Wednesday, 5 February 2025

NDAT | Pasar Payang | Mayang Mall | KTCC | Keluarga si Oyen

Assalamualaikum...kisah jalan-jalan, meronda Bandar Kuala Terengganu. 

Pagi Sabtu, kami tak sarapan di hotel, keluar gi Restoran Nasi Dagang Atas Tol (NDAT), depan Paya Bunga mall, nak makan nasi dagang dengan air ombak rindu..teh tarik yang berbuih-buih dan keropok lekor..Alhamdulillah..

Kemudian order keropok lekor jenis vacuum untuk dibawa pulang ke Kuala Lumpur. Seorang order 10 peket, satu peket ada 5 batang...huh, giler kuasa...hahaha..

Laksa kuah putih di Nasi Dagang Atas Tol
teringin! makan di pagi Ahad, semasa tunggu 
keropok lekor vacuum yang dipesan
 
Pasar Payang

Lepas sarapan, ambik grab ke Pasar Payang yang baru. Sekarang ni ada 2 bangunan, satu jual batik, barang kemas dan satu lagi jual makanan kering, keropok2..

 
Bangunan utama yang ada jual batik
 
menara jam
 
bangunan yang ada jual kopok2
 
Jalan-jalan beli kain batik, T-shirt, keropok baby, keropok kering. Keropok lekor tak beli sebab dah booking kat Nasi Dagang Atas Tol. 
 
Dah penat berjalan, singgah di foodcourt, makan colek buah dan mee rebus Terengganu
 

mee rebus Terengganu...lain sikit macam mee sup kuahnya
 
KTCC Mall
 
Malam Sabtu keluar meronda ke mall yang happening, KTCC Mall. Dinner di Mi Tarik Warisan Asli dan beli bun di Harold's bakery. Dari dalam mall, nampak ada yang berjualan di luar dekat pintu masuk utara...ooo..depa jual roti roujimo yang viral di Bukit Bintang..
 
on the spot buat roti inti daging/ayam
Oyen interframe
 
men at work

laju depa uli

menggoreng
 
Beli satu roti daging, untuk makan-makan supper di hotel 
order grab, tengok ada tiga ekor Si Oyen, suka tengok gelagat si Oyen
 
ni mesti mak dia
 
 aksi kucing
 
bapak dia

Mayang Mall
 
Hari Ahad ada site inspection Mayang Mall. Masa ni belum buka lagi. Haruslah tayang gambar drone...hehe..tapi bukan teman yang ambik, branch office yang ambik. Kami tak bawa drone, kena bawa topi keras siap2 dari KL, SOP untuk masuk bangunan yang belum siap internal renovation...


  Mayang Mall di tepi sungai
 
aerial view

replika batu bersurat Terengganu dan Jambatan Angkat
 
bangunan MBKT ...lawa, ditepi sungai
 
strong women, gentle women

Lepas site inspection, singgah di branch office sekejap, then balik hotel, ambik beg and shoot to airport. Dapat message yang flight delay...lunch kat airport saja..

Sekian, work trip ke Kuala Terengganu..3 hari 2 malam..

Hotel Grand Puteri, Kuala Terengganu

Assalamualaikum...masa gi Kuala Terengganu pada November/Disember 2024, kami duduk di Hotel Grand Puteri, dekat dengan stesen bas dan Masjid Putih.

hotelnya..
 
lounge
 
reception - ada renovation di bahagian ni
 
otw ke main lift lobby
 
pelbagai jenis tart dan pai
 
hotel room - twin bed
 
bilik air - ada shower sahaja

view swimming pool
 
Hotel ni dekat dengan bus terminal, so setiap kali pengumuman bas akan terdengar sampai ke dalam bilik..huhu..
 
-------------------------------------------------
 
Buffet sarapan pagi di sini menarik juga..
 
deko yang menarik
 
mee sup

goreng-gorengan
 
keropok lekor, pisang goreng, sosej 
 
suka tengok gambar lama di dinding - gambar Istana Maziah
 
sos - air lada
 
menu utama - nasi dagang

bahan-bahan untuk bubur nasi

fresh fruits and jeruk. Chef memantau
 
 bahan-bahan untuk salad
 
Pasar Payang di tahun 1967

seronok tengok gambar-gambar di dinding. semua gambar bangunan popular di Kuala Terengganu zaman dulu-dulu...

Tuesday, 4 February 2025

Lijiang, China : Restoran Halal di South Gate | Petik Pokok Bunga

Balik dari Jade Dragon Snow Mountain, singgah restoran halal dekat NanMen (South Gate)..

Restoran Yi Xin Qin Zhan Yuan
 
view dalam restoran
ada jual hot pot juga
 
senarai hot pot
 
 Order nasi goreng, mi goreng dan popiah.  Sementara tunggu makanan siap, lihat-lihat barangan halal yang ada dijual di sini
 
ada mi segera, flower cake
 
roti kebab cina dan sosej ready-to-eat

flower cake

serunding cina, beli 40yuan

Makanan yang dipesan sudah siap, jom mamam..chekfun..

mee goreng berkuah dan nasi goreng..sedap..Alhamdulillah..

popiah
 
----------------------------------------------------
 
Dah habis makan, berjalan balik ke hotel. My sister terberkenan dengan 
pokok-pokok hiasan di hotel. Minta sikit, nak bawa balik, tanam kat Malaysia
 
ala-ala pokok setawar

amik sikit je

Tak tahu pokok ni hidup ke idok, tak nampak kat pasu..
 
Dah masuk bilik, tak keluar dah...letihh..