Hola..
Menyepi 4 hari minggu lepas. Bercuti-cuti di Pulau Pangkor, Perak, percutian 3h 2m, dari hari Khamis hingga hari Sabtu. Enam orang ahli rombongan - me, my sister, my mother and my other sister with 2 of her kids.
Teman ni nama je orang Perak, tapi baru pertama kali jejak kali di pulau ni..huhu...better late than never...hihi. Ahli rombongan yang lain dah pernah ke Pangkor. Abadikan perjalanan dan percutian di Pulau Pangkor untuk kenangan.
Tayar golek pukul 7.30 pagi dari KL, ikut PLUS Highway Utara-Selatan, masuk Guthrie Highway, then masuk LATAR (Lebuhraya KL-Kuala Selangor) ke Kuala Selangor, sambung Jalan Klang - Sabak Bernam, then masuk WCE (Lebuhraya Pantai Barat) dari Bagan Datuk/Hutan Melintang.
WCE ni highway pelik sikit, tak sepenuhnya highway, separuhnya jalan kampung yang dah dinaiktaraf. Sepanjang jalan dihidangkan dengan estet kelapa sawit yang luas, diikuti sawah padi, kebun kelapa dan suasana kampung. Keluar di plaza tol Sitiawan. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam dari KL. Alhamdulillah, perjalanan smooth and steady.
Toilet break dan sarapan-cum-makan tengahari di bandar Seri Manjung sebelum menuju ke Marina Island. Kami ambik feri ke Pulau Pangkor dari jeti Marina Island. Ada satu lagi jeti ke Pulau Pangkor iaitu jeti Lumut di bandar Lumut, lebih kurang 7km ke utara bandar Seri Manjung.
Dah sampai di Marina Island, perkara pertama kena buat ialah cari tempat parking kereta. Kena tinggal kereta disini. Tapi menurut info dari pemandu teksi Pangkor, boleh je bawa kereta/motor/lori ke Pulau Pangkor, tapi bayarannya mahal. Tapi tak tahu jeti mana yang ada servis bawa kenderaan ni.
Bayaran parking RM25 sehari untuk parking berbumbung dan RM20 untuk parking terbuka. Tiket parking kena letak atas dashboard untuk pemeriksaan oleh sekuriti.
Kawasan parking luas, nasiblah kalau dapat parking yang jauh, kena berjalan bawa beg/barang ke terminal jeti. Dah sampai di terminal jeti, terus ke tempat beli tiket feri di sebelah kanan.
Bot trip lebih kurang 10 minit. Alhamdulillah, selamat sampai di jeti Pangkor.
Selamat bercuti dan beristeri rehat
ReplyDeletedah balik wak..
DeleteMenarik tempatnya. Saya dulu pernah sampai jeti Marina saja.
ReplyDeleteKalau petang-petang ketika matahari dah jatuh, seronok ambil angin di sini, nyaman jew rasa tiupan angin laut.
oo..dah pernah sampai di marina...cantik view di sini..
DeleteWah, dah lain dah yek. Nak beli tiket feri pun kena isi maklumat diri dalam apps di komputer. Ketinggalan ketapi saya. :D
ReplyDeleteSekrg ni semua guna apps..satu cara nk collect data & in case something happen, boleh tahu sapa yg berada dlm feri..
DeleteAgak leceh jugak ya nak beli tiket kena isi sendiri maklumat di komputer.
ReplyDeleteSaya pernah sekali je ke pulau Pangkor, lebih 23 tahun lalu 😄
Betul, kalau sorang, oklah..kalau ramai, jenuh nak isi..huhu...dah lama tu ..hihi..
DeleteSaya belum pernah pergi Pulau Pangkor.
ReplyDeleteBaca pengalaman orang sahajalah.
Saya pun baru first time 😄
DeleteSeronok pulak baca kisah ke P.Pangkor ni.
ReplyDeleteTq SK..first time ke pangkor, teruja lebih..hihi..
DeleteTak sempat nk ootd sekitar jeti marina tue ..sampai ..bookiNH tiket ..tunggu 10 minit macam tue terus masuk feri .
ReplyDeletelnext time ke Pangkor, boleh posing2 di marina jetty...nice juga..
Delete