Friday 10 November 2023

Jualan tengahari di Putrajaya

Assalamualaikum...

Hari Rabu baru ni teman ada kerja di Kompleks Islam Putrajaya, Presint 3, dekat dengan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin @ Masjid Besi..

Dah habis kerja, makan di foodcourt di Blok B. On the way ke tempat parking, lalu di bangunan Bahagian Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri...ada jualan rupanya di sini..

Kali ketiga terserempak dengan jualan macam ni di Putrajaya..dulu di Kementerian Belia & Sukan dan Kementerian Dalam Negeri...depa cakap jualan ni rotate di pejabat-pejabat kerajaan di Putrajaya..setiap hari depa berjualan di lain-lain tempat...ada jadual mingguan..

cantik bangunannya
 
berkerawang..
 
 
berniaga di koridor bangunan
 
beli yang ni - kebab kambing harga RM10
manis intinya

ada jual sayur-sayuran juga
 
cup cakes & kerepek pisang
 
terliuq tengok...nasib dah makan nasi..
 
ada donut susu
 
gerai nasi campur yang ramai orang
 
nasi besen namanya..semua lauk dibubuh dalam besen

beli mango cheese cake...sedap..

Beli air melon di gerai Watani, hasil tanaman di tanah wakaf di Presint 20, Putrajaya. Ada juga dijual air jagung, buah jagung dan buah melon. Rupanya ada program Bertani dan Riadah (TADAH) anjuran Yayasan Waqaf Malaysia di sini. Satu usaha yang bagus..

18 comments:

  1. bestnya dpt mencuci mata dan membeli-belah...

    ReplyDelete
  2. Bestnya. Senang orang2 kerja kat situ cari makanan bila ada jualan booth dekat situ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mudah mcm ni...bwh office je orang berjualan..

      Delete
  3. Sya yang duduk dekat dengan Putrajaya pun belum sampai kat sini lagi..bestnyaaa macam-macam adaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo...ya, boleh gi lepas ni..kata penjual tu depa rotate antara kementerian..

      Delete
  4. Replies
    1. ya, betul...yg x sempat beli sayur, boleh beli di sini jg..

      Delete
  5. Seronoknya, jalan-jalan jumpa makanan, boleh beli.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..beli siap2 utk tea time & dinner..

      Delete
  6. Senangnya, orang kerja situ nak beli makanan. Macam-macam ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kedai makan jauh..kekdg boring jg makan tempat yg sama..ada jualan mcm ni baru meriah..

      Delete
  7. slalu govt mmg akan ada jualan tiap hari Jumaat.. kadang under diorg punya Puspanita.. arghh rindu zaman2 jualan mcm ni kat opis kita..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg ni depa beritau rotate kt bangunan lain2 setiap hari...betul, ada puspanita buat jualan dkt kementerian mereka...dkt sini, bangunan FGV selalu buat jualan mcm ni...kita tumpang beli..hihi..

      Delete
  8. kalau nak bungkus satu besen boleh? hehhehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh kot...sekali dgn harga besen...hehe..

      Delete
  9. Lauk pauk beraneka ragam...bulir nasibterlihat panjang...jadi ngiler liat kebab daging kambing

    ReplyDelete
  10. meriah nya jualan makanan di putrajaya :D

    ReplyDelete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!