Thursday, 16 November 2023

Turkiye 2023 | Gazi Orhan Bey Camii dan Jalan² di Pazari

Sambung kisah di hari pertama di Bursa...

Selepas makan iskender kebab di kedai biru Mavi Dukkan, berpatah balik ke arah Koza Han. Hasrat di hati nak ziarah Masjid Gazi Orhan Bey. 

kedai-kedai
 
Ada bangunan lama yang cantik, old town hall..
 

Lokasi Masjid Gazi Orhan Bey depan old town hall
 
Gazi Orhan Bey Camii dibina dalam tahun 1339 oleh Orhan Gazi
 anak pengasas Empayar Uthmaniyah
 
sejarah Masjid Gazi Orhan Bey
 
kukuh betul binaannya
 
 

 tempat wuduk yang cantik
 
Habis dah lawatan ke tempat bersejarah di kawasan pazari (pasar), 
kita lepak santai sambil di Orhanbey Meydani, lihat aktiviti orang tempatan 

ramai yang bersantai-santai bersama keluarga
 
Hari pun dah hampir gelap, bergerak menuju ke stesen tram Heykel di Atartuk Caddesi.. ikut lorong-lorong pasar/kedai..
 
Yeayy..terjumpa seorang peniaga jual Osmanli Macunu, soft toffee candy zaman Empayar Uthmaniyah...teruja teman..sesuatu yang tak disangka..
 
 
Beli satu, nak rasa

sedap..manis tapi ada rasa masam2 perahan lemon
 
berjalan lagi, kena mendaki, menuju ke jalan besar, nampak kedai ni pula,
macam menarik, jom singgah
 
Peynici Baba
 
roti-roti
 
Masuk ke dalam kedai..MasyaAllah, banyaknya keju..
 
berketui-ketui keju

 Dah sampai area hotel, singgah di kedai Arab, nak beli nasi mandy
riuh-rendah dalam kedai, ramai benor pelanggan 
dahlah, mereka tak pandai cakap English...tibai je order..
nak ayam masywi (bakar), depa x jual dgn nasi mandy

Al-fursan nama kedainya

nasi mandy dengan ayam doner kebab
sedap giler...nasi mandy paling sedap..
harga 60TL (RM11)..puas hati, banyak pula tu

Sekian, kisah di hari pertama di Bursa..

Wednesday, 15 November 2023

Turkiye 2023 | Iskender Kebab

Merhaba..sambung kembali kisah jalan-jalan di kota Bursa...

Keluar daripada Ulu Camii, jalan-jalan cari makan pula. Bila ada di Bursa, haruslah mencuba Iskender Kebab - 'signature dish' Bursa. Kebab yang dicipta oleh Chef Iskender Efendi pada tahun 1867.

Nama Iskender Kebab ni dah dipatenkan dan jadi trademark keluarga İskenderoğlu. So, kedai lain tak boleh guna nama ni. Ada beberapa kedai di Bursa yang guna nama Iskender Kebab. Semua claim kebab mereka ialah yang original. Resipi keluarga turun-temurun dari atok/moyang mereka Iskender Efendi.

Jom kita cuba, sedap ke idok Iskender Kebab ni. Pernah makan di restoran Turki di Taman Tun, lama dulu, tahun 2015, rasa macam kureng sikit. Boleh baca entry Turki dan Naelofar. Ok, sekarang kita cuba yang ori pula, di tempat kelahirannya.

Dari Ulu Camii, berjalan menyusuri jalan Atartuk Caddesi ke kedai Kebapci Iskender Mavi Dukkan (kedai biru).

 

inilah kedainya
 
ada 2 lagi cawangan di Bursa & satu di Istanbul
 
Ramai pelanggan, kedai dia kecik je. duduk dulu tunggu giliran. Waiter datang ambik order. Kami order 2 pinggan untuk 1 portion. Walaupun 3 orang makan, tapi sebagai langkah berjaga-jaga, kita order 2 pinggan je, takut tak memenuhi selera. 
 
Saiz kebab ni ada 3 yang depa panggil 1 portion, 1.5 portion dan 2 portion.

saiz untuk 1 portion
dibahagian bawah ada roti, daging lembu, yogurt,
 grilled tomato & cili hijau, ada sos tomato juga
 
tapi jangan makan dulu, tungguuuu.... 
 
tunggu waiter tuang 'warm butter' ni..
tradisi yang masih dikekalkan  - ada waiter yang akan tuang butter cair
 
Jom santap, bismillah...sedapp komer..paduu..gabungan butter, yogurt, daging yang lembut berperisa dan roti yang tak lembik..terbaik gabungan semua rasa..

