Tuesday, 17 May 2022

Pak Su Chicken Chop

Penatnya lah, berhempas-pulas minggu lepas, stay back, hari cuti semalam, hari Ahad, datang ofis, tetiba hari ni client suruh on-hold dulu submission...tapi lega juga, sangat2 lega..tak yah pening2 kepala...haha..

Meh le kita update blog, citer tentang makan...makan chicken chop, dibawah jejantas, tepi Jalan Gombak...Pak Su chicken chop namanya, harga kaki lima, rasa 5 bintang.. 

 Lokasinya betul-betul depan Masjid Jamek Saad Abi Waqqas.

khemah-khemah depan pagar masjid
ada anggota RELA yang jaga
 
kedainya nun dibelah kiri pintu masuk masjid
 
Jom kita try, meh cari tempat duduk

tempat duduk banyak, yang ni tepi pagar masjid
bawah tangga jejantas
 
yang ni depan kedai
 
port bawah tangga jejantas
 
menu - western, nasi goreng western, pasta, side dish
 
 order signature dish - chicken chop
air kopi ais dan side dish - popia otak-otak

main dish
 
sedap chicken chopnya, berbaloi dengan harganya
 
popia otak-otak, pun sedap

Overall, sedap masakannya..recommended!
servis ok, harga pun ok

tak tau lah sekarang harga masih RM6.90 lagi ke, sebab ni makan sebelum bulan puasa haritu, sekarang ni harga barang semua dah naik kan, most probably harga dah lain..tak check pula..

Friday, 13 May 2022

Hanya ada di pekan lama

Jalan-jalan di pekan Kuale Kangsar, tertarik tengok bidai buluh di kedai-kedai lama...

Sepasang bidai buluh

Nampaknya bidai ni ada dua fungsi. Pertama, sebagai penahan dari bahang matahari. Kedua sebagai medium pengiklanan..dari jauh dah nampak nama kedai dan barang-barang yang ada dijual di kedai ni.

Jom tengok bidai yang menarik di kedai-kedai di pekan kuale..

kedai runcit di kawasan lembah

Legend ni..walaupun dah lama ada, baru sekarang terperasan..hehe..hanya ada di pekan-pekan lama...old town's charm..

barang-barang keluaran syarikat Tamin
syarikat ni asal dari kuale, kilang ada di sungai siput 

 

di jalan besor

Iklan ni pula hanya ada di kuale je

tudia loghat kuale 
 
Happy weekend..cuti 3 hari..woohoo..open house, open house!

Wednesday, 11 May 2022

The Guernsey Literary and Potato Peel Pie Society (2018)

 Pelik tajuk filem British ni...panjang and 'quite a mouthful'

The Guernsey Literary and Potato Peel Pie Society

streaming di Netflix

 sebab tajuk dia pelik, teruja pulak nak nonton dan walla..best filem ni..

cerita selepas perang dunia ke2..cantik giler cinematografi dalam movie ni..

Sinopsis

Plot movie berkisar tentang ahli-ahli 'the Guernsey Literary and Potato Peel Pie Society'. Pelik kan nama persatuan ni. Nama yang muncul secara tetiba bagi menyelamatkan nyawa semasa ditahan oleh tentera Jerman kerana melanggar perintah berkurung (curfew).

 
tentera Jerman semasa masuk ke Pulau Guernsey
 

Guernsey ialah sebuah pulau British di Selat Inggeris. Pada masa perang dunia ke2, tentera Jerman menjajah pulau ni. Hero ialah seorang penternak khinzir (babi). Tentera Jerman merampas semua khinzir dan suruh penduduk makan kentang je.

Tetiba seorang jiran wanita panggil hero untuk sembelih seekor khinzir yang dia sorok dari tentera Jerman. Anak angkat jiran wanita itu cadang mereka buat kenduri (small gathering), panggil beberapa orang jiran lain secara rahsia untuk berkumpul di rumah mereka. Ada seorang datuk datang bawa pai kentang, bubuh sekali dengan kulit-kulit kentang.

Masa nak balik, mereka kena tahan dengan tentera Jerman. Disebabkan takut rahsia terpecah (sebab berkumpul ramai-ramai), mereka beritahu yang mereka berkumpul untuk membaca dan diskus buku..Guernsey Literary Society..kendian datuk yang tengah mabuk, meracau cakap..Potato Peel Pie...maka wujudlah Guernsey Literary and Potato Peel Pie Society..

ahli persatuan - 5 orang pada mulanya

Bagi mengaburi mata tentera Jerman, mereka mula mengumpul buku-buku dan berkumpul untuk berdiskusi buku. Selepas perang dan tentera Jerman pun dah keluar dari pulau Guernsey, persatuan ni masih aktif dan aktiviti diskus buku masih dijalankan. 

Hero mengutus surat kepada heroin minta heroin belikan dia satu buku. Dia dapat alamat heroin dari dalam sebuah buku.

Heroin ialah seorang penulis buku yang popular di London. Bila diberitau tentang persatuan ni, heroin berminat nak tahu lebih lanjut. Dia pergi ke Pulau Guernsey dan walla..

heroin tiba di Guernsey

 
heroin bertemu dengan ahli persatuan
 
sesi bedah buku yang meriah


Heroin berjaya membongkar kisah yang berlaku kepada seorang ahli persatuan yang kena tangkap oleh tentera Jerman dan juga perkara yang berlaku semasa penjajahan tentera Jerman.

tetiba tunang heroin datang ke Guernsey
 
heroin berat hati nak balik London ikut tunang dia
 

Movie ni oklah, tak heavy sangat, 'feel good' movie..kisah persahabatan, kisah kehidupan semasa dan selepas perang, kisah masyarakat..

Recommended for viewing..