Thursday, 26 October 2023

Turkiye 2023 | Phosphorion - hotel gaya Ottoman..

Merhaba...

Trip kali ni kami spend 6 hari di Istanbul (termasuk hari ketibaan), 1.5 hari di Cappadocia dan 1.5 hari di Bursa. Memang saja nak berlama-lama di Istanbul..giler kuasa..haha..

Ok, jom sambung...

Isnin, 9 Oktober 2023

Dari Aksaray tram station, kami naik tram ke Sirkeci station, yang paling dekat dengan hotel. Untuk 1st leg Istanbul, menginap di Phosphorion/Empire Suites Hotel di Sirkeci. Booked melalui Agoda, total rate RM769.28 untuk 2 malam

Kenapa pilih area Sirkeci?

Sebabnya depan hotel ni ada Istanbul Gar Sirkeci station, stesen untuk keretapi Marmaray Line. Keretapi yang lalu bawah laut Selat Bhosporus. Nak naik keretapi ni untuk ke Sabiha Gokcen Airport hari Rabu nanti.

Another reason, dekat dengan tram station dan flat land, itu yang penting..hihi.. tak larat nak mendaki bukit, nak berjalan jauh ke stesen..memang trip ni bergantung sepenuhnya dengan public transport..

Phosphorion Empire Suite Hotel diatas restoran MADO
disebelahnya restoran Simit Sarayi

pandangan di waktu siang
 

First impression tentang Istanbul city: ramainya umat manusia, sesak..
 
Mesti pelik kan dengan nama Phosphorion. well, Phosphorion ialah nama kawasan ni dalam bahasa Greek. Di zaman Byzantine, kawasan Sirkeci ni dipanggil Phosphorion..begitulah sejarahnya.
 
Jalan besar depan hotel namanya Ankara Caddesi. Melintas jalan ni, belok kanan, selepas MADO, belok kiri untuk masuk lorong kecik diantara restoran MADO dan Simit Sarayi. Pintu utama hotel ni mengadap lorong kecik ni.
 
ikut lorong ni
 
entrance ke hotel
 
Masuk je ke reception, wahh..gaya klasik Turki..
 
reception
 
lounge depan reception

lounge no. 2
 
lounge no. 3
 

tangga ke bilik hotel
 

Urusan check-in mudah je sebab semua dah bayar. Bergerak ke bilik hotel di tingkat 5. Alhamdulillah, ada lif rupanya. Tapi untuk ke lif, kena masuk restoran MADO. Sama owner kot..
 
lif ke hotel
 
laluan ke bilik hotel
 
Masuk je ke dalam bilik...tadaa...
 
klasik touch
 
gaya Ottoman..haha..
 
romantis
 
almari baju
 
toilet
 
Alhamdulillah, biliknya luas, facilities lengkap. Ada sejadah, ada extra bantal.
 
Breakfast di Level 1 dari pukul 7.00 hingga 10 pagi. Breakfast disediakan oleh restoran MADO. Jom tengok breakfast pada pagi hari Selasa, 10 Oktober 2023. Breakfast sudah semestinyalah Turkish style..

breakfast spread
 
another breakfast table - onion ring, menu telur 3 jenis - scrambled egg, menemen dan hard boiled, roti-roti, simit, ada menu macam lasagna
 
lasagna, roti2, simit..ada coco crunch & conflakes juga
 
pelbagai jenis cheese
 
ni tatau apa, banyak jenis pula
 
Sungguh tak tahu macamana nak makan..
hentam sajalah labu..gaya bebas..
 
ada dolma (nasi dibalut dengan daun anggur)
 
my first Turkish breakfast
onion ring, buah pear, simit, menemen, dolma, buah zaitun
lasagna
 
nak try pelbagai jenis cheese..masinnn.
 bertabah nak habiskan...

Melihat diluar jendela..
.
menunggu tram di stesen Sikerci 
yang berderet dibelakang tu ialah mesin ATM
mudah nak keluar duit, banyak mesin ATM di tempat awam
 
tram dah sampai
 
Kelihatan Istanbul Gar Sirkeci station 
 
Mencari air minum di restoran..

air teh Turki percuma di sini
menu-menu lain kena bayar

 Tepek lagi gambar Turkish breakfast, seronok pula tengok..hihi..
 

