Wednesday, 12 February 2025

Small ReUnion Gegirl SKSI 2

Khamis, 30 Januari 2025

Pukul 10 pagi, dapat panggilan telefon dari ex-classmate Lina, membawa khabar nak re-time majlis reunion ke hari ni, pukul 3.00 petang. Tak jadi nak buat petang Sabtu.

Sebabnya ramai kawan-kawan datang kenduri ex-schoolmate sekolah menengah. Dari sekolah rendah ada yang kekal schoolmates sampai sekolah menengah..ada juga yang bersekolah menengah di tempat lain..

Tempat gathering di kedai Hiraq milik Raja Mazian (Yan). Mungkin ada yang kenal Raja Mazian, dulu pengacara TV3..sekarang ni buat bisness, founder barangan susu kambing jenama Hiraq. Yan ni kawan sekelas sejak darjah 1..selepas sekolah rendah, dah tak jumpa dia sebab dia sekolah menengah di tempat lain..

kedai Hiraq Yan di aked MARA Kuala Kangsar

Teman yang paling awal datang, bawa dua bungkus churros

yang lain masih dirumah kenduri 

cantik kedai dia

minum petang, air teh tarik Hiraq..sedap

 Total 8 orang (termasuk Yan) yang datang gathering gegirl SKSI 2..
Sekolah Kebangsaan Sultan Idris 2..

Yan sedang bercerita macamana dia boleh jd pengacara TV3

selepas sekolah rendah, saya cuma pernah jumpa Lina sorang saja, itupun masa gathering sekolah menengah. Yang lain baru first time jumpa selepas tamat sekolah rendah, Subhanallah, lama sungguh tak jumpa, Alhamdulillah, dipanjang umur dapat bertemu kembali, biasalah kan, bila bertemu mesti ada yang promo business.. 

GB gold milik bumiputera

Teh tarik Hiraq

 Dah habis sesi bersembang, sambung sesi cuci mata tengok barang

jubah dan cardigan

 

bukhoor - wangian Arab

body spray - cantik kaler
 
Yan tunjuk kami kiswah (kain penutup) Kaabah
yang kaler ni tak ingat kain apa, dia ada sebut Raudah
 
Alhamdulillah, selepas bergambar beramai-ramai
kami pun pulang dengan bahagia..dapat bersua muka 
dengan sahabat lama

Tuesday, 11 February 2025

Balik Kampung | Agro Mall | Bihun Sup Cik Na

Assalamualaikum..selamat bercuti hari ni..
kisah balik kampung masa raya cina haritu
orang cina nak raya, yang melayu pun sibuk nak balik kampung.. 
satu Malaysia maa..haha..
ambik cuti hari Jumaat, 31 Januari, so dapatlah 5 hari cuti...yahoo...

kereta banyak time kat Selangor, masuk Perak dah kurang sikit
 
Tapi kat RnR, Hentian Sebelah penuh dengan kereta
berderet q nak masuk, so teman berhenti di RTC Gopeng, 
disini banyak parking, luas sungguh tempat parking nya
 
RTC Gopeng
 
Makan tengahari di sini..time ni pukul 2.30 petang.
 
banyak pilihan makanan
 
makan nasi kandar ni, nikmatnya..Alhamdulillah..
 
Lepas makan, check hp, ada whatsapp dari ex-classmate Lina
ajak gather2 kat kedai ex-classmate Yan hari Sabtu ni
teman pun balas...wokehh..reunion gegirl je..
 
ada Mydin juga..tapi malas nak masuk
 
Jom ronda-ronda Agro Mall, dah ada ruangan makan yang baru
 
tempat makan belah kiri, depan gerai-gerai jual buah
 
 
buah kundang
 
kacang rebus, beli kacang kuda rebus
buat kunyah² sambil drive
 
gerai-gerai jualan
 
Jom ronda-ronda gerai ala pasar tani pula di luar bangunan
 
ada macam² kerepek - ada kerepek daun kunyit, daun pegaga, beli kerepek bawang putih
 
Lepas beli kopi hazelnut latte, teman pun sambung perjalanan pulang ke kampung cinta di 
kuale kangsar, perak..menyanyilah aahai, menarilah aahai..
indahnya desa tercinta...ahaks..
------------------------------------------------
 Alhamdulillah, dah sampai kampung. Di kampung, ada bonda dan kakak, depa dah berada di kampung sejak akhir bulan Disember tahun lepas 
 
Lepas solat Asar, mulalah aktiviti JJCM kuale..hihi..
 
