Sunday, 12 November 2023

Turkiye 2023 | Bursa - Ibukota Pertama Empayar Uthmaniyah

Merhaba...sambung kembali kisah trip Turkiye..

Jumaat, 13 Oktober 2023 

Pagi ni fly ke Sabiha Gokcen Airport dari Kayseri Airport

check-in di Kayseri Airport

Alhamdulillah, selamat mendarat di Sabiha Gokcen Airport. Dari airport, kami akan terus ke Bursa, kota keempat terbesar di negara Turkiye. Kota Bursa dalam bahasa Turki bermakna 'Anugerah Allah'..'God given'..ibukota pertama Empayar Uthmaniyah..

Kami di Bursa sampai hari Ahad, 15 Oktober 2023. Belum beli apa-apa tiket lagi untuk balik ke Istanbul. Semua ahli rombongan bersetuju naik bot (feri) balik ke Istanbul. Sementara tunggu beg keluar, riki-riki tiket bot dari syarikat BUDO (Bursa Deniz Otobusleri). Alhamdulillah, ada kosong lagi..terus beli online.

Jom keluar airport, cari bas ke Bursa..

Sabiha Gokcen Airport
 
Keluar je pintu airport, diseberang jalan nampak ada banyak bas express.  Ternampak bas BBBus yang pergi ke Bursa. BBBus ni sama syarikat dengan BUDO. Dekat bas tu ada tulis 10.00, maknanya bas akan bertolak pukul 10.00 pagi. Lagi 2-3 minit je nak jalan. Pekerja tengah loading beg-beg penumpang di compartment beg.
 
Kelam-kabut nak beli tiket, tiket beli dalam bangunan sebelah. Alhamdulillah, staff company beri bantuan. Selamat mendarat dalam bas..dapat tempat duduk belakang sekali...harga tiket 185TL (RM35)..

dalam bas ke Bursa
 
Perjalanan dari Sabiha Gokcen Airport ke terminal bas Bursa mengambil masa 1 jam 10 minit..Alhamdulillah, selamat sampai di Bursa..
 
bas dari airport
 
Masuk ke dalam bangunan terminal bas, nak cari breakfast dulu.
Laparr..
 
beli doner kebab di kedai ni...gemuk² daging kebab
 
Pertama kali makan doner kebab di Turkiye..hihi.
harga 80TL..besar kebabnya..
 
suasana dalam terminal bas express Bursa
 
Jom keluar, kita nak gi city centre
 
Terminal bas express Bursa
 
Melintas jalan depan ni, pergi ke arah stesen bas, untuk beli Bursa kad
untuk naik pengangkutan awam 
 
beli Bursa kad di sana, disebelah stesen bas
 
Kali ni kami beli satu kad saja, kongsi 3 orang, sebab tak lama di Bursa
harga kad kosong 50TL, top up 100TL
 
Untuk ke city centre, kami naik tram T2 ke stesen terakhir, Kent Meydani
 
 
stesen tram depan terminal bas
 
dalam tram ke Kent Meydani
 
Sampai di stesen terakhir, stesen Kent Meydani. Jalan kaki menuju ke hotel.
 
ada Restoran Santan diseberang jalan
 
Untuk 2 malam di Bursa, kami booked Hotel Kardes. Total rate RM525 with breakfast. Anak saudara duduk di budget hotel - Firat Otel. Total rate RM224 tanpa sarapan. Dekat-dekat je hotelnya..
 
Kardes Hotel..disebelah stesen tram Osmangazi
dibelakang ada stesen metro Osmangazi 
 
Dah freshen up dan selesai solat jamak, keluar untuk aktiviti pertama di Bursa iaitu ziarah makam (turbesi) pengasas Empayar Uthmaniyah, Osman Gazi dan anaknya Orhan Gazi.  
 
Sementara tunggu anak saudara turun, jalan-jalan di kawasan sekitar
 
suasana depan Firat Otel
 
ada dua kedai Arab jual nasi mandy disini
 
ada kedai runcit juga

 Untuk ke makam Osman Gazi, ambik tram T1 ke stesen Timurtaspasa. Mudah sebab stesen tram sebelah hotel je. Naik tram di Bursa, masuk ikut pintu depan atau belakang sebab ada alat untuk tap kad. Turun ikut pintu tengah.
Tambang tram 9.90TL per entry.

stesen tram Osmangazi
 
stesen Timurtaspasa

 Turun di stesen Timurtaspasa, naik eskalator dibelakang dan berjalan ke arah  turbesi (makam). Sedikit mendaki di sini.

