Monday, 15 July 2024

The Teapot Deli @ SACC Mall, Shah Alam

Assalamualaikum..

Cerita bulan Mei yang lalu. Ada meeting di Shah Alam. Sebelah pagi ada inspection di Bukit Jelutong. So kita terus je lah ke Shah Alam sebab dah dekat. Sementara menunggu mesyuarat pukul 2.30 petang, teringat cafe comel di SACC Mall..The Teapot Deli.

Jom kita pi..


Sebelum PKP tahun 2020, pernah makan di sini, dalam entry Cafe comel : The Teapot Deli. Suasana masih sama! meriah dengan dekorasi teko..

cute jer teko² ni
 
Jom tengok foods pula
 
pastries
 
Order laksa Johor, Victoria cake dan teh o ais limau
 
laksa Johor and Victoria cake
 
Victoria cake & iced lemon tea
sedap keknya
 
laksa Johor - enakk
 
Alhamdulillah, puas hati makan di sini..

Thursday, 11 July 2024

Lori Kau Kecil Warna Merah

Lori kecil warna merah yang ditunggu...

 Lokasi di slip road Jalan Pinang nak masuk ke Jalan Perak

Masa mula-mula start kerja di pejabat baru di Jalan Perak, turun untuk makan tengahari, dah ada lori ni berniaga..tapi sekarang sekitar pukul 1.30 tengahari, baru lori ni tiba untuk mula berniaga..better late then never..

Apa yang diniagakan? kudap-kudapan petang - goreng pisang, sukun, keledek, cempedak, ada cekodok pisang yang sedap, keropok lekor goreng..air balang, keropok jajan, cucuk-cucuk pun ada - nugget, sosej...

non-stop menggoreng
 
 

harga RM2.00 untuk 5 biji, boleh campur
 
cekodok pisang yang sedap..
 
ada perkhidmatan delivery di kawasan sekitar
 
pisang & cempedak waiting to be fried
 
selepas solat Jumaat...warga seberang pun singgah membeli
 
hari Jumaat..ada peniaga lain juga berniaga
yang ni jual jagung rebus dan jambu & air balang

 
Alhamdulillah..

Wednesday, 10 July 2024

WW #32 : Yuzu Honey Sofuto

 Ku sangka panas hingga ke petang

rupanya hujan di tengahari

walaupun hujan lebat, tetap juga nak makan aiskrim

Yuzu Honey Sofuto @ Family Mart, Wisma UOA II
 
soft ice-cream, not too sweet, not too cold, just nice..
 
dessert, sementara tunggu hujan berenti