 
Restoran MADO dan Simit Sarayi diantara restoran yang femes di Istanbul. Look no further, lokasi di bawah hotel je. Setiap hari telan ailio je tengok timbunan baklava kat MADO ni..hihi.. 
 
Overall, puas hatilah dengan hotel ni, lokasi pun bagus..recommended..value for money..

Wednesday, 25 October 2023

Turkiye 2023 | Istanbul..Aku Datang..

Merhaba...sambung kisah trip ke Turkiye..

Isnin, 9 Oktober 2023

Flight dari Dubai ke Istanbul mengambil masa lebih kurang 4++ jam. Masa di Istanbul lewat sejam dari Dubai.

sudah berada di langit Istanbul
 
selamat mendarat pukul 3.24 petang waktu Istanbul
 
Istanbul Aku Datang
 
Malaysian tak perlu apply visa ke Turkiye. Smooth operation di immigration, Alhamdulillah. Kat istanbul Airport, troli besar letak beg, kena bayar 25 TL, boleh guna debit/credit card. Ada servis porter angkat beg, kena bayar jugalah kan..
 
Dah settle ambik beg, keluar ke arrival hall. Anak saudara survey harga sim kad Turki di airport. Mahal charge, 1000 TL. Tak jadi beli, decided beli di city centre saja.
 
Dari Istanbul Airport ke Istanbul city centre

First thing first, cari transport ke city centre. Kami cadang naik airport bus, Havaist. Kena ambil di transportation level, tingkat -2. Malangnya tak nampak pula signage tunjuk arah ke transportation level ni.
 
Ikut je signage Metro sampai tiba di pintu keluar ke stesen Metro diseberang jalan, akan nampak lif (sebelah kanan) dan travelator (sebelah kiri) untuk ke transportation level -2. Alhamdulillah, we are on the right track..

Turun ke Level -2, nak cari machine jual Istanbulkart. Tak nampak sebijik pun, tapi takpe, kita keluar je pintu ke Havaist bus.
 
pintu ke tempat parking Havaist bus
di level -2
 
 
Ada kaunter tiket di sebelah kanan, boleh beli tiket bas guna cash. Beli tiket Havaist bus No. 12 ke Aksaray metro station. Tiket bas harga 136 turkish lira (lebih kurang RM26).

Havaist bus No. 12 ni sepatutnya pergi ke Beyazit Meydani tapi time siang hari, jalan depan Beyazit ditutup untuk kenderaan, cuma buka pukul 9.30 malam hingga 9.30 pagi. So, stesen terakhir ialah di Aksaray metro station.

Dah dapat tiket, moh naik bas. Beg-beg yang diletak diperut bas, semua ditanda nombor dan kita diberi nombor beg supaya tak tersilap ambik.
 
Perjalanan ke Aksaray macet sekali, yelahh time orang balik kerja. Lebih kurang sejam juga perjalanan.

dah sampai Aksaray, tengah mencari beg
 
Aksaray Medayni
 

 
Dah turun bas dan ambik beg semua, tindakan seterusnya ialah beli Istanbulkart untuk naik pengangkutan awam. Beli di Aksaray metro station. Masa ni pula time orang balik kerja, ramailah beratur nak top-up kad.
 
beli Istanbul kad di sini
 
Pertama kali guna, tak familiar dengan mesin. Alhamdulillah, ada orang local tolong. Nak tukar language ke English, kena tekan bendera UK. Mungkin sebab Istanbul ni ramai sangat pelancong dari pelbagai negara, banyak pula bendera kat mesin tu..hihi..

Istanbul kad - mcm kad 'touch n go'..

Harga Istanbulkart kosong 70TL. sebab takde duit kecik, masuk 100TL, dia terus top-up 30TL. Yang best, satu kad boleh kongsi up to 5 orang. Tapi untuk kesenangan hidup, kami beli sorang satu kad. Jadi souvenir..kenangan di Istanbul..boleh diguna sepanjang hayat..selagi tak rosak..

