Wednesday, 12 February 2025

Small ReUnion Gegirl SKSI 2

Khamis, 30 Januari 2025

Pukul 10 pagi, dapat panggilan telefon dari ex-classmate Lina, membawa khabar nak re-time majlis reunion ke hari ni, pukul 3.00 petang. Tak jadi nak buat petang Sabtu.

Sebabnya ramai kawan-kawan datang kenduri ex-schoolmate sekolah menengah. Dari sekolah rendah ada yang kekal schoolmates sampai sekolah menengah..ada juga yang bersekolah menengah di tempat lain..

Tempat gathering di kedai Hiraq milik Raja Mazian (Yan). Mungkin ada yang kenal Raja Mazian, dulu pengacara TV3..sekarang ni buat bisness, founder barangan susu kambing jenama Hiraq. Yan ni kawan sekelas sejak darjah 1..selepas sekolah rendah, dah tak jumpa dia sebab dia sekolah menengah di tempat lain..

kedai Hiraq Yan di aked MARA Kuala Kangsar

Teman yang paling awal datang, bawa dua bungkus churros

yang lain masih dirumah kenduri 

cantik kedai dia

minum petang, air teh tarik Hiraq..sedap

 Total 8 orang (termasuk Yan) yang datang gathering gegirl SKSI 2..
Sekolah Kebangsaan Sultan Idris 2..

Yan sedang bercerita macamana dia boleh jd pengacara TV3

selepas sekolah rendah, saya cuma pernah jumpa Lina sorang saja, itupun masa gathering sekolah menengah. Yang lain baru first time jumpa selepas tamat sekolah rendah, Subhanallah, lama sungguh tak jumpa, Alhamdulillah, dipanjang umur dapat bertemu kembali, biasalah kan, bila bertemu mesti ada yang promo business.. 

GB gold milik bumiputera

Teh tarik Hiraq

 Dah habis sesi bersembang, sambung sesi cuci mata tengok barang

jubah dan cardigan

 

bukhoor - wangian Arab

body spray - cantik kaler
 
Yan tunjuk kami kiswah (kain penutup) Kaabah
yang kaler ni tak ingat kain apa, dia ada sebut Raudah
 
Alhamdulillah, selepas bergambar beramai-ramai
kami pun pulang dengan bahagia..dapat bersua muka 
dengan sahabat lama

1 comment:

  1. Seronok kan kak mengimbau kenangan lama dengan kawan- kawan...SA ni susah nak jumpa..bila plan asyik x jadi...

    ReplyDelete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!