Tuesday, 24 October 2023

Turkiye 2023 | the journey begins..

Merhaba..

Semoga sihat walafiat sahabat-sahabat sekalian. minta maaf, belum sempat BW...lepas ni, pelan-pelan kayuh...

Alhamdulillah, sekian lama menyepi, kini kembali dengan entry trip ke negara dua benua - Turkiye. Negara yang kaya dengan sejarah Empayar Byzantine dan pemerintahan Islam Empayar Uthmaniyyah.

Travel secara backpacking selama 10 hari, dari 9 hingga 18 Oktober 2023. Total 12 hari termasuk perjalanan. Mengubat jiwa lara setelah trip tahun 2020 terpaksa dibatalkan. Alhamdulillah, Allah Maha Baik, bagi peluang pada kami mengembara di bumi Turkiye pada tahun ini.

Pertama kali sebenarnya merangka trip ke negara sebelah barat, yang kena transit, yang ada connecting flight. 

Ok, first, flight ticket. Dulu beli tiket Emirates Airlines, kali ni beli tiket airline yang sama juga. Riki-riki juga Turkish Airlines sebab nak direct flight...mahal RM1000++..so belilah tiket Emirates pada 4 Julai dengan harga RM3294. Kemudian anak saudara pula nak ikut, beli tiket dia pada 20 Julai, harga RM2963..ngeh, ngeh..sabo jelah. Ahli rombongan jadi 3 orang semuanya..

Kami cuma pergi 3 bandar sahaja iaitu Istanbul, Cappadocia (Gerome) dan Bursa. Dari Istanbul ke Cappadocia ambil domestic flight Pegasus Airlines di Sabiha Gokcen Airport (pergi-balik). Dari Sabiha Gokcen Airport, naik bas ke Bursa dan dari Bursa ke Istanbul, naik bot (feri).

Ok, let's get started. Catatan perjalanan untuk kenangan diri sendiri dan rujukan di masa depan. 

The journey began on Sunday, 8 October. Flight ke Dubai pukul 7.20 malam. Ambik flight time hari cuti dan waktu siang hari supaya mudah nak ke airport. My sister pun boleh hantar anak lelaki sorang dia dan drive balik rumah (all girls). 

the luggage
 
Naik grab ke KL Sentral, singgah Burger King, beli burger buat bekal (lunch). Decided naik Express Rail Link (ERL) KLIA express ke airport KLIA Terminal 1. Tambang masih sama RM55.00. 
 
stesen ERL KLIA express di KL Sentral
 
Lamanya tak jejak KLIA (sekarang dipanggil KLIA Terminal 1).
 
Dah buat online check-in, ada special lane untuk deposit luggage. Luggage akan terus dibawa ke Istanbul. Dah dapat dua boarding pass iaitu ke Dubai dan juga ke Istanbul, hurray, hurray..time to leave the country..
 
kena guna auto-gate kat imigresen..ngeh, ngeh..takde cop..
 
Berlepas dari Gate C5, kena naik bas RapiKL sebabnya aero-train belum siap dibaiki lagi
 
menuju ke bus lounge
 
bangunan Gate C

ruang menunggu untuk berlepas
yang beg kuning tu nak pergi umrah
 
Alhamdulillah, smooth flight. Selamat mendarat di Dubai International Airport pukul 10.20 malam waktu United Arab Emirates (UAE)
 
Besar betul airportnya
 
Di sini, kami transit selama 12 jam. Flight ke Istanbul pukul 10.45 pagi esoknya, hari Isnin, 9 Oktober 2023. Ingatkan dapatlah 'Dubai Connect' yang free hotel accommodation..hmmph..nan hado. Untuk transit ni, ada booking satu bilik hotel di Dubai International Airport Hotel.
 
Takde pengalaman transit..hahaha...meraban cari hotel ni. Tanya pekerja airport, depa suruh gi cop pasport di imigresen. Dapatlah cop imigresen UAE dan dapat simkad percuma untuk pelancong...kaya UAE ni. Bagi Malaysian yang nak masuk UAE, tak perlu visa, depa bagi 30-day visa-free stay..
 
 
Dah lepas imigresen dan masuk ke arrival hall, baru nampak Emirates Hotel Lounge. Tanya kat sini, depa beritau hotel ni kat dalam departure hall. Sepatutnya keluar je dari kapalterbang, masuk lane 'Connection'. Nak lebih smooth, ambik service 'meet & greet' yang Emirates offer dalam email...huhu..
 
Kena lalu security check dan imigresen semula...huhu....Alhamdulillah, dah ada boarding pass ke Istanbul, dapat masuk semula ke departure hall. Immigration Dubai Airport dah guna auto-gate sepenuhnya termasuk bukan warganegara. Kakak dan anak saudara berjaya guna auto-gate. Saya tak lepas, terpaksa guna cop manual. Dapatlah dua cop imigresen UAE...hihi..
 
