Tuesday, 27 September 2022

Day 2 : Jalan-Jalan di Bandar Kota Bharu

Masih lagi di hari kedua di Kota Bharu.

Selepas solat dan makan tengahari di bilik hotel, kami keluar jalan-jalan di sekitar bandar Kota Bharu. Tempat pertama yang dituju ialah Dataran Kota Sultan Ismail Petra, yang ada pintu gerbang rehal.

Jalan kaki dari hotel. Lalu depan bahagian jual buah-buahan Pasar Besar Siti Khadijah. Singgah beli buah dulu.

menarik pulak buah anggur bergantungan begini
 

 Lalu depan Bazar Buluh Kubu dan deretan kedai jual barang kemas.

deretan kedai emas

dataran rehal

Menarik bangunan-bangunan lama yang ada di sini.

Bank Pitis

bilik kebal yang menyimpan wang dan dokumen penting
semasa pemerintahan Sultan Muhammad III 
 
pintu ke Istana Balai Besar
 
Istana Jahar 
yang dijadikan Muzium Adat Istiadat Diraja Kelantan
 
Gerbang masuk dari jalan utama
 

Berjalan ke arah Sungai Kelantan.

Masjid Muhammadi, masjid negeri Kelantan

bahagian belakang masjid

disebelahnya Muzium Islam

Muzium Islam

Berjalan lagi, menuju ke Muzium Perang (Bank Kerapu).

Memorial Perang (Bank Kerapu)
 
Bangunan ini asalnya dikenali dengan nama Bank Kerapu memandangkan fungsi asalnya adalah sebagai sebuah bank perdagangan iaitu the Merchantile Bank of India Ltd. Digelar 'kerapu' kerana dindingnya tidak licin dan menggerutu. Semasa zaman Jepun, bangunan ini dijadikan sebagai ibupejabat kempetai (polis rahsia) Jepun.
 
entrance fee - RM2.00 
 
 
Muzium kisah pendaratan Jepun di Kota Bharu dan perang dunia pertama 
dan kedua. Menarik juga muziumnya
 
pasukan kawalan kampung (home guard) 
masa zaman darurat tahun 1948
 
dua jenis bom
 
duit zaman Jepun
 
Muzium ni dua tingkat, dekat belakang pun ada  pameran kenderaan perang. Tapi malas nak explore semua, ala kadar je..hihi. Sambung jalan lagi ke arah sungai.
 
menara jam Kota Bharu
 
tambatan diraja
 
Ok sampai sini saja, tak larat dah nak jalan. Cuaca panas terik. 
Ambik grab balik hotel. 

jual sotong mesin
 
sotong dimesin
 
sotong bersidai. yang saiz kecik harga RM7.00
 
Tambang grab ke hotel RM5.00. Singgah pasar, nak beli dinner.
 
kita minum dulu. Teringin nak rasa air botol ni
ambik perisa sarsi. Not bad, gas dia tak berapa kuat

 Hasrat hati nak try laksa penang di Kelantan tapi gerai Rose Laksa dah tutup. Jumpa gerai jual laksa Siam. Teringin nak cuba.
 
Laksa Thai, harga RM4.00
 
Balik hotel, singgah window shopping di kedai tudung. Singgah juga di Da Froyo, kedai yogurt di tingkat bawah hotel. 

dalam kedai Da Froyo

enakkk..rasa masam2 yogurt
harga RM12.00
 
Balik, lepak dalam bilik hotel, makan laksa siam.
 
sedap gak, cuma manis sikit
 
Malamnya, jalan-jalan di pasar malam. beli nasi kerabu. Sedap nasi kerabunya. Lauk ayam goreng, sambal kelapanya sedap..
 


Sekian saja untuk hari kedua di Kota Bharu.

Sunday, 25 September 2022

Day 2 : Pasar Besar Siti Khadijah, Kota Bharu..

Hari kedua di Kota Bharu, tempat pertama dituju sudah tentulah Pasar Besar Siti Khadijah yang terletak depan hotel je. Cari sarapan sambil cari apa yang menarik untuk dibawa pulang.

Pertama kali jejak kaki disini. Walaupun dah tiga kali ke KB, tak pernah sampai di sini.

suasana jalan depan hotel pukul 8.20 pagi
Menara jam tu landmark hotel ni
 
ada dua belangkas
 
disumbang oleh orang Jepun
 
Pasar Besar Siti Khadijah
 
Masjid Baro'ah di tepi Pasar Besar Siti Khadijah
 
burung merpati depan masjid
 
Jom masuk pasar. Sambil jalan-jalan cari makan, kita snap-snap gambo.
 
 

gambo wajib...tanda dah sampai di sini..

Umat manusia punyalah ramai, bersesak-seak di tingkat satu, tempat makan dan di bahagian jual barang-barang kering..ramai pelancong, yang sibuk snap-snap photo.
 
Gerai nasi campur, banyak lauk-pauk nya..
 
 
geram tengok udang dan sotong besaq
 
udang menggunung
 
Jalan-jalan cari tempat kosong. Nak try local food.
 
style makan depan gerai
 
Alhamdulillah, disini ada tempat kosong
setimbun taugeh & timun
 
gerai Rose Laksa...laksa Penang pun ada dijual
 
 
sarapan laksam..oklah rasanya..sedap..
peniaga ni cakap dia buat kuah masin, yang lain kuah manis
 
laksam dengan cili belacan, ada sebongkah belacan
ambik sikit je, takde lah tuang semangkuk tu..hehe..
 
minuman keluaran tempatan...tertarik dgn perisa Amerika Aiskrim Soda
almost setiap gerai ada jual air botol ni
 
Cuma kakak dan saya je yang makan. Mak nak beli nasi campur.
 
beli nasi di sini

Saya rasa tak sedap badan. Terus balik hotel. Kakak teman mak beli-belah, window shopping kedai kain dan pakaian.
 
keadaan trafik pada pukul 10.20 pagi, sesak..
 
 
Kakak dan mak pun balik hotel. Semua lepak dalam bilik hotel..hehe.
 
Kakak beli nasi tumpang untuk lunch.
 
 

ada lauk daging, ikan dan udang. Nasinya macam nasi impit.
 
 
Lepas makan tenghari dan solat, keluar semula, jalan-jalan..