Kita ke Bihun Sup Cik Na, selepas Jambatan Sultan Abdul Jalil Shah, dekat simpang nak ke Sayong
 
restorannya..
 
bahan utama menu sup
 
di sini jual menu sup utara, ada sup daging, sup ayam, sup campur organ dalaman lembu seperti perut, keting, paru

Kami order bihun sup campur daging & perut, untuk mak order bihun sup ayam..sementara tunggu makanan sampai, kita lihat-lihat apa yang ada di sekitarnya, ada macam-macam gerai lain..
 
ada keropok lekor, order RM5.00
 
gerai nasi ayam gepuk, nasi ikan bawal
ada jual waffle, dimsum, chicken chop, nugget, cheesy wedges
 
gerai cendol, ABC & milo kepal, order cendol jagung
harga RM6.00
 
Makanan dah sampai
 
bihun sup daging + perut..sedap..
 
bersama cendol jagung..enakk..
 
makan dengan kerepek bawang putih..rangup
 
keropok lekor..walaupun tepung byk, tapi sedap

Alhamdulillah..sedap² semuanya..harga bihun sup daging + perut = RM9.00
bihun sup ayam = RM8.00

Monday, 10 February 2025

Lijiang, China : Malam Terakhir di Lijiang

Jalan-jalan di Old Town di malam terakhir di Lijiang

kita ronda yang dekat hotel dulu

 

 pemain alat muzik quqin

kedai dekat dengan hotel
 
ini semua dekat hotel, tenang je, tak ramai tourist
 
Kali ni kena tanda landmark ke hotel sebab masa first day haritu, sesat barat
last² ikut jalan besar..haha..dah berselirat lorong² semua, jadi pening..
 
di hujung jalan jumpa Hotel Floral ni
 
Belok ke kanan, di hujung lorong jumpa Qiyi Street
 
lorong ke Floral Hotel di sebelah kanan
 
belok ke kiri, akan nampak kedai ni disebelah kanan
 
lorong bertanglung
 
Ok, cukup dah landmark nak ke hotel, meneruskan perjalanan ke market square ikut Qiyi Street
 
lorong kecil
 
ramai yang bergambar di dinding ni
 

mini market square
 
Dah sampai di Market Square (Sifang Square), ada pertunjukan laser berwarna-warni... orang ramai..tetiba terjumpa dua orang Malaysia, budak perempuan, depa ni gi Kunming dari Shenzhen
pertama kali jumpa orang Malaysia di old town...haha..
 
pertunjukan laser, bawah ni ialah sungai kecik
 
ramai pelanggan sedang beratur nak masuk restoran
 
Tak berlama-lama di sini, kami pun berjalan pulang
 
kedai postcard, boleh beli postcard & setem 
& pos kat dalam postbox kaler hijau tu
 
 
 menjual gendang & gitar
 
masuk jalan ke hotel, suasana bertukar sunyi, dah tak ramai pelancong 
tapi bangunan-bangunan di sini sangat cantik..
 
bangunan cantik 
 
suka tengok hiasan tanglung
 
suka tengok senibina lama
 
gabungan bunga dan senibina lama
 
kedai jual teh, yang bulat² tu ialah bungkusan teh
 
sunyi je jalan ke hotel, tenang..
 
 Akhirnya pulang ke sarang
 

Sekian, kisah di Lijiang, esok dah bergerak turun ke Dali city