OK, Istanbulkart dah settled. Cari simkad Turki pula. Ada banyak kedai jual simkad disini. Kakak dan anak saudara je yang beli. Dapat 750 TL untuk sebulan. Saya subscribed Maxis world roaming pass for 30days, harga RM90..untuk kegunaan di Turki dan UAE..

trafik di Atartuk Boulevard
 
Dah settled semua, jom gerak ke tram station. Stesen yang terdekat ialah Yusufpasa dan Aksaray. Pilih ke stesen Aksaray sebab tak kena turun bawah tanah untuk lintas jalan.
 
Perjalanan kami ke Istanbul city centre (hotel di Sirkeci): 
Istanbul Airport - Aksaray metro station - Aksaray tram station - Sirkeci station
 
On the way ke Aksaray tram station, lalu depan masjid yang cantik ni..
 
Pertevniyal Valide Sultan Camii
 
The building is an example of Turkish Rococo with dollops of classical Ottoman, Moorish, Turkish, Gothic, Renaissance, and Empire styles. Some regarded the mishmash of styles as garish and short on classical Ottoman grandeur. The Pertevniyal Valide Sultan Mosque was created for Pertevniyal Sultan, a consort of Sultan Mahmud II and mother of Sultan Abdülaziz.


Stesen tram di Turki masih guna palang manual. Agak sempit juga. Ada stesen yang ada laluan mereka yang bawa barang. Alhamdulillah, merasmikan penggunaan Istanbul kad dengan menaiki tram T1 dari Aksaray ke Sirkeci yang terletak di kawasan old town Istanbul.
 
Naik tram flat rate per entry 15TL. Tram di Turki cuma tap kad time masuk je, nak keluar tak perlu tap lagi.
 
Alhamdulillah, tercapai wishlist nak naik tram di Istanbul city...

Tuesday, 24 October 2023

Turkiye 2023 | the journey begins..

Merhaba..

Semoga sihat walafiat sahabat-sahabat sekalian. minta maaf, belum sempat BW...lepas ni, pelan-pelan kayuh...

Alhamdulillah, sekian lama menyepi, kini kembali dengan entry trip ke negara dua benua - Turkiye. Negara yang kaya dengan sejarah Empayar Byzantine dan pemerintahan Islam Empayar Uthmaniyyah.

Travel secara backpacking selama 10 hari, dari 9 hingga 18 Oktober 2023. Total 12 hari termasuk perjalanan. Mengubat jiwa lara setelah trip tahun 2020 terpaksa dibatalkan. Alhamdulillah, Allah Maha Baik, bagi peluang pada kami mengembara di bumi Turkiye pada tahun ini.

Pertama kali sebenarnya merangka trip ke negara sebelah barat, yang kena transit, yang ada connecting flight. 

Ok, first, flight ticket. Dulu beli tiket Emirates Airlines, kali ni beli tiket airline yang sama juga. Riki-riki juga Turkish Airlines sebab nak direct flight...mahal RM1000++..so belilah tiket Emirates pada 4 Julai dengan harga RM3294. Kemudian anak saudara pula nak ikut, beli tiket dia pada 20 Julai, harga RM2963..ngeh, ngeh..sabo jelah. Ahli rombongan jadi 3 orang semuanya..

Kami cuma pergi 3 bandar sahaja iaitu Istanbul, Cappadocia (Gerome) dan Bursa. Dari Istanbul ke Cappadocia ambil domestic flight Pegasus Airlines di Sabiha Gokcen Airport (pergi-balik). Dari Sabiha Gokcen Airport, naik bas ke Bursa dan dari Bursa ke Istanbul, naik bot (feri).

Ok, let's get started. Catatan perjalanan untuk kenangan diri sendiri dan rujukan di masa depan. 