Pintu masuk ke kawasan turbesi (makam)
 
termasuk dalam list Unesco
 
Gazi ialah gelaran yang diberikan kepada sultan-sultan Empayar Uthmaniyah yang juga panglima tentera, yang pergi berperang. Tak semua sultan-sultan Empayar Uthmaniyah yang berperanan sebagai panglima tentera.
 
Mula-mula kita ke makam Orhan Gazi
 
makam Orhan Gazi
 
Kemudian ke makam Osman Gazi. Yang ni special sikit sebab ada dua guard jaga depan pintu masuk bangunan
 
Guard berpakaian seperti pengawal di zaman Uthmaniyah
ditepinya bendera-bendera zaman Uthmaniyah
ada nampak guard ni cium² bendera tu..huhu..
 
jata negara Empayar Uthmaniyah
 
entah kenapa tetiba rasa sebak...dapat melawat makam orang hebat yang mengasas empayar Islam yang hebat..di kota yang ditaklukinya dari Byzantine pada tahun 1326..
 
cuma mampu sedekahkan doa dan Al-fatihah
 
ada yang membaca Al-Quran
 
 Dah selesai sesi ziarah, bergerak ke taman depan bangunan makam.
Nama taman ni Tophane Park. Tophane ialah 'meriam' dalam bahasa Turkiye.
 
 
 tempat photoshoot
 
Tophane Saat Kulesi (Menara Jam Tophane)
 
Tophane Park ni tempat yang sesuai untuk melihat pemandangan bandar Bursa
sebab berada di tempat tinggi
 
Yesil Bursa (Green Bursa)

 Sementara tunggu upacara 'change of guard' di makam Osman Gazi, jalan-jalan di kawasan sekitar, yang ada rumah-lama fesyen lama

senibina zaman Uthmaniyah
 
Menghampiri pukul 4.00 petang, bergerak semula ke makam Osman Gazi. Pelancong² dah mula berkumpul untuk menyaksikan upacara 'change of guards'. Menurut maklumat, upacara ni diadakan setiap 2 jam.
 
 Pengawal yang baru bergerak dari pintu masuk
 
hensem..haha..
 
guard yang lama bergerak balik

yang baru mula bertugas
 
end of duty
 

Selesai upacara 'change of guards', kami pun bergerak keluar, menuruni bukit melalui kawasan Hisar iaitu sebahagian daripada Bursa Castle.

Sultanate Gate of the Hisar
 
Bergerak turun, menuju ke carsisi (covered market) yang banyak dan bersambung-sambung di seberang jalan. 
 
masuk ikut Bakircilar Kapali Carsi
 
dalam Bakircilar Carsi
 
Dah keluar, masuk pula kapali carsi yang ni

Suasana diluar carsisi

dalam covered market
 
Dalam carsisi ni, dalam ramai² orang, ternampak Imam Muda Asyraf. Tapi tak sempat nak tegur. Meneruskan perjalanan menuju ke Koza Han.

Friday, 10 November 2023

Jualan tengahari di Putrajaya

Assalamualaikum...

Hari Rabu baru ni teman ada kerja di Kompleks Islam Putrajaya, Presint 3, dekat dengan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin @ Masjid Besi..

Dah habis kerja, makan di foodcourt di Blok B. On the way ke tempat parking, lalu di bangunan Bahagian Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri...ada jualan rupanya di sini..

Kali ketiga terserempak dengan jualan macam ni di Putrajaya..dulu di Kementerian Belia & Sukan dan Kementerian Dalam Negeri...depa cakap jualan ni rotate di pejabat-pejabat kerajaan di Putrajaya..setiap hari depa berjualan di lain-lain tempat...ada jadual mingguan..

cantik bangunannya
 
berkerawang..
 
 
berniaga di koridor bangunan
 
beli yang ni - kebab kambing harga RM10
manis intinya

ada jual sayur-sayuran juga
 
cup cakes & kerepek pisang
 
terliuq tengok...nasib dah makan nasi..
 
ada donut susu
 
gerai nasi campur yang ramai orang
 
nasi besen namanya..semua lauk dibubuh dalam besen

beli mango cheese cake...sedap..

