Wednesday, 15 March 2023

Percutian di Pulau Pangkor - Part 3

Bercuti di pulau, mestilah ada aktiviti wajib - bercanda ditepian pantai...

Selepas rehat2 di dalam bilik, sebelah petangnya kami turun ke pantai Teluk Nipah...

Pantainya berpasir halus tapi sedikit kotor, banyak sampah-sarap. Tangan-tangan manusia yang mencemar pantai. Ada buaian, hammock dan bangku kayu untuk duduk menikmati pemandangan laut..Subhanallah...

Teringat beberapa peribahasa Melayu berkaitan laut dan pantai..

  • kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai 
  • kalau kail panjang sejengkal, laut dalam jangan diduga
  • sekali air bah, sekali pantai berubah
  • ikan dilaut, asam didarat, dalam periuk bertemu juga...hehe..
Bergembira bermandi-manda di laut, keselamatan harus dijaga. Beberapa peringatan dan peralatan menyelamat ada disediakan.
 

Life saving apparatus
 
pelbagai amaran untuk keselamatan pengunjung pantai
 
Tak berlama-lama di pantai sebab cuaca panas, kita riki-riki kedai bebas cukai
yang jual coklat 
 
banyak pilihan
 
Kemudian sambung ronda-ronda, menyusuri jalan, survey kedai-kedai
singgah satu kedai, nak makan laksa penang
 
pantai depan restoran
 
laksa penang, bagi saya oklah rasanya
 
Sedang menjamu selera, tetiba hinggap seekor burung enggang..
 
burung enggang liar tapi jinak

teruja berjumpa dengan mu
 
tetamu dijamu makan
 
Kawasan Teluk Nipah ni memang banyak burung enggang. Sunset View Resort di lorong dibelakang Pangkor Bay resort, ada buat aktiviti bagi makan burung enggang..pukul 6.30 petang. 
 
Petang Jumaat, kami ke Sunset View resort untuk tengok acara bagi makan burung enggang. Anak saudara pergi petang Khamis, banyak juga burung yang datang. Siapa yang nak bagi burung makan, kena ambik nombor giliran..tak pasti kena bayar ke tak.

seekor monyet curi makanan burung
kendian datang pula tupai kecik

Lama juga tunggu burung datang, adalah dua-tiga ekor yang datang, selalunya banyak, dalam 10-15 ekor...baru meriah..

seekor burung enggang

burung tunggu makanan dilempar ke udara
 
 Video acara bagi makan burung enggang
 

Penat tunggu, dah dekat nak Maghrib, kami pun balik. Pagi Sabtu, semasa kakak dan anak saudara bermandi-manda di kolam renang, banyak pulak burung enggang datang bertenggek dekat belakang resort...free show..
 
Pagi Jumaat, beli sarapan nasi lemak di restoran nasi lemak sambal power. Harga nasi lemak telur mata RM4.00..kendian, piknik di tepi pantai...memang power sambalnya..pedas menyengat...
 
 suasana laut di pagi hari
 
sarapan di tepi pantai
 
gaya santai
 
  Ada sekumpulan budak U buat aktiviti kutip sampah, kitaorang pun join sama, sekejap je...
 
kutip sampah di pantai
 
Dah selesai sarapan, bergerak balik ke resort, ternampak pakcik ni berjualan di tepi jalan..jom tengok apa yang menarik...
 
ada jual pelbagai jenis kuih-muih
laksa mi Pangkor, sandwich & mi goreng
 
yeayy..beli laksa mi Pangkor..nak rasa..satu bekas RM5.00..
makan dalam bilik hotel

laksa mi Pangkor berkuah sup ikan kekek
 
sedap juga, clear soup, ada ikan separuh
 
Sabtu pagi, beli mee lipat Pangkor pula
 
harga RM3.00 - sedap..

 sekian, nantikan next entry jalan-jalan, pusing pulau, cari bermata biru..

stay tuned...

Tuesday, 14 March 2023

Percutian di Pulau Pangkor - Part 2

Sambung kisah percutian di Pulau Pangkor..

Sampai di Pangkor Bay Beach Resort dalam pukul 1.00, belum boleh check-in sebab bilik belum siap kemas. Booked satu family room, yang ada 2 queen bed, harga RM324.06 untuk 2 malam tanpa sarapan pagi. Resort ni cuma sediakan makan pagi untuk group tour. Takde masalah, ok je..

Anak saudara lelaki booked deluxe room di OYO Ombak Inn Chalet, rate RM60 per night. Lokasinya depan resort je. Last minit nak ikut, standard room di Pangkor Bay dah fully booked.

the resort
 
lorong depan resort, dihujung sana dah nampak laut
disepanjang lorong ni, semua chalet dan resort
 
Jom tengok kawasan resort dan facilty yang disediakan.
 
dining area
 
bilik-bilik hotel
 
swimming pool
 
tempat iron dan water dispenser

Dalam bilik tidak disediakan cerek, so semua ambik air di sini. Dah check-in, kita piknik dalam bilik. Kakak Shah Alam siap masak nasi, masak lemak udang, ikan goreng dan ketiau goreng. Bawa juga sambal nyet KA. Ingatkan nak singgah pantai Teluk Batik sebelum kesini, tapi semua macam malas nak berenti.
 
piknik dalam bilik
 
OK, jom tengok OYO Ombak Inn pula.
 
OYO Ombak Inn Chalet
 
 OYO lagi cantik, dipenuhi dengan bunga-bunga dan tumbuhan hijau

nice!
 
 Di lorong ni, ada chalet yang jual makanan (di malam hari) dan self-serviced laundry.

jual burger dan grilled lamb
 
laundry
 
semasa jalan-jalan di lorong sebelah, suka pulak tengok chalet berwarna putih ni..Valgary namanya.. mengadap bhg belakang Pangkor Bay Beach Resort..

