Thursday 16 November 2023

Turkiye 2023 | Gazi Orhan Bey Camii dan Jalan² di Pazari

Sambung kisah di hari pertama di Bursa...

Selepas makan iskender kebab di kedai biru Mavi Dukkan, berpatah balik ke arah Koza Han. Hasrat di hati nak ziarah Masjid Gazi Orhan Bey. 

kedai-kedai
 
Ada bangunan lama yang cantik, old town hall..
 

Lokasi Masjid Gazi Orhan Bey depan old town hall
 
Gazi Orhan Bey Camii dibina dalam tahun 1339 oleh Orhan Gazi
 anak pengasas Empayar Uthmaniyah
 
sejarah Masjid Gazi Orhan Bey
 
kukuh betul binaannya
 
 

 tempat wuduk yang cantik
 
Habis dah lawatan ke tempat bersejarah di kawasan pazari (pasar), 
kita lepak santai sambil di Orhanbey Meydani, lihat aktiviti orang tempatan 

ramai yang bersantai-santai bersama keluarga
 
Hari pun dah hampir gelap, bergerak menuju ke stesen tram Heykel di Atartuk Caddesi.. ikut lorong-lorong pasar/kedai..
 
Yeayy..terjumpa seorang peniaga jual Osmanli Macunu, soft toffee candy zaman Empayar Uthmaniyah...teruja teman..sesuatu yang tak disangka..
 
 
Beli satu, nak rasa

sedap..manis tapi ada rasa masam2 perahan lemon
 
berjalan lagi, kena mendaki, menuju ke jalan besar, nampak kedai ni pula,
macam menarik, jom singgah
 
Peynici Baba
 
roti-roti
 
Masuk ke dalam kedai..MasyaAllah, banyaknya keju..
 
berketui-ketui keju

 Dah sampai area hotel, singgah di kedai Arab, nak beli nasi mandy
riuh-rendah dalam kedai, ramai benor pelanggan 
dahlah, mereka tak pandai cakap English...tibai je order..
nak ayam masywi (bakar), depa x jual dgn nasi mandy

Al-fursan nama kedainya

nasi mandy dengan ayam doner kebab
sedap giler...nasi mandy paling sedap..
harga 60TL (RM11)..puas hati, banyak pula tu

Sekian, kisah di hari pertama di Bursa..

14 comments:

  1. Ya Allah rambang nya mata tgk keju2 tu... Kalau sy dah borong tu hahaha..
    Manisan tu comey nyer buat depan2 lak.. okla manis manis masam.. Cantik masjid dan town hall Gazi tu ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. byk jenis keju..kalau beli susah lak nak simpan..manisan tu mmg tradisi begitu, depa buat on the spot...legasi empayar uthmaniyah..kekal sampai sekrg.

      Delete
  2. Menariknya toffee candy dia.
    Banyak betul keju dalam kedai tu ye. Yang kecik, yang besor.
    Sedapnya, makan nasi mandy sana. Terus terasa macam nak cari nasi mandy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...nasi mandy tersedap yg penah makan..secukup rasa...macam2 jenis keju..jamu mata..toffee candy legasi empayar uthmaniyah..,susah nak jumpa org jual candy ni..

      Delete
  3. selamat menziarahi warisan tamadun kerajaan Othmaniyah...

    ReplyDelete
  4. Soft toffee candy tu nampak best je. Murah ye harga nasi mandy kat situ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. recommended utk dicuba kalau jumpa org jual...betul, murah mcm harga di M'sia..

      Delete
  5. Wah dinobatkan paling sedap nasi mandy!
    Ada beli keju tak?

    ReplyDelete
  6. soft toffee candy tu macam gula tarik dolu-dolu tapi takde le berwarna warni cam tu.

    ReplyDelete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!