Wednesday 16 June 2021

Drama Cina : The Imperial Coroner (2021)

Nihao...

Review drama yang sangat best dari Mainland China - The Imperial Coroner. Historical drama, genre penyiasatan, medical, konflik istana dan slow-burn romance. Rating tinggi untuk drama ni.

 

Ada 36 episod, boleh ditonton di WeTV and youtube

Bila sebut coroner, dah sedia maklum yang drama ni berkisar tentang siasatan kes-kes kematian sebab itulah tugas utama seorang coroner. Dalam bahasa Melayu, dipanggil koroner juga.

A coroner is an official who is responsible for investigating the deaths of people who have died in a sudden, violent, or unusual way. 

Drama mengisahkan seorang gadis bernama Chu Chu yang datang ke kota Chang'an untuk ambik exam untuk jadi koroner. Semua ahli keluarga (datuk, bapa dan abang) Chu Chu bekerja sebagai koroner. Dia seorang yang bijak dan dapat menyelesaikan banyak kes kematian. Walaupun cerdik, tapi dia ni macam naive sikit..kadang-kadang annoying juga..

 

tiga pelakon utama - Chu Chu, Prince An - Jinyu dan General Jinli

Kebijaksanaan Chu Chu menarik minat ketua dia, Commandery Prince An - Xiao Jinyu. Mereka berdua bersama Vice Minister Jing Yi menyelesaikan kes-kes kematian di kota Chang'an. Rupa-rupanya kes-kes kematian di kota Chang'an melibatkan perkara yang lebih besar iaitu komplot untuk menggulingkan emperor.

Mereka bertiga kemudian pergi ke bahagian selatan untuk menyiasat kes kematian disamping mencari bapa Jinyu yang hilang. Mereka disertai dua orang lagi ahli kumpulan iaitu saudara kembar Jinyu - General Jinli dan Leng Yue. Kes-kes di selatan ni pun menarik, melibatkan kes duit palsu dan cubaan merampas base askar dan menyingkap rahsia keluarga sebenar Chu Chu.

Emperor dalam drama ni asyiklah bertukang, buat model bangunan. Eunuch pula jahat, berkomplot dengan ketua tentera, geram je tengok..hehe..

Drama ni best sebab story line yang solid, sarat dengan ilmu koroner. Tiada filler atau scene yang ntah apa-apa. Bila Chu Chu bedah siasat mayat dan bagi keterangan sebab-sebab kematian, kita pun rasa wow. Siap ada keterangan bergambar. 

Seronok tengok Chu Chu, Jinyu serta Jing Yi buat analisa daripada bukti yang ada, membuat andaian, buat conclusion dan mengatur strategi untuk memerangkap musuh. Sedih gak tengok masa Jinyu jumpa mayat bapa dia dalam tasik dan masa Chu Chu nak buat autopsi mayat mak dia.

Such an intelligent drama. Kudos to penulis skrip.

 Three handsome boys - Jinli, Jinyu & Jing Yi

Recommended for viewing. Enjoy it heart & mind.

40 comments:

  1. Cerita informatif bagus untuk kita orang biasa tahu.

    ReplyDelete
  2. Menarik! Boleh tambah new knowledge. Tapi biasanya nak tengok drama cina ni dekat mana ya? Dekat apps iqiyi ada ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. akk selalu tengok drama cina di iqiyi dan weTV..dua2 apps ni boleh tengok free, takyah subscribe pun takpe..

      drama ni ada di weTV dan youtube..

      Delete
    2. dekat dramacool pun ade.

      Delete
    3. ha'ah..dramacool paling best..almost semua drama ada..

      Delete
  3. baca review ni macam best pula, bookmark dulu nanti ada masa nak tengok.
    tengah maraton drama korea je sekarang..hehe

    ReplyDelete
  4. eh mcm menarik plak drama ni...
    nnt bole try cari laaa

    ReplyDelete
  5. Terus buka youtube, tengok trailer…menarik jugak.

    ReplyDelete
  6. coroner n jenayah ceritanya selalu kait mengait drama yg menarik dgn latar masa yg jauh

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul..koroner & kes kematian berkait rapat...seronok tengok drama ni sbb byk ilmu..

      Delete
  7. Betul, tengok drama-drama luar ni lebih best.. bukan mengutuk tp drama melayu terlalu membosankan. Jalan cerita yang sama. Antara drama cina dan korea saya lebih suka menonton drama korea.

    ReplyDelete
    Replies
    1. drama luar ni ada pelbagai genre, itu yg best & enjoy menonton..taklah jln cerita sama je...saya layan dua2..sbb dua2 best..hehe..

      Delete
  8. jika ada masa pasti akan tengok drama yg best2 di Netflix...

    ReplyDelete
  9. Replies
    1. ni kira sikit Amie, kalau standard drama China..

      Delete
  10. Kite da layan citer ni mmg best

    ReplyDelete
  11. cerita lama2 mcm ni kdg2 best juga..boleh layan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. plot cerita menarik & informative..mmg best drama ni..

      Delete
  12. I've been binge-watching a lot of chinese dramas these days termasuk la the imperial coroner. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah kita..layan chinese dramas kat WeTV, iQiyi and dramacool...paling x sabar tunggu drama My Dear Guardian..hehe

      Delete
  13. Terjebak layan citer cina joy of life huhuhu 46 episod ko....jenuh 2 episod setiap malam tapi enjoy. Rasa macam balik zaman dolu2 zaman pemerintahan Qi dan Qiang

    ReplyDelete
    Replies
    1. suka joy of life...cepatlah Season 2..ending tergantung Season 1..

      Delete
    2. Kan...hero kena tikam lepas tu eh...huhuhu geramnya yang tikam dari belakang tu. Orang tu beriya selamatkan dia tup2 tikam pulak sebab takut rahsia putera ke 2 terbongkar....banyak no misteri nusantara semuanya. Tak sabar depa sambung season 2

      Delete
    3. itulah kan..kesian kat hero..dahlah kena ancam nak bunuh cikgu dia dan budak kecik tu, kena tikam pulak..geram betul..

      Delete
  14. Boleh layan ni 😂 layan dlm mimpi jelahh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..semoga dipermudahkan segala urusan..

      Delete
  15. Banyak episod juga tu. Kalau suka tengok cerita klasik macam ni memang layan. Sedar sedar dah habis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. plot best & informative...memang layan..

      Delete
  16. Comel heroinnya. Macam karakter dalam komik pun ada, dari gambar pertama tu.
    Dah lama sangat tak layan drama dari china. Dulu-dulu, selalu juga tengok. Selain drama dari hongkong. Zaman masa cerita korea belum ada. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. comel gak..hehe..drama China yg terbaru, ada yg best..suka drama yg ada substance macam ni..menambah pengetahuan..

      Delete
  17. Cerita turun temurun nak jadi coroner, menarik ada hala tuju..

    ReplyDelete
    Replies
    1. best plot drama ni, genre coroner + penyiasatan..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!