The journey began on Sunday, 8 October. Flight ke Dubai pukul 7.20 malam. Ambik flight time hari cuti dan waktu siang hari supaya mudah nak ke airport. My sister pun boleh hantar anak lelaki sorang dia dan drive balik rumah (all girls). 

the luggage
 
Naik grab ke KL Sentral, singgah Burger King, beli burger buat bekal (lunch). Decided naik Express Rail Link (ERL) KLIA express ke airport KLIA Terminal 1. Tambang masih sama RM55.00. 
 
stesen ERL KLIA express di KL Sentral
 
Lamanya tak jejak KLIA (sekarang dipanggil KLIA Terminal 1).
 
Dah buat online check-in, ada special lane untuk deposit luggage. Luggage akan terus dibawa ke Istanbul. Dah dapat dua boarding pass iaitu ke Dubai dan juga ke Istanbul, hurray, hurray..time to leave the country..
 
kena guna auto-gate kat imigresen..ngeh, ngeh..takde cop..
 
Berlepas dari Gate C5, kena naik bas RapiKL sebabnya aero-train belum siap dibaiki lagi
 
menuju ke bus lounge
 
bangunan Gate C

ruang menunggu untuk berlepas
yang beg kuning tu nak pergi umrah
 
Alhamdulillah, smooth flight. Selamat mendarat di Dubai International Airport pukul 10.20 malam waktu United Arab Emirates (UAE)
 
Besar betul airportnya
 
Di sini, kami transit selama 12 jam. Flight ke Istanbul pukul 10.45 pagi esoknya, hari Isnin, 9 Oktober 2023. Ingatkan dapatlah 'Dubai Connect' yang free hotel accommodation..hmmph..nan hado. Untuk transit ni, ada booking satu bilik hotel di Dubai International Airport Hotel.
 
Takde pengalaman transit..hahaha...meraban cari hotel ni. Tanya pekerja airport, depa suruh gi cop pasport di imigresen. Dapatlah cop imigresen UAE dan dapat simkad percuma untuk pelancong...kaya UAE ni. Bagi Malaysian yang nak masuk UAE, tak perlu visa, depa bagi 30-day visa-free stay..
 
 
Dah lepas imigresen dan masuk ke arrival hall, baru nampak Emirates Hotel Lounge. Tanya kat sini, depa beritau hotel ni kat dalam departure hall. Sepatutnya keluar je dari kapalterbang, masuk lane 'Connection'. Nak lebih smooth, ambik service 'meet & greet' yang Emirates offer dalam email...huhu..
 
Kena lalu security check dan imigresen semula...huhu....Alhamdulillah, dah ada boarding pass ke Istanbul, dapat masuk semula ke departure hall. Immigration Dubai Airport dah guna auto-gate sepenuhnya termasuk bukan warganegara. Kakak dan anak saudara berjaya guna auto-gate. Saya tak lepas, terpaksa guna cop manual. Dapatlah dua cop imigresen UAE...hihi..
 
Dah masuk dalam, baru nampak signage ke hotel. Pukul 12 tengah malam check-in hotel. Bilik hotel memang terbaik..facilities 5-star..tapi takde breakfast..huhu..
 
deluxe room
 
coffee maker & coffee & tea facilties
 
the toilet

Facilities ok untuk transit, toiletries lengkap, ada seterika & ironing board. Tilam dan bantal yang empuk, lena tidur. Alhamdulillah...

Isnin, 9 Oktober 2023..

Hari baru menjelma. Check-out pukul 8.00 pagi. Riki-riki di departure hall, apa yang boleh dibeli dan dimamam. Kedai banyak..harga standard airport..exchange rate RM ke UAE dirham pula tinggi...pejam mata je, guna debit card..
 
ramai betul manusia
 
Makan di mekdi..huhu..itu je yang familiar..nak tunggu makan dalam flight lambat lagi..
 
beli burger je, 22 UAE dirham 
air mineral ambik yang hotel bagi

Yang duduk belah sana tu pun orang Malaysia juga, ramai Malaysian berkumpul makan kat sini, depa tunggu flight balik Malaysia.
 
Dah tahu gate untuk boarding ke Istanbul, moh le bergerak ke sana...tak sabo..
 

 
Menuju ke destinasi...Istanbul @ Turkiye
 
-bersambung cerita di Turkiye-