Friday, 27 October 2023

Turkiye 2023 | Jalan-Jalan malam di Eminonu

Merhaba...

Selepas dinner dan beli jus delima, jalan-jalan di sekitar Hocapasa Lokantasi. Banyak lagi restoran dan kafe berhampiran Masjid Hocapasa.

 restoran depan masjid
 
restoran di lorong ke Ankara Caddesi
 
Masjid Hocapasa
 
Di kawasan Hocapasa ni ada tempat untuk tengok tarian sufi Whirling Dervish yang berpusing pening kepala pun naik runsing. Kita pun pi check lokasi, ingatkan malam esok nak pi walk-in je...itinerary ni masih dalam pertimbangan sebab ahli rombongan ada yang tak nak gi..

inilah tempatnya
 
esoknya pi terjah, tapi dah penuh
entrance fee 1000 TL, start pukul 7.00 malam

Dah pi tengok lokasi, kita jalan-jalan menuju ke Galata Bridge, ke kawasan Eminonu. Nak tengok pemandangan di waktu malam sambil hirup udara segar Selat Bhosporus..

suasana di tepi Selat Bhosporus
gerai-gerai beroda warna merah ikon Istanbul
jual kestane (buah berangan), jagung rebus, jagung bakar
dan simit - jajan negara Turki
 
Selat Bhosporus dan view Galataport
 
kakak beli kestane (buah berangan)
 
jagung bakar, harga 25TL
 
jagung rebus dan buah berangan (kestane)
 
 
Dah puas lepak-lepak tepi laut, kami pun call it a day dan berjalan balik ke hotel
 
End of Day 1 in Istanbul

Thursday, 26 October 2023

Turkiye 2023 | Dinner at Tarihi Hocapasa Lokantasi

Merhaba..

Masih lagi di hari petama di Istanbul..sebelah malamnya keluar untuk cari makan..

Suhu sejuk dengan tiupan angin lembut. Gigil juga. Suhu di Istanbul ketika ini diantara 16°C hingga 22°C, memang nyaman..cuma di malam hari, bertambah sejuk.

Dinner malam ni tak jauh dari hotel, walking distance je..di Tarihi Hocapasa Lokantasi..


Banyak pilihan kedai di kiri kanan lorong,  mostly kedai jual kebab..
yang sedang makan disini kebanyakan orang tempatan

tak tahu nak pilih yang mana satu
 
pilih kedai ni - Kebabci Ozcan Usta
 
Order 6 menu..sebab bawa sambal penyet, kita order nasi..hihi..

nasi putih (pilav), nasi Turki (bulgur), 
masakan kacang (kuru fasulye) dengan roti
 
sedap kuru fasulye tu..bulgur dari gandum hancur..sedap juga.. 
 
Adana kebab, yang dihujung tu menu ayam, french fries lagi..
kendian diberi roti bulat-bulat lagi...berapa banyak roti daa... 
 
Sebenarnya tak sangka Adana kebab dan menu ayam tu dihidang macam tu, sekali dengan bulgur, roti..besar portion nya..makan dengan sambal penyet memang layan...habis semua..cuma roti bulat je tak habis..
 
first time minum teh Turki
didatang dengan gula kiub dalam mangkuk seramik
 
 
Total damage : 720 lira (lebih kurang RM137)..hihi..yang mahal Adana kebab (358 lira) dan menu ayam (200++ lira)..tapi portion besar..yang lain still reasonable harganya..
 
Alhamdulillah, dah makan. Nampak kedai sebelah jual jus buah dan buah-buahan. Singgah beli jus buah delima.
 

 
jus buah delima - Nar Suyu dalam bahasa Turki
saiz kecik - 80 TL, yang besar 100 TL (RM15 - RM18)
lebih kurang harga di KL
 
buah-buahan & sayur-sayuran
 
bersambung..jalan-jalan menghirup udara malam di Istanbul

Turkiye 2023 | Phosphorion - hotel gaya Ottoman..

Merhaba...

Trip kali ni kami spend 6 hari di Istanbul (termasuk hari ketibaan), 1.5 hari di Cappadocia dan 1.5 hari di Bursa. Memang saja nak berlama-lama di Istanbul..giler kuasa..haha..

Ok, jom sambung...

