Monday 14 June 2021

Sesekali ke kedai Arab Mahnaz Foods

Assalamualaikum..selamat petang Isnin..

Kisah hajat tak kesampaian. Dua kali pergi Bank Rakyat di Jalan Sultan Azlan Shah (Jalan Ipoh), dua kali tak dapat masuk. Pertama kali pergi hari Jumaat lepas, pergi pukul 2.30 petang, sekali tengok notis, urusan bank time PKP tamat pukul 1 tengahari...haha..

Hari ni, sampai di bank pukul 12 tengahari (waktu pagi uruskan hal kerja). Masa tengah beratur, pak guard datang, bagitau yang masa dah nak tamat. Last person ialah abam depan saya. Yang queue kat depan, ada 6 orang lagi, kat dalam bank ada 5 orang. Malas nak merayu-rayu dengan pak guard, kita pun angkat kaki. Takpelah, esok gi pagi-pagi, dekat je dengan rumah.

Petang Jumaat tu, dah tak dapat buat urusan bank, kita pun pi merayau. Tak jauh, seberang jalan je. Ke kedai Arab Mahnaz Foods. Kedai Arab yang popular.

Rambang mata tengok barang-barang kat sini. Kekacang, kuaci, buah kurma, buah tin, aprikot, buah-buahan kering, baklava..

 pelbagai jenis kacang

pelbagai jenis teh
 
baklava
 
lokum @ Turkish Delight
 
aiskrim..perisa coklat, pistachio, buah tin. 
Yang ungu tu tak tau perisa apa, lupa nak tanya

perisa kurma, safron, mango, strawberi
 
Hasil tangkapan di petang Jumaat
 
aiskrim buah tin dan pistachio
ais krim pistachio kat bahagian bawah
sedap giler..ada buah tin saiz kecik
first time makan aiskrim perisa buah tin
 
sumac..orang kata baik untuk ketahanan badan
melawan virus covid..haha..layan jelah, nak tunggu vaksin
entah bila, masih diproses
 rasa masam-masam..
 
kuaci - biji bunga matahari, buah labu
untuk snek sambil2 layan drama, movie, WFH
 
daging kambingggg..feveret ni..
harga RM23.30..sekilo RM30.29
 
diperap dan dipanggang
kambing perap my style
 
nikmatnya..walaupun tak macam mamasab
oklah, I like it, like it
 
Hari ni pergi lagi Mahnaz Foods. Macam memanggil-manggil je..hehe..
 
Hasil tangkapan hari ni
 
aiskrim lagi..perisa kurma pula
 
teh hijau

 Beli juga kuaci campur (mixed seeds), top up yang beli hari Jumaat lepas, dah surut..tak berenti mengunyah..


Esok nak pergi bank lagi. Adakah akan singgah lagi di sini? la'a..hopefully..hehe..
 
Esok start 2 minggu lagi PKP 3.0
 
#staysafe #kitamestimenang

43 comments:

  1. Oh my teringin juga aiskrim buah tin itu.

    ReplyDelete
  2. Wa.. dekat mana tu. Di Melaka takde rasanya ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dekat Jalan Ipoh, KL...rasanya belum ada cawangan kedai ni di Melaka..

      Delete
  3. Dah lama juga nak pergi Mahnaz Food tapi kat HQ Shah Alam lah yang paling besar kot kan? yang KL ni nasib nasib lah kalau dapat parking depan kedai tu. Dah banyak cawangan Mahnaz ni. Tak dapat pergi kita shopping Shopee je lah. Rare tu kak ada aiskrim buh tin. Tak ingat dah rasa buah tin sebab pernah makan sekali dua je. Lupa dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kedai Mahnaz yg kat Shah Alam, saya pernah pergi yg di Kompleks PKNS..besar jg..yg KL ni parking yg susah..tapi time PKP ni, tengok ramai yg parking tepi jalan..

      First time makan ais krim buah tin..lemak manis, ada buah tin, bertambah sedap..

      Delete
  4. Macam-macam ada sekarang. Masa tahun 2018, saya suka singgah beli air gas lemon dan oren.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah..macam2 ada, air gas lemon & oren masih ada lg dijual..

