteri.

Pada satu hari, Malik mati terbunuh dan satu roh bunian (no. 444 @ Black) telah masuk ke dalam tubuh Malik. Kawan-kawan Malik terkejut tengok Malik hidup dan jadi seorang yang kuat.

suka chemistry 3 bunian ni - kelakar pun ye

Tugas Black di dunia manusia ialah mencari roh jahat no. 419 yang masuk ke dalam tubuh manusia. Black berselingkuh dengan Sofia dan mereka berganding bahu menyelesaikan kes-kes pembunuhan.

Jom tengok..tonton di platform viu.