Disebabkan rasanya yang sedap, esoknya kami makan lagi Iskender Kebab, tapi di kedai yang lain. Makan di Kebapci Iskender Ahsap Dukkan (kedai kayu). Jauh juga dari Mavi Dukkan, tapi bolehlah berjalan kaki. Lokasi Ahsap Dukkan di bahagian dalam, tak nampak dari jalan besar...

Kebapci Iskender Ahsap Dukkan
 
Disebabkan hari ni hari Sabtu, hari cuti, maka ramailah pelanggannya. Kami pun join sekali, masuk barisan.. 
 
tukang masak sedang beraksi
 
kawasan sekitar
 
dah semakin hampir
 
 sementara tunggu dipanggil, snap-snap interior kedai
 

pengasas Iskender Efendi dengan 2 orang anaknya
 
Alhamdulillah, dah dapat meja. Restoran ni cuma jual Iskender Kebab je, so pelangggan pun takde lah duduk lama-lama, habis makan, choww..
 
sejarah Iskender Kebab
 
 Kali ni kami order sorang satu, saiz 1 portion
 
rupa paras sama je
 
semua dah ada kuah butter cair
Jom mamam...bismillah..
 
Tetiba..aku pandang kau, kau pandang aku..kita berfikiran yang sama. kenapa kureng sedap? kenapa rasa tak sama macam semalam punye? Rasa tak balance, terlebih masin pula..kurang rasa..
 
Pandang keliling..orang-orang local makan begitu berselera, habis licin pinggan, yang kami gagahlah makan sesuap dua...last2 bungkus, bawa balik...

Harga sama je dua-dua kedai ni, untuk 1 portion, harga 325TL, lebih kurang RM60.

Begitulah kisah mencuba Iskender Kebab, walaupun resipi turun-temurun, tetap ada kelainannya. Dapat maklumat yang kedai pertama Iskender Kebab (yang dibuka oleh pengasasnya Iskender Efendi), terletak tak jauh dari kedai Ahsap Dukkan..bolehlah cuba next time...hehe..ontah bilo..

Monday, 13 November 2023

Turkiye 2023 | Koza Han & Ulu Camii (Grand Mosque)

Merhaba..

Masih lagi di hari pertama di Bursa...sambung jalan-jalan di carsisi (covered market) menuju ke Koza Han. 

entrance to Koza Han from the covered market

Koza Han ialah pusat dagangan sutera (silk market) dibina oleh Sultan Beyazid II pada tahun 1490 untuk menjana income bagi membiayai masjid-masjid di Istanbul.

courtyard - yang menempatkan cafe dan open eating area
 
Koza Han ialah bangunan dua tingkat berbentuk segi empat menempatkan 95 kedai. Di bahagian tengah ialah courtyard, ada masjid kecil dan pancuran air (water fountain).
 
masjid dan water fountain
 
menarik sungguh view disini..ramai orang² local duduk minum petang 
 
Koza Han
 
kami pun join sama, duduk minum teh
 
lepaking
 
Ada yang menjual roti simit
 
 
 
Jom naik tingkat atas, ronda-ronda, window shopping. Diatas ni banyak kedai jual barang daripada sutera seperti tudung, muffler, baju, alas meja, langsir..cantik²..
 
tingkat satu
 
Pemandangan dari atas
 
meriahhh
 
berjalan keluar ikut pintu utama
 
pintu utama dari jalan besar
 
bangunan Koza Han
 
Seterusnya, ziarah Ulu Camii (Grand Mosque) of Bursa..disebelah Koza Han..
 
sejarah Ulu Camii

Masjid ni dibina oleh Yildirim Beyazid selepas menang di Nagbolu (tahun 1396 - 1399). Masjid ni mempunyai 20 domes dan 2 minaret.
 
masuk ikut pintu tepi
 
Terpukau, terpesona, tengok interior masjid ni..cantikk..penuh dengan kaligrafi..
 
Ada 192 kaligrafi
 
cantik kolah wuduk & water fountain
 
tak puas tengok kaligrafi dalam masjid ni
 
bangunan masjid
 
pintu utama
 
cesmesi (pili air minum) ditepi masjid
 
pintu masuk ke Emir Han - caravanserai
untuk pedagang² zaman Empayar Uthmaniyah
bangunan sama mcm Koza Han

 
Koza Han dan Ulu Camii..dua tempat bersejarah mesti dilawati di Bursa..
 
Till then, stay tuned..