Valgary Resort
 
Jom menyusuri jalan utama yang suasana macam di Phuket Island..
 
kedai-kedai makan, kedai souvenir, mini market
 
ada kedai duty-free. Pangkor dah jadi duty-free island
rokok dan minuman keras bukan duty-free 
 
hipster coffee pun ada
 
Surau Haruniah

 
Meriah kawasan ni, waktu malam lagi meriah. Bagi yang nak healing, nak tenang dan damai, Teluk Nipah bukanlah tempatnya..

Bersambung lagi, suka tulis secara detail untuk kenangan..
thanks for reading.

Monday, 13 March 2023

Percutian di Pulau Pangkor - Part 1

Hola..

Menyepi 4 hari minggu lepas. Bercuti-cuti di Pulau Pangkor, Perak, percutian 3h 2m, dari hari Khamis hingga hari Sabtu. Enam orang ahli rombongan - me, my sister, my mother and my other sister with 2 of her kids.

 peta destinasi - Marina Island & Pangkor Island
Pulau Pangkor di Selat Melaka

Teman ni nama je orang Perak, tapi baru pertama kali jejak kali di pulau ni..huhu...better late than never...hihi. Ahli rombongan yang lain dah pernah ke Pangkor. Abadikan perjalanan dan percutian di Pulau Pangkor untuk kenangan.

Tayar golek pukul 7.30 pagi dari KL, ikut PLUS Highway Utara-Selatan, masuk Guthrie Highway, then masuk LATAR (Lebuhraya KL-Kuala Selangor) ke Kuala Selangor, sambung Jalan Klang - Sabak Bernam, then masuk WCE (Lebuhraya Pantai Barat) dari Bagan Datuk/Hutan Melintang. 

WCE ni highway pelik sikit, tak sepenuhnya highway, separuhnya jalan kampung yang dah dinaiktaraf. Sepanjang jalan dihidangkan dengan estet kelapa sawit yang luas, diikuti sawah padi, kebun kelapa dan suasana kampung. Keluar di plaza tol Sitiawan. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam dari KL. Alhamdulillah, perjalanan smooth and steady.

Toilet break dan sarapan-cum-makan tengahari di bandar Seri Manjung sebelum menuju ke Marina Island. Kami ambik feri ke Pulau Pangkor dari jeti Marina Island. Ada satu lagi jeti ke Pulau Pangkor iaitu jeti Lumut di bandar Lumut, lebih kurang 7km ke utara bandar Seri Manjung.

Jeti Marina Island

Dah sampai di Marina Island, perkara pertama kena buat ialah cari tempat parking kereta. Kena tinggal kereta disini. Tapi menurut info dari pemandu teksi Pangkor, boleh je bawa kereta/motor/lori ke Pulau Pangkor, tapi bayarannya mahal. Tapi tak tahu jeti mana yang ada servis bawa kenderaan ni.

Bayaran parking RM25 sehari untuk parking berbumbung dan RM20 untuk parking terbuka. Tiket parking kena letak atas dashboard untuk pemeriksaan oleh sekuriti.

 Parking berbumbung macam ni je

Kawasan parking luas, nasiblah kalau dapat parking yang jauh, kena berjalan bawa beg/barang ke terminal jeti. Dah sampai di terminal jeti, terus ke tempat beli tiket feri di sebelah kanan.

laluan ke tempat beli tiket
 
Untuk beli tiket, kena isi maklumat peribadi dalam apps dalam komputer yang disediakan.  Kalau perlukan bantuan, ada petugas yang standby untuk membantu.
 
tempat komputer
 
Tak perlu bagi nama penuh tapi no IC kena betullah kan, no telefon tak isi pun takpe. Untuk pelancong, kena beli tiket pergi balik, tiket sehala untuk penduduk Pulau Pangkor je. Harga tiket RM10 sehala. Dah isi, kena snap gambar dan buat bayaran di kaunter tiket.

kaunter tiket

Dapat tiket pukul 12.15 tengahari. Ada masa lagi untuk OOTD, snap-snap photo di sekitar jeti Marina. Di jeti ni ada mesin ATM, toilets, foodcourt dan juga kedai-kedai souvenirs.
 
jeti Marina Island
 
Pulau Pangkor di kejauhan
 
feri dah tiba..
 
Masanya sudah tiba untuk naik feri.
 
yeayy..feri warna jingga
 
 Ramai juga pelancong yang nak bercuti di Pulau Pangkor, walaupun hari bekerja. Mungkin sebab musim cuti sekolah. Penuh feri..
 
nyaman - ada air-cond

 Bot trip lebih kurang 10 minit. Alhamdulillah, selamat sampai di jeti Pangkor.
 
menghampiri jeti Pangkor
 
selamat mendarat - welcome to Pangkor Island
 
Dari jeti, kami ambik teksi ke Pangkor Bay Beach Resort di kawasan Teluk Nipah. Di Pangkor, ada beberapa pantai seperti Pasir Bogak, Teluk Ketapang, Teluk Dalam, Coral Beach dan Pangkor Laut yang level kayangan.

teksi van Pangkor warna pink

Sebab utama pilih kawasan Teluk Nipah ialah ada vibe pulau ala-ala Phuket, Thailand..meriah dengan gerai-gerai di kiri-kanan jalan..walaupun nampak sesak, tapi best je suasana macam ni #firstimepipangkor..hehe..
 
lorong ke Pangkor Bay Beach Resort
tambang teksi dari jeti ialah RM25
 
 
Sekian, perjalanan ke Pulau Pangkor. Bersambung di next entry.