Friday 27 October 2023

Turkiye 2023 | Jalan-Jalan malam di Eminonu

Merhaba...

Selepas dinner dan beli jus delima, jalan-jalan di sekitar Hocapasa Lokantasi. Banyak lagi restoran dan kafe berhampiran Masjid Hocapasa.

 restoran depan masjid
 
restoran di lorong ke Ankara Caddesi
 
Masjid Hocapasa
 
Di kawasan Hocapasa ni ada tempat untuk tengok tarian sufi Whirling Dervish yang berpusing pening kepala pun naik runsing. Kita pun pi check lokasi, ingatkan malam esok nak pi walk-in je...itinerary ni masih dalam pertimbangan sebab ahli rombongan ada yang tak nak gi..

inilah tempatnya
 
esoknya pi terjah, tapi dah penuh
entrance fee 1000 TL, start pukul 7.00 malam

Dah pi tengok lokasi, kita jalan-jalan menuju ke Galata Bridge, ke kawasan Eminonu. Nak tengok pemandangan di waktu malam sambil hirup udara segar Selat Bhosporus..

suasana di tepi Selat Bhosporus
gerai-gerai beroda warna merah ikon Istanbul
jual kestane (buah berangan), jagung rebus, jagung bakar
dan simit - jajan negara Turki
 
Selat Bhosporus dan view Galataport
 
kakak beli kestane (buah berangan)
 
jagung bakar, harga 25TL
 
jagung rebus dan buah berangan (kestane)
 
 
Dah puas lepak-lepak tepi laut, kami pun call it a day dan berjalan balik ke hotel
 
End of Day 1 in Istanbul

16 comments:

  1. seronok...bila saya boleh berpeluang jejakkan kaki agaknya

    ReplyDelete
  2. Macam byk tempat makan menarik kat sana kan. Lagi2 la kalau cuaca sejuk, makan jagung rebus / bakar panas2 pun sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. byk kedai/restoran di sini...sentiasa je ramai org...ya, betul, cuaca sejuk ni buat lapar je tengok jagung rebus/bakar..

      Delete
  3. Semoga saya dan suami berpeluang Jalan2 ke sana. Kenal tempat org

    ReplyDelete
  4. Saya beli juga buah berangan tu. dia bakar. Lagi lemak sedap berangan di malaysia sebab dia goreng dengan arang. Ni di bakar kurang lemak rasanya. Tapi makan masa panas ok lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. buah berangan sungguh manis...best makan panas2...betul, kurang lemak, lg sedap yang kat Malaysia..

      Delete
  5. Cantiknya night view di situ 😍✨

    ReplyDelete
  6. Makan jagun tu panas2 time tgh sejuk sedappp sgt..

    ReplyDelete
  7. Nampak sedpa plak jagung tu...panas- panas..lama dah SAa x travel ni...ntah bila nak start ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada jg beli jagung bakar..mmg nikmat makan cuaca sejuk..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!