Merhaba...
Trip kali ni kami spend 6 hari di Istanbul (termasuk hari ketibaan), 1.5 hari di Cappadocia dan 1.5 hari di Bursa. Memang saja nak berlama-lama di Istanbul..giler kuasa..haha..
Ok, jom sambung...
Isnin, 9 Oktober 2023
Dari Aksaray tram station, kami naik tram ke Sirkeci station, yang paling dekat dengan hotel. Untuk 1st leg Istanbul, menginap di Phosphorion/Empire Suites Hotel di Sirkeci. Booked melalui Agoda, total rate RM769.28 untuk 2 malam
Kenapa pilih area Sirkeci?
Sebabnya depan hotel ni ada Istanbul Gar Sirkeci station, stesen untuk keretapi Marmaray Line. Keretapi yang lalu bawah laut Selat Bhosporus. Nak naik keretapi ni untuk ke Sabiha Gokcen Airport hari Rabu nanti.
Another reason, dekat dengan tram station dan flat land, itu yang penting..hihi.. tak larat nak mendaki bukit, nak berjalan jauh ke stesen..memang trip ni bergantung sepenuhnya dengan public transport..
Phosphorion Empire Suite Hotel diatas restoran MADO
disebelahnya restoran Simit Sarayi
First impression tentang Istanbul city: ramainya umat manusia, sesak..
Mesti pelik kan dengan nama Phosphorion. well, Phosphorion ialah nama kawasan ni dalam bahasa Greek. Di zaman Byzantine, kawasan Sirkeci ni dipanggil Phosphorion..begitulah sejarahnya.
Jalan besar depan hotel namanya Ankara Caddesi. Melintas jalan ni, belok kanan, selepas MADO, belok kiri untuk masuk lorong kecik diantara restoran MADO dan Simit Sarayi. Pintu utama hotel ni mengadap lorong kecik ni.
ikut lorong ni
Masuk je ke reception, wahh..gaya klasik Turki..
Urusan check-in mudah je sebab semua dah bayar. Bergerak ke bilik hotel di tingkat 5. Alhamdulillah, ada lif rupanya. Tapi untuk ke lif, kena masuk restoran MADO. Sama owner kot..
laluan ke bilik hotel
Masuk je ke dalam bilik...tadaa...
Alhamdulillah, biliknya luas, facilities lengkap. Ada sejadah, ada extra bantal.
Breakfast di Level 1 dari pukul 7.00 hingga 10 pagi. Breakfast disediakan oleh restoran MADO. Jom tengok breakfast pada pagi hari Selasa, 10 Oktober 2023. Breakfast sudah semestinyalah Turkish style..
breakfast spread
another breakfast table - onion ring, menu telur 3 jenis - scrambled egg, menemen dan hard boiled, roti-roti, simit, ada menu macam lasagna
lasagna, roti2, simit..ada coco crunch & conflakes juga
ni tatau apa, banyak jenis pula
Sungguh tak tahu macamana nak makan..
hentam sajalah labu..gaya bebas..
ada dolma (nasi dibalut dengan daun anggur)
my first Turkish breakfast onion ring, buah pear, simit, menemen, dolma, buah zaitun
lasagna
nak try pelbagai jenis cheese..masinnn. bertabah nak habiskan...
Melihat diluar jendela..
.
menunggu tram di stesen Sikerci yang berderet dibelakang tu ialah mesin ATM
mudah nak keluar duit, banyak mesin ATM di tempat awam
Kelihatan Istanbul Gar Sirkeci station
Mencari air minum di restoran..
air teh Turki percuma di sini
menu-menu lain kena bayar
Tepek lagi gambar Turkish breakfast, seronok pula tengok..hihi..
Restoran MADO dan Simit Sarayi diantara restoran yang femes di Istanbul. Look no further, lokasi di bawah hotel je. Setiap hari telan ailio je tengok timbunan baklava kat MADO ni..hihi..
Overall, puas hatilah dengan hotel ni, lokasi pun bagus..recommended..value for money..
meanrik la hidangan tu semua..SA kenal beberapa je..Baklava memang sedap cumanya SA x tahan tahap kemanisannya tu...
ReplyDeletecuba2 makanan Turki...kurang rasa, kebanyakan rasa tawar..baklava mmg lemak manis...level manis dia yg tak tahan...
DeleteCantik betul bilik hotelnya, berbaloi dgn harga tu 👍🏻 nak kena belajar makanan kat turki ni hihi. Tau kebab, shawarma dgn kunafa je 🤭
ReplyDeletegaya klasik..Alhamdulillah, besar biliknya...ha'ah..kena belajar...kitaorang hentam je...cuba serba sikit..
DeleteWahhh.. memang cantiklah biliknya, klasik sungguh. Sarapan pun nampak sedap dan menyelerakan.
ReplyDeleteklasik Turkish...cuba2 sarapan turki, ada yg ok, ada yg kureng..
Deleteya Allah seronoknya dapat berjalan ke negara orang...linda nie kapal terbang pun tak pernah naik...hihihih
ReplyDeleteInsyaaAllah ada rezeki travel & naik kapal terbang..amiin2..
DeleteTurkiye antara negara pelancongan yang diminati ramai. Banyak yang menarik di sekitar Istanbul.
ReplyDeletebetul...ramai sungguh pelancong di area Sultanahmet..
Deleteuniknya breakfast turkiy style.
ReplyDeleteitulah...tak reti nak padankan menu...rasa serba sikit..tengok ada sayur, cili..ratah mcm tu je..
Deletecantik bilik hotelnya...katil tu klasik
ReplyDeleteklasik turki..
DeleteHuyooh.. luxurious gitu, breakfast spread sini pun mungkin menampilkan gaya kesultanan Ottoman, temanya Ottoman royalty 😆
ReplyDeletebreakfast ala turki...ada menu kesultanan ottoman rasanya..
DeleteSo dari airport kak Nohas naik tren ke Sirkeci Stn la kan? berapa tambang tix dia? JM pun suka loaksi hotel yg jarak dalam 100 - 500meter mcm tu x mau jalan jauh dgn beg lagi..kalau boleh mesti nk yg hampir dgn station
ReplyDeletedari airport, naik airport bus ke city centre. last bus stop depan Aksaray Metro stn. Jalan kaki sikit ke Aksaray tram stn, ambik tram ke Sirkeci stn..akk beli Istanbul kad, harga kad 50TL and kena top up....yg byk guna public transport, mmg kena cari hotel yg dekat2 stn..
DeleteBila baca story kak Nohas ni buat rasa mcm JM yg tengah travel..boleh faham flow dia..siap buat note ni heheh
ReplyDeletebuat entry ikut flow..senang nak tulis & rujuk...hehe..
Delete