dalam bas ke Bursa
Perjalanan dari Sabiha Gokcen Airport ke terminal bas Bursa mengambil masa 1 jam 10 minit..Alhamdulillah, selamat sampai di Bursa..
Masuk ke dalam bangunan terminal bas, nak cari breakfast dulu.
Laparr..
beli doner kebab di kedai ni...gemuk² daging kebab
Pertama kali makan doner kebab di Turkiye..hihi. harga 80TL..besar kebabnya..
suasana dalam terminal bas express Bursa
Jom keluar, kita nak gi city centre
Terminal bas express Bursa
Melintas jalan depan ni, pergi ke arah stesen bas, untuk beli Bursa kad
untuk naik pengangkutan awam
beli Bursa kad di sana, disebelah stesen bas
Kali ni kami beli satu kad saja, kongsi 3 orang, sebab tak lama di Bursa
harga kad kosong 50TL, top up 100TL
Untuk ke city centre, kami naik tram T2 ke stesen terakhir, Kent Meydani
stesen tram depan terminal bas
dalam tram ke Kent Meydani
Sampai di stesen terakhir, stesen Kent Meydani. Jalan kaki menuju ke hotel.
ada Restoran Santan diseberang jalan
Untuk 2 malam di Bursa, kami booked Hotel Kardes. Total rate RM525 with breakfast. Anak saudara duduk di budget hotel - Firat Otel. Total rate RM224 tanpa sarapan. Dekat-dekat je hotelnya..
Kardes Hotel..disebelah stesen tram Osmangazi dibelakang ada stesen metro Osmangazi
Dah freshen up dan selesai solat jamak, keluar untuk aktiviti pertama di Bursa iaitu ziarah makam (turbesi) pengasas Empayar Uthmaniyah, Osman Gazi dan anaknya Orhan Gazi.
Sementara tunggu anak saudara turun, jalan-jalan di kawasan sekitar
ada dua kedai Arab jual nasi mandy disini
ada kedai runcit juga
Untuk ke makam Osman Gazi, ambik tram T1 ke stesen Timurtaspasa. Mudah sebab stesen tram sebelah hotel je. Naik tram di Bursa, masuk ikut pintu depan atau belakang sebab ada alat untuk tap kad. Turun ikut pintu tengah. Tambang tram 9.90TL per entry.
Turun di stesen Timurtaspasa, naik eskalator dibelakang dan berjalan ke arah turbesi (makam). Sedikit mendaki di sini.
Pintu masuk ke kawasan turbesi (makam)
termasuk dalam list Unesco
Gazi ialah gelaran yang diberikan kepada sultan-sultan Empayar Uthmaniyah yang juga panglima tentera, yang pergi berperang. Tak semua sultan-sultan Empayar Uthmaniyah yang berperanan sebagai panglima tentera.
Mula-mula kita ke makam Orhan Gazi
Kemudian ke makam Osman Gazi. Yang ni special sikit sebab ada dua guard jaga depan pintu masuk bangunan
Guard berpakaian seperti pengawal di zaman Uthmaniyah
ditepinya bendera-bendera zaman Uthmaniyah
ada nampak guard ni cium² bendera tu..huhu..
jata negara Empayar Uthmaniyah
entah kenapa tetiba rasa sebak...dapat melawat makam orang hebat yang mengasas empayar Islam yang hebat..di kota yang ditaklukinya dari Byzantine pada tahun 1326..
cuma mampu sedekahkan doa dan Al-fatihah
ada yang membaca Al-Quran
Dah selesai sesi ziarah, bergerak ke taman depan bangunan makam.
Nama taman ni Tophane Park. Tophane ialah 'meriam' dalam bahasa Turkiye.
tempat photoshoot
Tophane Saat Kulesi (Menara Jam Tophane)
Tophane Park ni tempat yang sesuai untuk melihat pemandangan bandar Bursa
sebab berada di tempat tinggi
Yesil Bursa (Green Bursa)
Wah DIY je eh ke Turki???
ReplyDeletesbb malas nak ikut tour...terpaksa gigih study...hahaha..
Deletesejarah Uthmaniah gemilang dgn sultan perkasa hebat...wah jumpa imam muda Asyraf khabarnya sdg sambung pengajian master/phd di sana
ReplyDeleteempayar yg hebat tapi dihujung-hujung dpt sultan yg hmmphh....ya, betul. sambung belajar di Turki..
DeleteSeronok jalan-jalan Turkiye.
ReplyDeleteAda rezeki rasanya hendak datang sini lagi.
best jalan-jalan Turkiye...InsyaaAllah, semoga tercapai hasrat dihati..
Deletekalau uncle tak habis makan kebab gemuk macam tu!
ReplyDeletemakan 2x..besar portion dia..
DeleteOoo naik bas je ye ke Bursa ni.
ReplyDeletenak merasa naik bas express di Turki...hehe...bas dari airport..
DeleteAlhamdulilah perjalanan lancar dan menyenangkan ya kak...mbul tergiur dengan kebab jumbonya...pasti slice daging di dalamnya lezat...cantik pula suasana kota dan menara yang tinggi...indah negara sana ternyata ya
ReplyDeleteAlhamdulillah, perjalanan dipermudahkan Allah...enak kebabnya...nampak indah tersusun bandarnya..
DeleteBagusnya masih dikekalkan bangunan dari peninggalan othmaniyah. Oh okay Osman Gazi dimakankan di Bursa. Alhamdulillah nampak dipermudahkan segala urusan di sana . tempat pun tenang can cantik serta bersih :D
ReplyDeleteAlhamdulillah...setakat ni, perjalanan lancar...ada beberapa tempat masih dikekalkan rumah2 kayu zmn Othmaniyah....
DeleteMemang Cik Nohas teliti ambil bas atau turun di perhentian mana untuk tren. Terperinci.
ReplyDeleteya, betul...sbb tak nak sesat..memanfaatkan masa yg sikit tapi nak tengok byk benda..hihi..
Delete