Tuesday, 14 March 2023

Percutian di Pulau Pangkor - Part 2

Sambung kisah percutian di Pulau Pangkor..

Sampai di Pangkor Bay Beach Resort dalam pukul 1.00, belum boleh check-in sebab bilik belum siap kemas. Booked satu family room, yang ada 2 queen bed, harga RM324.06 untuk 2 malam tanpa sarapan pagi. Resort ni cuma sediakan makan pagi untuk group tour. Takde masalah, ok je..

Anak saudara lelaki booked deluxe room di OYO Ombak Inn Chalet, rate RM60 per night. Lokasinya depan resort je. Last minit nak ikut, standard room di Pangkor Bay dah fully booked.

the resort
 
lorong depan resort, dihujung sana dah nampak laut
disepanjang lorong ni, semua chalet dan resort
 
Jom tengok kawasan resort dan facilty yang disediakan.
 
dining area
 
bilik-bilik hotel
 
swimming pool
 
tempat iron dan water dispenser

Dalam bilik tidak disediakan cerek, so semua ambik air di sini. Dah check-in, kita piknik dalam bilik. Kakak Shah Alam siap masak nasi, masak lemak udang, ikan goreng dan ketiau goreng. Bawa juga sambal nyet KA. Ingatkan nak singgah pantai Teluk Batik sebelum kesini, tapi semua macam malas nak berenti.
 
piknik dalam bilik
 
OK, jom tengok OYO Ombak Inn pula.
 
OYO Ombak Inn Chalet
 
 OYO lagi cantik, dipenuhi dengan bunga-bunga dan tumbuhan hijau

nice!
 
 Di lorong ni, ada chalet yang jual makanan (di malam hari) dan self-serviced laundry.

jual burger dan grilled lamb
 
laundry
 
semasa jalan-jalan di lorong sebelah, suka pulak tengok chalet berwarna putih ni..Valgary namanya.. mengadap bhg belakang Pangkor Bay Beach Resort..

Valgary Resort
 
Jom menyusuri jalan utama yang suasana macam di Phuket Island..
 
kedai-kedai makan, kedai souvenir, mini market
 
ada kedai duty-free. Pangkor dah jadi duty-free island
rokok dan minuman keras bukan duty-free 
 
hipster coffee pun ada
 
Surau Haruniah

 
Meriah kawasan ni, waktu malam lagi meriah. Bagi yang nak healing, nak tenang dan damai, Teluk Nipah bukanlah tempatnya..

Bersambung lagi, suka tulis secara detail untuk kenangan..
thanks for reading.

20 comments:

  1. ok jga kan OYO tu
    Pangkor antara pulau yg best pegi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik OYO resort...pangkor masih laid back, slow pace ..

      Delete
  2. Gaya percutian beginilah yang saya suka.
    Memang cantiklah OYO Ombak Inn Chalet!

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo..samalah kita...cantik, penuh dgn pokok bunga..

      Delete
  3. uncle tak boleh tengok swimming pool! Nak terjun!

    ReplyDelete
  4. Saya dah lama tak ke Pangkor, walaupun dekat. Last sekali pergi, masa anak masih baby. :)

    ReplyDelete
  5. Baru2 ni ada job di Pangkor..tapi hantar budak2 jer la...

    ReplyDelete
  6. Suka pi Pangkor..rasanya last pi 2012, macam dah banyak perubahan je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah jd pulau bebas cukai, byk perubahan rasanya..

      Delete
  7. Nampak menarik Valgary Resort tu.

    Betul, tulis detail untuk kenangan sendiri. Juga penting kepada yang nak cari info.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik, kaler putih...bila² boleh baca semua, mengimbau kenangan..

      Delete
  8. Nampak bersih.
    Betul meriah tempatnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jln raya nmpk bersih, pantainya byk sampah jg.. meriah di kwsn ni..

      Delete
  9. Ccl stay vagary hari tue ..selesa jugak. Bilik pun cantik . Next trip nk turun pangkor nk stay kt alun retreat .. Hri tu nk booking asyik penuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. suka tengok vagary resort...oo..alun retreat tu best ya, nak pi riki..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!