Wednesday 15 November 2023

Turkiye 2023 | Iskender Kebab

Merhaba..sambung kembali kisah jalan-jalan di kota Bursa...

Keluar daripada Ulu Camii, jalan-jalan cari makan pula. Bila ada di Bursa, haruslah mencuba Iskender Kebab - 'signature dish' Bursa. Kebab yang dicipta oleh Chef Iskender Efendi pada tahun 1867.

Nama Iskender Kebab ni dah dipatenkan dan jadi trademark keluarga İskenderoğlu. So, kedai lain tak boleh guna nama ni. Ada beberapa kedai di Bursa yang guna nama Iskender Kebab. Semua claim kebab mereka ialah yang original. Resipi keluarga turun-temurun dari atok/moyang mereka Iskender Efendi.

Jom kita cuba, sedap ke idok Iskender Kebab ni. Pernah makan di restoran Turki di Taman Tun, lama dulu, tahun 2015, rasa macam kureng sikit. Boleh baca entry Turki dan Naelofar. Ok, sekarang kita cuba yang ori pula, di tempat kelahirannya.

Dari Ulu Camii, berjalan menyusuri jalan Atartuk Caddesi ke kedai Kebapci Iskender Mavi Dukkan (kedai biru).

 

inilah kedainya
 
ada 2 lagi cawangan di Bursa & satu di Istanbul
 
Ramai pelanggan, kedai dia kecik je. duduk dulu tunggu giliran. Waiter datang ambik order. Kami order 2 pinggan untuk 1 portion. Walaupun 3 orang makan, tapi sebagai langkah berjaga-jaga, kita order 2 pinggan je, takut tak memenuhi selera. 
 
Saiz kebab ni ada 3 yang depa panggil 1 portion, 1.5 portion dan 2 portion.

saiz untuk 1 portion
dibahagian bawah ada roti, daging lembu, yogurt,
 grilled tomato & cili hijau, ada sos tomato juga
 
tapi jangan makan dulu, tungguuuu.... 
 
tunggu waiter tuang 'warm butter' ni..
tradisi yang masih dikekalkan  - ada waiter yang akan tuang butter cair
 
Jom santap, bismillah...sedapp komer..paduu..gabungan butter, yogurt, daging yang lembut berperisa dan roti yang tak lembik..terbaik gabungan semua rasa..

Disebabkan rasanya yang sedap, esoknya kami makan lagi Iskender Kebab, tapi di kedai yang lain. Makan di Kebapci Iskender Ahsap Dukkan (kedai kayu). Jauh juga dari Mavi Dukkan, tapi bolehlah berjalan kaki. Lokasi Ahsap Dukkan di bahagian dalam, tak nampak dari jalan besar...

Kebapci Iskender Ahsap Dukkan
 
Disebabkan hari ni hari Sabtu, hari cuti, maka ramailah pelanggannya. Kami pun join sekali, masuk barisan.. 
 
tukang masak sedang beraksi
 
kawasan sekitar
 
dah semakin hampir
 
 sementara tunggu dipanggil, snap-snap interior kedai
 

pengasas Iskender Efendi dengan 2 orang anaknya
 
Alhamdulillah, dah dapat meja. Restoran ni cuma jual Iskender Kebab je, so pelangggan pun takde lah duduk lama-lama, habis makan, choww..
 
sejarah Iskender Kebab
 
 Kali ni kami order sorang satu, saiz 1 portion
 
rupa paras sama je
 
semua dah ada kuah butter cair
Jom mamam...bismillah..
 
Tetiba..aku pandang kau, kau pandang aku..kita berfikiran yang sama. kenapa kureng sedap? kenapa rasa tak sama macam semalam punye? Rasa tak balance, terlebih masin pula..kurang rasa..
 
Pandang keliling..orang-orang local makan begitu berselera, habis licin pinggan, yang kami gagahlah makan sesuap dua...last2 bungkus, bawa balik...

Harga sama je dua-dua kedai ni, untuk 1 portion, harga 325TL, lebih kurang RM60.

Begitulah kisah mencuba Iskender Kebab, walaupun resipi turun-temurun, tetap ada kelainannya. Dapat maklumat yang kedai pertama Iskender Kebab (yang dibuka oleh pengasasnya Iskender Efendi), terletak tak jauh dari kedai Ahsap Dukkan..bolehlah cuba next time...hehe..ontah bilo..

12 comments:

  1. Lain padang lain belalang, walaupun menu sama tapi rasa tak berapa nak sama ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul, perisa daging & butter cair mungkin berbeza..

      Delete
  2. Kedai sama, tapi chef lain2 gitu agaknya ye. Kalau kat Istanbul pulak kat mana kedai kebab yg best?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kedai lain-lain tapi resipi yg sama dari pengasasnya..kat Istanbul, ada beli kebab ikan di Nevizade di Beyoglu, sedap jg..

      Delete
  3. Replies
    1. betul...setiap kedai ada penambahbaikan yg lain..

      Delete
  4. kebab di tuang butter cair tu mmg idaman kalau ke turkey nanti hahaha :D

    ReplyDelete
  5. Apsal pergi cuba kedai lain? Haha dahlah minta 1 porsi masing-masing. Hehe banyak daging diberi. Puas makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab mereka ni famili pengasas iskender kebab , ingatkan sama resipi, rupanya tak sama rasa...hehe...itulah, terpaksa tapau..makan pelan2 kt hotel...hahaha..

      Delete
  6. Wow, special kebab dia, ada tuang butter cair. Camana nak makan tu, sebab roti bawah, tapi toppingnya banyak. Nak gulung pun macam susah, mesti comot. Hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena potong roti & buh daging + yogurt..nak bg pedas sikit, buh grilled chili...yg bestnya roti dia tak kembang...tak rasa muak..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!