Merhaba....aktiviti kami di Cappadocia ialah melawat pekan kecil Avanos. Pekan yang terkenal dengan pembuatan pasu seramik (testi/pottery). Menurut sejarah, industri seramik di sini bermula sejak zaman Hittite lagi. Hittite tu zaman 2nd millineum BC..lama nya..
Bas awam yang kami naiki dari Goreme berhenti betul-betul dekat landmark pekan Avanos ni..drebar bas cakap apa ntah dalam bahasa Turki, kami pun turun disini..
landmark gambar orang buat pasu
landmark ni depan kedai pasu seramik Chez Ferhat dan Sirkupu
Owner kedai Sirkupu tegur kami dan explain tentang Avanos. Dia beritahu yang popular di Avanos ialah industri pasu dan carpet. Dia bawa kami masuk melihat kedai dia..wahh, tertarik tengok pasu-pasu berwarna-warni..
Dia beritahu anak dia jaga kedai/bengkel lokasi tak jauh dari sini, kedai lagi besar, lagi banyak pasu-pasu yang menarik..dia ajak kami ke kedai anak dia..
tak jauh dari kedai yang ditepi jalan
Baik anak dia ni, bagi minum teh Turki. Teh tu sangat panas, dia kata takpe, bawa je sambil tengok-tengok koleksi pasu..sambil tu dia bagi penerangan..
Dia bawa kami melawat hampir semua bahagian dalam kedai dia. Tunjuk koleksi pasu-pasu yang exclusive, yang mahal giler..walaupun dia tahu yang kami takkan beli punya..terbaik servis macam ni..
Jom tengok pasu-pasu yang ada kat kedai Sirkupu
Last but not least, pertunjukan buat pasu oleh pakar guna kaedah tradisional
cubaan oleh seorang amatur dari Malaysia, nak buat pasu di Avanos
walaupun banyak dibantu oleh pakar
Sekian, lawatan ke kedai pasu Sirkupu. Disekeliling ada banyak kedai-kedai pasu seramik yang lain...tak larat nak masuk semua...
Sekian, lawatan ke kedai pasu Sirkupu. Disekeliling ada banyak kedai-kedai pasu seramik yang lain...tak larat nak masuk semua...
femes muzium ni..tapi kami tak masuk..
kedai-kedai pasu seramik yang lain
berjalan menyusuri jalan besar menuju ke pintu gerbang old town
Ronda-ronda sekejap old town...sama juga ada kedai-kedai seramik..
Jalan ke utara pula, ke arah Sungai Kizilirmak (Red River), sungai yang menghasil tanah liat berwarna merah yang digunakan untuk buat pasu di Avanos
Ada dua jambatan merentasi sungai ni
jambatan kedua ni cuma untuk pejalan kaki sahaja
tapi nampak kaki ligat dalam air
Berjalan lagi ke arah town centre
berjalan melintasi jambatan pertama pula
jambatan ni untuk kenderaan dan juga pejalan kaki
jauh juga kami berjalan, ronda-ronda pekan Avanos...
tunggu bas depan sekolah rendah yang entah belah mana
Sekian, kisah kami di Cappadocia.
Esok dah nak fly ke Sabiha Gokcen Airport enroute to Bursa..
Cantik- cantik seramiknya..confirm mahal kan..kadang pi urmah boses, diorang ada je seramik dari Cappadocia ni...cantik sangat...nasib kita x kaya..kalau kalau confirm terjebak beli gak
ReplyDeleteada yang mahal, ada yg oklah, still mampu milik..tapi seramik Cappadocia ni mmg cantik...geram tengok..
Deletecantik betul. Tak tahu pula ada yang jenis glow in the dark :0
ReplyDeletepertama kali tengok pasu jenis glow in the dark..kita jamu mata jelah..beli mug & mangkuk kecik je..buat kenangan..
DeleteWah best gi Turkiye DIY.. boleh pilih tempat yg kita suka saja.. ikut pakej terpaksa hadap semua..
ReplyDeletelebih relax kalau DIY...betul, boleh pilih tempat yg nak gi...
DeleteCantik-cantik hasilnya.
ReplyDeleteSaya mampu tengok saja.
ada yg mampu milik...mangkuk2 bercorak harga 100TL..
Deleteview jembatan dengan bebek bebek berenang..oh indahnya...sungai tampak jernih....dan pasu pasu bercorak itu cantik luar biasa..trip yang menyenangkan pastinya
ReplyDeletesungainya jernih..nampak kaki bebek dalam air...trip yg relax melihat-lihat pasu yang cantik...
DeleteBetul juga ye. Kalau beli pasu besar, camana nak bawa balik. Takut pecah, masa dalam kargo. Tapi cantik, ye, especially yang banyak warna tu.
ReplyDeleteharga ribu-ribu, x terbeli teman...hehe...betul, susah nak bawa, melainkan courier terus ke M'sia...cantik2 esp yg koleksi ekslusif tu...
Delete