Tuesday, 18 February 2025

Dali, China : Restoran Mi Tarik | Jalan² Lagi

 Assalamualaikum...sambung kisah di Dali Old Town..

Semasa otw ke hotel naik buggy, ternampak restoran halal di Boai Road

so nak pi sana untuk makan tengahari cum dinner

 

Ada set mi tarik, roti roujimo dan salad timun, harga 26 yuan
nampak menarik, order yang ni 2 set, order juga dumplings
 
Sambil² tu rasa side dish yang dibeli depan masjid tadi
 
dalam bekas tu daging keras berlada, 
yang dalam plastik tu tauhu kering berlada, 
rasa dua² ni lebih kurang sama je
 
tauhu berlada chinese style
 
makanan sampai berperingkat-peringkat
 
roti roujimo sampai dulu, air lemon tin tu ambik sendiri dalam peti es
 
dumplings dan salad timun
 
lengkap - last siap ialah mi tarik
 
sedap juga masakannya...Alhamdulillah..
 
Selesai makan, kakak balik ke hotel, teman sambung berjalan lagi..
Menyusuri Boai Road, melihat-lihat bangunan 
 
lawa pula bunga kaler biru ni
 
popular pokok pisang untuk deko
 
kedai buah - banyaknya buah nangka
 
Dah sampai di Yuer Road, berjalan ke barat, ke West Gate (Ximen), juga dipanggil Changsa Gate..
 
West Gate
 
Dah snap gambar West Gate, berpatah balik, menyusuri Yuer Road
 
Kenderaan di Yuer Road, buggy bawa pelancong
 
Tengok ramai pelancong masuk pintu gerbang ni
muzium rupanya... 

Museum of Intangible Cultural Heritage in Dali
 
 susunatur muzium, menarik muzium ni
masuk adalah percuma
 
tie-dyeing - etnik Dai
 
 sebab jalan sorang², malas lak nak explore muzium
teman pun melangkah keluar, sambung menyusuri Yuer Road 
jumpa pintu gerbang yang lebih kurang sama design nya
 masuk pintu gerbang ni pula..taman rupanya..

Yueryan Park
 
jalan-jalan lagi, lihat² kedai di Yuer Road
 
kedai² tradisional
 
cantik window dressing
 
buah pisang kaki dan buah oren yang dikeringkan
 
Dari Yuer Raod, masuk lorong kecik, short-cut ke Renmin Road, nak balik ke hotel 

gerai buah di Renmin Road, tengok ada buah jambu air
beli buah tin dan buah yg kiri tu, macam buah hutan
rasanya tawar, kelat² sikit
 
kedai jual barangan dari bunga rose 
 
cafe di lorong hotel

 Alhamdulillah, selamat sampai di hotel
Malam dah tak keluar..berehat..pukul 2.00 pagi, blackout
tapi tak lama lepas tu, elektrik ada semula..Alhamdulillah..

16 comments:

  1. Selalu kalau cerita pasal China, mengingatkan Cuya pada kisah makcik yang selalu dipaksa untuk beli barang, padahal kita tanya harga barang je pon. Orang china memang gitu ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. org china ni kekdg malas nak layan kita sbb masalah komunikasi..melainkan kita ni first customer mereka..baru depa beria-ria suruh beli walaupun terpaksa guna translator kat hp..haha...pernah kena kt Kunming..

      Delete
  2. Seronoknya berjalan di negara orang. Bertambah pengalaman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..dapat melihat budaya & gaya hidup mereka..

      Delete
  3. Sama tak rasa mi tarik di tempat kita dengan di China?

    ReplyDelete
  4. Jauh perjalanan luas pemandangan.. Nampak bersih dan teratur je China.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul..kawasannya bersih...sentiasa ada pekerja yg sapu sampah..

      Delete
  5. cantik pokok pisang dan pandannya.. kalau ditanam dalam pasu cantik x ek..

    ReplyDelete
    Replies
    1. byk jumpa pokok pisang depa buat hiasan kat cafe..nmpk cantik pulak..hihi..

      Delete
  6. cantik pemandangan sepanjang jalan..kalau SA rasanya memang rela sambung jalan lagi ni untuk sebuah kenangan yang berharga

    ReplyDelete
    Replies
    1. view yg berbeza disepanjang jalan....rasa lembik kaki berjalan jauh..hihi..

      Delete
  7. Buah pisang kaki dan oren kering tu sedapnya.

    ReplyDelete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!