      Delete
  5. Takde SJR ke kak dr rumah ke Mahnaz...
    Kita start makan bunga cengkih 2 biji pagi...dah dekat 2 minggu. As a result tidur malam tak tak berdengkur..tu abang gebu yg cakap la..by 10pm mata mmg ngantuk gila..inshallah pukul 5 dah bangun..org kata good sleep gitu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde SJR..oo..mujarab bunga cengkih...bagus effectnya..tak pernah try..

      Delete
  6. Kedai arab pun ada jual aiskrim jugak ye? Tak pernah jumpa kat kedai arab sini tapi aiskrim pistachio tu nampak macam aiskrim baskin robbin..terliur..

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya cawangan besar je yg ada jual aiskrim..aiskrim dia deep flavour..sedap sungguh..

      Delete
  7. hari hari lalu depan kedai ni....tapi x sempat lagi nak jengah..
    dok pikir nak cr parking tu hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah kita..hari2 lalu...baru ni dapat singgah...mmg parking susah sikit, ni pun parking seberang jalan, depan Bank Rakyat..

      Delete
  8. Wah! Mahnaz Foods ada jual aiskrim jugak eh? nampak yummy pulak aiskrim buah tin n pistachios tu :)

    ReplyDelete
  9. Bukan itu Jalan Ipoh ke... punyalah lamanya saya terperok kat rumah ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jalan Ipoh bahagian ni dah tukar nama Sweetie..

      Delete
  10. Sedappnya aiskrim buah tin dengan kurma tuuu! Sini tak ada orang jual huhuhu

    ReplyDelete
  11. wah cerita yang menarik.

    sempga urusan dipermudankan bro

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah urusan bank dapat diselesaikan semalam..

      Delete
  12. Replies
    1. rambang mata..sesekali ke kedai arab..

      Delete
  13. aiskrim tu...mengiurkan betul...
    salam perkenalan

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih singgah sini..

      aiskrim tu sedap..recommended..

      Delete
  14. Wah...bestnya tengok makanan tu...warna warni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam2 ada..Turkish delight berwarna-warni..

      Delete
  15. Mehnaz Food ni saya lalu saja tak pernah singgah. Boleh rambang mata dibuatnya. Pkp ni dapat shopping makanan gini pun dah dapat hilangkn jemu berkurung. Mak ayah saya pun minum teh Sumac tu. Bolehla, ikhtiar tambahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..rambang mata dibuatnya..beli makanan penghilang stress..hihi..

      minum Sumac selain ambik vit C..cengkih belum try lg..

      Delete
  16. Eh...eehheee! Macam memanggil-manggil saya pulak kedai arab mahnaz foods tu. Tengok baklava, turkish delight adeehhhehehehhh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. terpandang je, kaki terus melangkah pergi...hehe...ada je benda nak beli..

      Delete
  17. wah! mcm2 ada..menariklah..kedai pak arab ni..

    ReplyDelete
  18. Wah, macam-macam perisa aiskrim ada.
    Sedapnya makan kambing.
    Bestnya, ada kedai macam tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. first time jumpa perisa2 aiskrim tu..sedap pulak tu..

      feveret kambing grill...sedapnya..

      Delete
  19. Sedapnyaaaa semua fav ni. Mcm nk suruh pos sini 😂😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada mahnaz online....aiskrim takde..huhu..

      Delete
  20. mcm2 ekk. lumayan :)
    aida gi mahnaz ni dulu kala di shah alam. takde pon gini? hu hu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rambang mata dibuatnya..
      Mahnaz di kompleks pkns shah alam pun mcm ni jg...besar & mcm2 ada..

      Delete
  21. banyaknya tempat yg saya tak tahu. tapi baklava tu nampak mcm sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. baklava tu mmg sedap..baru2 ni beli 2 ketul..

      Delete
  22. Sedapnya aiskrim tu, daging perap pun buat lapo juga, macam istanbul aku datang ja tengok gambar mahnaz ni hehe..

    ReplyDelete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!