Assalamualaikum..sambung kembali kisah travel di China..
Jumaat, 25 Oktober 2024...
Hari ni kami bergerak turun dari Lijiang ke Dali dengan menaiki HSR pukul 8.55 pagi. Harga tiket sehala Lijiang-Dali ialah RM53.70, perjalanan selama 2jam 15min.
Pukul 7.00 pagi kami dah check out. Lady boss bawa luggage dengan troli tarik & hantar kami ke tepi jalan besar. Naik teksi ke stesen keretapi..
Dalam keretapi ke Dali city
 
ada bekalan air minum/panas dalam keretapi  
view luar bandar China..kawasan pertanian yang luas  
Jauh lagi nak sampai stesen keretapi Dali, penumpang dah beratur depan pintu..
hee..tak faham den..biaq pi lah, asal depa bahagia..
bersiap siaga
 
Dah sampai stesen keretapi Dali, berpusu-pusu manusia nak keluar. Rupanya ada keretapi lain juga tiba masa yang sama..stesen pula tengah renovation..sesak giler.
 
Di Dali ni kami duduk satu malam je..booking hotel di Dali Ancient City @ Dali Old Town. Dali ada 2 town, satu Dali city (Xiaguan City) dan Dali Old Town. 
 
Stesen keretapi terletak di Dali city manakala Dali Old Town lebih kurang 15km ke utara Dali city.  Kami booking Didi, dapat Didi pompuan, bawa BYD. Seperti biasa, kenderaan dihadkan di dalam kawasan old town. Didi hantar kami dekat entrance gate..kena naik buggy ke hotel.
 
salah satu gate di bahagian selatan old town buggy sedang menunggu di Boai Road
 
ada tourist information centre dekat sini  
kami pun sewa buggy untuk ke hotel, 30yuan. Dia pun bawa, cilok sana, cilok sini, tiba di penghujung lorong kecik, dia berhenti, rupanya tak sampai depan hotel sebab nak ke lorong hotel, kena lintas jalan besar yang pedestrian street, driver tu pun tunjuk lorong nak ke hotel...huhu..kena heret beg..
 
Renmin Road yang pedestrian street  
Hotel kami namanya Dali Old Courtyard Boutique Inn, lokasinya di Xinming Street, 
off Renmin Road..
 
ada signage ke hotel di lorong  
benda putih-biru tu ialah tie-dyeing, specialty etnik Dai
 
 Alhamdulillah, sampai juga di hotel
 
 
 
Tadaa..courtyard hotel lagi..kali ni vintage style, memang betul-betul old..
bangunan kayu 2-tingkat. 2 orang pompuan muda menyambut kedatangan kami
Alhamdulillah, mereka boleh berbahasa Inggeris..mudah berkomunikasi.. 
 
  bangunan utama
  
Bangunan utama menempatkan reception area di tingkat bawah
dan bilik-bilik hotel di tingkat atas
 
 Bilik kami di tingkat bawah di right wing
 
right wing
 left wing - ditingkat bawah ada bilik2 lukisan macam galeri
 
 bilik hotel kami  
Hotel ni booked via Agoda, rate semalam RM408.02 sekali dgn breakfast
takde pilihan nak skip breakfast, on je lah.. 
 Jom tengok bilik hotel. sebelum tu buka kunci old skool ni
 
 
Bilik besar, memanjang
 
 
ada disediakan cerek, teh & air botol  
 
Puas hati tapi bangunan kayu ni, bila orang atas berjalan-jalan 
akan terbit bunyi..krek..krek.. 
cantik kawasan hotel ni, sunyi dan homely
 
 
bilik-bilik di tingkat bawah left wing  
  Oklah, selesai dah tour hotel. Dah freshen up dan solat, kita keluar
meronda Dali Old Town