Assalamualaikum..selamat bercuti hari ni..
kisah balik kampung masa raya cina haritu
orang cina nak raya, yang melayu pun sibuk nak balik kampung..
satu Malaysia maa..haha..
ambik cuti hari Jumaat, 31 Januari, so dapatlah 5 hari cuti...yahoo...
kereta banyak time kat Selangor, masuk Perak dah kurang sikit
Tapi kat RnR, Hentian Sebelah penuh dengan kereta
berderet q nak masuk, so teman berhenti di RTC Gopeng,
disini banyak parking, luas sungguh tempat parking nya
Makan tengahari di sini..time ni pukul 2.30 petang.
Lepas makan, check hp, ada whatsapp dari ex-classmate Lina
ajak gather2 kat kedai ex-classmate Yan hari Sabtu ni
teman pun balas...wokehh..reunion gegirl je..
Jom ronda-ronda Agro Mall, dah ada ruangan makan yang baru
buah kundang
buat kunyah² sambil drive
Jom ronda-ronda gerai ala pasar tani pula di luar bangunan
Lepas beli kopi hazelnut latte, teman pun sambung perjalanan pulang ke kampung cinta di
kuale kangsar, perak..menyanyilah aahai, menarilah aahai..
indahnya desa tercinta...ahaks..
------------------------------------------------
Alhamdulillah, dah sampai kampung. Di kampung, ada bonda dan kakak, depa dah berada di kampung sejak akhir bulan Disember tahun lepas
Lepas solat Asar, mulalah aktiviti JJCM kuale..hihi..
Kita ke Bihun Sup Cik Na, selepas Jambatan Sultan Azlan Shah, dekat simpang nak ke Sayong
di sini jual menu sup utara, ada sup daging, sup ayam, sup campur organ dalaman lembu seperti perut, keting, paru
Kami order bihun sup campur daging & perut, untuk mak order bihun sup ayam..sementara tunggu makanan sampai, kita lihat-lihat apa yang ada di sekitarnya, ada macam-macam gerai lain..
ada jual waffle, dimsum, chicken chop, nugget, cheesy wedges
harga RM6.00
Makanan dah sampai
Alhamdulillah..sedap² semuanya..harga bihun sup daging + perut = RM9.00
bihun sup ayam = RM8.00
Selamat bercuti dan JJCM
ReplyDeleteselamat bercuti ... buah kundang adeiiii terliur plak ... soup.... gempak... aduhai semua makanan dalam nie sedappp lar ;)
ReplyDeleteWah, happynya dia, balik kuale.. :D
ReplyDeleteCedap, bihun sup.