Isnin, 9 Oktober 2023

Dari Aksaray tram station, kami naik tram ke Sirkeci station, yang paling dekat dengan hotel. Untuk 1st leg Istanbul, menginap di Phosphorion/Empire Suites Hotel di Sirkeci. Booked melalui Agoda, total rate RM769.28 untuk 2 malam

Kenapa pilih area Sirkeci?

Sebabnya depan hotel ni ada Istanbul Gar Sirkeci station, stesen untuk keretapi Marmaray Line. Keretapi yang lalu bawah laut Selat Bhosporus. Nak naik keretapi ni untuk ke Sabiha Gokcen Airport hari Rabu nanti.

Another reason, dekat dengan tram station dan flat land, itu yang penting..hihi.. tak larat nak mendaki bukit, nak berjalan jauh ke stesen..memang trip ni bergantung sepenuhnya dengan public transport..

Phosphorion Empire Suite Hotel diatas restoran MADO
disebelahnya restoran Simit Sarayi

pandangan di waktu siang
 

First impression tentang Istanbul city: ramainya umat manusia, sesak..
 
Mesti pelik kan dengan nama Phosphorion. well, Phosphorion ialah nama kawasan ni dalam bahasa Greek. Di zaman Byzantine, kawasan Sirkeci ni dipanggil Phosphorion..begitulah sejarahnya.
 
Jalan besar depan hotel namanya Ankara Caddesi. Melintas jalan ni, belok kanan, selepas MADO, belok kiri untuk masuk lorong kecik diantara restoran MADO dan Simit Sarayi. Pintu utama hotel ni mengadap lorong kecik ni.
 
ikut lorong ni
 
entrance ke hotel
 
Masuk je ke reception, wahh..gaya klasik Turki..
 
reception
 
lounge depan reception

lounge no. 2
 
lounge no. 3
 

tangga ke bilik hotel
 

Urusan check-in mudah je sebab semua dah bayar. Bergerak ke bilik hotel di tingkat 5. Alhamdulillah, ada lif rupanya. Tapi untuk ke lif, kena masuk restoran MADO. Sama owner kot..
 
lif ke hotel
 
laluan ke bilik hotel
 
Masuk je ke dalam bilik...tadaa...
 
klasik touch
 
gaya Ottoman..haha..
 
romantis
 
almari baju
 
toilet
 
Alhamdulillah, biliknya luas, facilities lengkap. Ada sejadah, ada extra bantal.
 
Breakfast di Level 1 dari pukul 7.00 hingga 10 pagi. Breakfast disediakan oleh restoran MADO. Jom tengok breakfast pada pagi hari Selasa, 10 Oktober 2023. Breakfast sudah semestinyalah Turkish style..

breakfast spread
 
another breakfast table - onion ring, menu telur 3 jenis - scrambled egg, menemen dan hard boiled, roti-roti, simit, ada menu macam lasagna
 
lasagna, roti2, simit..ada coco crunch & conflakes juga
 
pelbagai jenis cheese
 
ni tatau apa, banyak jenis pula
 
Sungguh tak tahu macamana nak makan..
hentam sajalah labu..gaya bebas..
 
ada dolma (nasi dibalut dengan daun anggur)
 
my first Turkish breakfast
onion ring, buah pear, simit, menemen, dolma, buah zaitun
lasagna
 
nak try pelbagai jenis cheese..masinnn.
 bertabah nak habiskan...

Melihat diluar jendela..
.
menunggu tram di stesen Sikerci 
yang berderet dibelakang tu ialah mesin ATM
mudah nak keluar duit, banyak mesin ATM di tempat awam
 
tram dah sampai
 
Kelihatan Istanbul Gar Sirkeci station 
 
Mencari air minum di restoran..

air teh Turki percuma di sini
menu-menu lain kena bayar

 Tepek lagi gambar Turkish breakfast, seronok pula tengok..hihi..
 

 
Restoran MADO dan Simit Sarayi diantara restoran yang femes di Istanbul. Look no further, lokasi di bawah hotel je. Setiap hari telan ailio je tengok timbunan baklava kat MADO ni..hihi.. 
 
Overall, puas hatilah dengan hotel ni, lokasi pun bagus..recommended..value for money..