Beli air melon di gerai Watani, hasil tanaman di tanah wakaf di Presint 20, Putrajaya. Ada juga dijual air jagung, buah jagung dan buah melon. Rupanya ada program Bertani dan Riadah (TADAH) anjuran Yayasan Waqaf Malaysia di sini. Satu usaha yang bagus..

Thursday, 9 November 2023

Turkiye 2023 : Meriah!! Industri Seramik di Avanos

Merhaba....aktiviti kami di Cappadocia ialah melawat pekan kecil Avanos. Pekan yang terkenal dengan pembuatan pasu seramik (testi/pottery). Menurut sejarah, industri seramik di sini bermula sejak zaman Hittite lagi. Hittite tu zaman 2nd millineum BC..lama nya..

Bas awam yang kami naiki dari Goreme berhenti betul-betul dekat landmark pekan Avanos ni..drebar bas cakap apa ntah dalam bahasa Turki, kami pun turun disini..

 
 landmark gambar orang buat pasu
 
landmark ni depan kedai pasu seramik Chez Ferhat dan Sirkupu
 

Owner kedai Sirkupu tegur kami dan explain tentang Avanos. Dia beritahu yang popular di Avanos ialah industri pasu dan carpet. Dia bawa kami masuk melihat kedai dia..wahh, tertarik tengok pasu-pasu berwarna-warni..
 
owner kedai Sirkupu
 
Dia beritahu anak dia jaga kedai/bengkel lokasi tak jauh dari sini, kedai lagi besar, lagi banyak pasu-pasu yang menarik..dia ajak kami ke kedai anak dia..
 
kedai Sirkupu yang ditepi jalan besar
 
satu lagi kedai Sirkupu, yang ni dijaga oleh anak dia
tak jauh dari kedai yang ditepi jalan
 
Baik anak dia ni, bagi minum teh Turki. Teh tu sangat panas, dia kata takpe, bawa je sambil tengok-tengok koleksi pasu..sambil tu dia bagi penerangan..
 
Dia bawa kami melawat hampir semua bahagian dalam kedai dia. Tunjuk koleksi pasu-pasu yang exclusive, yang mahal giler..walaupun dia tahu yang kami takkan beli punya..terbaik servis macam ni..
 
pasu berfungsi sebagai speaker
 
Jom tengok pasu-pasu yang ada kat kedai Sirkupu
 
ni yang mula-mula, biasa-biasa aja
 
rambang mata wehh...colourful...
 
ada koleksi glow in the dark
 
koleksi eksklusif

 kami beli yang mur-mur je, mug Kapadokya 200TL dan mangkuk bercorak 100TL
 
Last but not least, pertunjukan buat pasu oleh pakar guna kaedah tradisional
 
pusing alat guna kaki
 
menonton secara live
 
 cubaan oleh seorang amatur dari Malaysia, nak buat pasu di Avanos
 
guna mesin auto
   
wah..berjaya..hehe..
walaupun banyak dibantu oleh pakar

 Sekian, lawatan ke kedai pasu Sirkupu. Disekeliling ada banyak kedai-kedai pasu seramik yang lain...tak larat nak masuk semua...
 
Hair Museum Chez Galip
femes muzium ni..tapi kami tak masuk..
 
kedai-kedai pasu seramik yang lain
 
berjalan menyusuri jalan besar menuju ke pintu gerbang old town
 
pintu gerbang ke old town
 
Ronda-ronda sekejap old town...sama juga ada kedai-kedai seramik..
 
lihat-lihat sahaja
 
Jalan ke utara pula, ke arah Sungai Kizilirmak (Red River), sungai yang menghasil tanah liat berwarna merah yang digunakan untuk buat pasu di Avanos
Ada dua jambatan merentasi sungai ni
 
view dari jambatan kedua, kelihatan jambatan pertama di hujung sana
jambatan kedua ni cuma untuk pejalan kaki sahaja
 
tenang-tenang itik berenang
tapi nampak kaki ligat dalam air

 
Berjalan lagi ke arah town centre
 
menara jam di town centre
 
lagi kedai pasu seramik
 
berjalan melintasi jambatan pertama pula 
jambatan ni untuk kenderaan dan juga pejalan kaki
 
view dari jambatan pertama
 
jauh juga kami berjalan, ronda-ronda pekan Avanos...
tunggu bas depan sekolah rendah yang entah belah mana

Sekian, kisah kami di Cappadocia. 
Esok dah nak fly ke Sabiha Gokcen Airport enroute to Bursa..