Dah masuk dalam, baru nampak signage ke hotel. Pukul 12 tengah malam check-in hotel. Bilik hotel memang terbaik..facilities 5-star..tapi takde breakfast..huhu..
 
deluxe room
 
coffee maker & coffee & tea facilties
 
the toilet

Facilities ok untuk transit, toiletries lengkap, ada seterika & ironing board. Tilam dan bantal yang empuk, lena tidur. Alhamdulillah...

Isnin, 9 Oktober 2023..

Hari baru menjelma. Check-out pukul 8.00 pagi. Riki-riki di departure hall, apa yang boleh dibeli dan dimamam. Kedai banyak..harga standard airport..exchange rate RM ke UAE dirham pula tinggi...pejam mata je, guna debit card..
 
ramai betul manusia
 
Makan di mekdi..huhu..itu je yang familiar..nak tunggu makan dalam flight lambat lagi..
 
beli burger je, 22 UAE dirham 
air mineral ambik yang hotel bagi

Yang duduk belah sana tu pun orang Malaysia juga, ramai Malaysian berkumpul makan kat sini, depa tunggu flight balik Malaysia.
 
Dah tahu gate untuk boarding ke Istanbul, moh le bergerak ke sana...tak sabo..
 

 
Menuju ke destinasi...Istanbul @ Turkiye
 
-bersambung cerita di Turkiye-

26 comments:

  1. very fun trip kak nohas, mbul belum pernah ke turki jadi berasa senang baca vacationnya teman teman yang jalan jalan ke luar negeri. Alhamdulilah penerbangan smooth dan penginapanpun terbilang comfortable...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..dipermudahkan travel di Turki..

      Delete
  2. waahhhh bestnya dpt jejak kaki di bumi Turkiye! cepat sambungggg part 2! hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..setelah kena cancel tahun 2020..

      Delete
  3. Selamat menjejakkan kaki ke bumi turkiye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, dah selamat kembali ke tanahair..

      Delete
  4. Tak sabar nak baca utk next entry...duka lara kita nak ke sana tak terubat lagi..

    ReplyDelete
  5. Oh, kalau auto takdelah kenangan cop kat pasport kita kan. Teringat dulu hsbnd sy sanggup beratur nak cop sbb nakkan cop tu, hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul..takde cop....dulu pun buat benda yg sama jg, collect cop kt pasport...hehe..

      Delete
  6. Wah... Hebat lah tempatnya... Semoga selamat pergi dan balik...

    ReplyDelete
  7. tiket ank saudara bli lewat lg murah ye...biasa tiket bli lmbt akan mhl kan....sronok jln2 istanbul

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah...beli lmbt murah pula...mmg seronok tapi serabut, ramai sgt umat di Istanbul city..

      Delete
  8. Seronoknya travel..lama SA x travel ni...terus rasa nak travel jugak la

    ReplyDelete
  9. Tengah kumpul info pasal trip Istanbul skrg ni. Dah lama tak travel overseas... rasa kekok pulak. Boleh tak nak dm nohas hihi. Email saya carneyz[at]gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah kita..last gi travel overseas in 2019, seblm covid...boleh aja..

      Delete
  10. Baca pengalaman travel di sini dapatlah lepaskan sedikit rindu! Tak dapat jelajah Istanbul pada 2020 sebab waktu itu PKP.

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah kita, trip ke turki kena cancel pada 2020..

      Delete
  11. Waaah…syoknya!
    Plan saya nak travel berdua ke Turki masih belum jadi realiti. Susah suami nak dapatkan cuti panjang. Bolehlah jadikan entri Nohas ni rujukan buat saya.

    Rezeki anak sedara, dia beli lambat dapat lebih murah pulak ya 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaaAllah, semoga ada rezeki Ujie & suami travel ke Turki...

      Itulah rezeki dia dpt tiket lbh murah...

      Delete
  12. Looking for Istanbul airport lounge assistance? Our hub provides top-notch services for travelers. Whether it's guidance or amenities, we've got you covered. Reach out today and experience seamless travel at Istanbul airport!

    ReplyDelete
  13. Transit 12 jam? kalau JM nk ke sana kalau boleh nak transit dalam 3-4 jam je..x nk check in kat Dubai tu..berapa harga hotel Dubai Int. tu kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tersilap beli tiket sebenarnya..huhu..baru perasan ada flight Emirates pkl 2.30 pagi Isnin..transit 3-4 jam je kt Dubai...hotel tu RM1,500++ semlm...huhu...

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!